Kempen Bonanza Streamyx Ditarik Balik

Kempen yang dilancarkan pada 1 November 2017 tempoh hari ditarik balik oleh pihak TM. Saya menerima arahan dari ibu pejabat TM Pahang untuk hold proses pakej ini pada 6 November 2017 yang sememangnya pakej itu (Streamyx) boleh dijual dan proses pada tarikh tersebut.

Saya tidak mahu ulas apa sebab mereka tarik semula pakej ini dah berharap akan datang pakej ini akan dikeluarkan dan ditawarkan kepada semua pengguna. Cuma sepanjang tempoh promosi, saya terima banyak panggilan dan mesej untuk bertukar dari pakej sedia ada ke pakej tersebut.

Bagi pelanggan sedia ada, jika ingin menukar pakej,  anda perlu tahu anda langganan anda masih dalam kontrak atau tidak dan anda berhak untuk menamatkan langganan apabila tamat tempoh kontrak. Rata-rata yang saya terima panggilan adalah pelanggan yang masih dalam kontrak dan masih baru melanggan pakej Streamyx / UniFi sedia ada.

Bayangkan ada pelanggan yang melanggan Streamyx melalui website TM, dan menerima pakej 8Mbps RM160/bulan. Tiba-tiba TM umumkan pakej baru dan promosi dengan harga RM89/bulan. Pakej yang sama dan produk yang sama dijual dengan harga hampir separuh! Tidakkah ini membuat anda teruja?

Beralih kepada pelanggan yang gemar melanggan Streamyx atau UniFi secara online terus kepada Website TM, anda boleh rujuk di TM Point atau dengan Penjual Sah TM terlebih dahulu untuk dapatkan promosi-promosi terbaru . Kerana ejen atau TM Point lebih banyak menjual pakej-pakej promosi berbanding pakej biasa.

Promosi yang masih ada ialah pakej Super Duper Jimat yang akan berakhir pada 31 Disember 2017. Jika berminat boleh berhubung terus dengan saya.

Share
The following two tabs change content below.
Hafizal
Berkhidmat Sebagai Wakil jualan sah Telekom Malaysia sejak tahun 2010 di bawah bimbingan & seliaan TM Consumer Sales & SME Pahang. Menyediakan perkhidmatan pendaftaran internet & telefon untuk kediaman dan premis perniagaan. Menetap di Kuantan, Pahang. Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya 019-9377794. Saya sedia membantu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *