Lama Tak Menulis

Sedar tak sedar dah masuk bulan Febuari 2018. Sekejap saja masa berlalu dan saya rasa macam dunia ni bergerak terlalu pantas. Tak pasti kerana lalai dengan kerja atau sibuk dengan kerja. Dua perkara yang selalu bermain di fikiran saya. Kalau tak kerja, tak boleh. Kita hidup zaman mencabar ni perlukan wang untuk meneruskan kehidupan.

Gambar kenangan bersama dengan rakan ejen. Mr.Marcuss di Ibu Pejabat TM Pahang

 

 

Dah lama tak menulis, dah lama sibuk. Rindu nak menulis semula. Setiap hari bila mengadap kerja, mesti terlintas banyak perkara dan tips nak update. Ada pelanggan dan pembaca yang bertanya tentang update blog ni. Maaf sebab saya hanya mampu membalas melalui whats app saja. Itu pun seberapa perkara saja.

 

 

 

 

 

 

Start bulan Januari 2018, TM masih mengekal promosi BonanzaQ4 tahun lepas yang mana hanya beberapa produk sahaja tersenarai kekal sehingga bulan Mac 2018. Ada kemungkinan promosi menarik akan muncul pada suku tahun kedua (Q2) nanti. Mana yang rasa nak tunggu, tunggu lah. Apa-apa boleh rujuk pada blog ni.

Januari lalu juga, TM menjemput semua reseller, ejen dan rakan niaga untuk hadir pada sesi sidang video seluruh Malaysia. Antara topik yang sangat2 dinantikan adalah topik hayat Webe. Webe yang telah ditamatkan pada 13 Januari lalu, digantikan dengan produk telco baru iaitu Unifi Mobile. Saya sendiri telah mengambil peluang untuk mencuba. Not bad. Hampir sama dengan Webe cuma, pada pendapat peribadi saya sendiri, kos pembelian data agak mahal berbanding pelan telco lain.

Kelebihan UniFi mobile adalah ia bebas. Sesuai dengan tagline bebas yang diperkenalkan oleh TM. Anda top up dan beli data, then boleh hold guna data sampai habis sehingga max 90 hari. Serupa macam prepaid biasa. Selepas tempoh tersebut masih tak top up, so number tu terminate la. Tak boleh pakai dah . Kene walk in ke TM Point kalau masih sayangkan number tersebut.

O.k, for next post, saya cuba kongsikan detail UniFi Mobile ni.

Share
The following two tabs change content below.
Hafizal
Berkhidmat Sebagai Wakil jualan sah Telekom Malaysia sejak tahun 2010 di bawah bimbingan & seliaan TM Consumer Sales & SME Pahang. Menyediakan perkhidmatan pendaftaran internet & telefon untuk kediaman dan premis perniagaan. Menetap di Kuantan, Pahang. Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya 019-9377794. Saya sedia membantu.
Hafizal

Latest posts by Hafizal (see all)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *