Internet TM Di Perumahan Baru

Bagi yang pernah berpindah ke rumah baru sama ada taman perumahan atau rumah yang baru siap di bina (tanah lot), pernah tak rasa kesukaran untuk mendapatkan internet yang baik?.

Bukan semua orang memerlukan internet dalam hidup mereka. Ada yang tak pernah kisah pun tentang soal itu yang penting ada internet basic untuk mereka meneruskan perbualan WhatsApp atau telegram. Tapi zaman bilakah kita guna speed internet seperti itu? Bukankah sudah berlalu?.

Bagaimana pula dengan golongan yang memerlukan internet yang lebih baik dari aspek kelajuan dan kestabilan?. Saya pernah rasa kesukaran untuk update blog, buat kerja-kerja harian, melayari internet untuk mencari info hanya kerana internet mobile yang bermasalah di kawasan tersebut. Ada masanya laju, ada masanya speed internet tak boleh capai apa yang kita perlukan, ada masanya bila cuaca hujan sahaja speed internet jatuh tak seperti hari-hari biasa. Macam mana nak uruskan kerja?.

Bila nampak kontraktor TM yang datang buat penanaman tiang , buat cabling , dan memulakan kerja-kerja pemasangan talian internet di perumahan kita, itu adalah signal baik bagi mendapatkan internet yang lebih stabil walaupun speed yang ditawarkan mungkin tidak terlalu tinggi khususnya jika kawasan tersebut bukan di kawasan HSBB (High Speed Broadband). Kawasan yang dimaksudkan ni adalah kawasan kabel tembaga (copper). Hanya produk bernama TM Broadband (Lebih dikenali sebagai Streamyx) berkelajuan sehingga 10Mbps (Unifi Lite via Copper-SUBB Area) maksimum atau minima 1Mbps sahaja.

Pemasangan yang dilakukan tersebut biasanya disebut sebagai ‘infra’ . Merujuk kepada infrastruktur  untuk membekalkan internet dan talian telefon terus ke rumah anda.

Bila dah nampak tanda-tanda pemasangan semua sudah siap, boleh berhubung dengan mana-mana ejen atau walk in ke mana-mana TM Point untuk urusan pendaftaran. Walaupun nampak secara fizikalnya sudah siap, tapi mungkin mengambil masa yang agak lama untuk membolehkan pemasangan internet dibuat di rumah anda. Pada saya lebih mudah jika anda mendapatkan ejen untuk membantu pendaftaran di buat. Semakan dari semasa ke semasa dapat dibuat oleh mereka ( bergantung pada ejen tersebut) melainkan anda ingin walk in ke TM Point 2 minggu sekali atau seminggu sekali.

Soal pakej, harga, dan lain-lain pertanyaan dan kemusykilan boleh tanya pada ejen atau TM Point waktu itu. Hanya pakej yang ada sahaja boleh di pasang. Jika ada promosi, ia hanya boleh di pasang jika kawasan perumahan tersebut memang sudah boleh daftarkan.

Sebagai contoh, ada promosi hebat murah pada September – Disember. Tapi ‘infra’ di kawasan perumahan anda dilancarkan pada bulan Januari,  biarpun anda telah bertemu dengan ejen atau TM untuk membuat pendaftaran pada bulan Disember, ia tak bererti anda layak mendaftar pakej promosi tersebut. Proses pendaftaran anda pada bulan Disember hanyalah proses pra-pendaftaran (pre-register) . Hanya pakej yang sedia ada sewaktu ‘infra’ dilancarkan sahaja boleh didaftarkan.

Susah ke nak cari ejen? . Biasanya ejen yang cari pelanggan. Tapi ada sesetengah tempat sukar dapat ejen. Dalam kes ‘infra’ ni, kebiasaannya ejen akan membuat kerja-kerja seperti di bawah (ejen bertauliah/bimbingan TM):

Sebelum infra dilancarkan

  • Memantau kerja-kerja pemasangan ‘infra’ secara sukarela. Tiada arahan dari mana-mana pihak atasan. Hanya nak pastikan ia siap secara fizikal. Ejen tahu nak tengok macam mana.
  • Jika pemasangan telah siap dilakukan secara fizikal, semakan dengan pegawai yang menjaga kawasan juga di buat.
  • Semakan alamat di dalam sistem pendaftaran juga di buat.
  • Membuat pra-pendaftaran. Berhubung dengan pelanggan dan penerangan dibuat.

Dalam waktu ini, ada kemungkinan berlaku kelewatan untuk seluruh infra dilancarkan. Ia diluar kawalan dan bidang kerja ejen.

Selepas infra dilancarkan

  • Berhubung semula dengan pelanggan untuk semakan maklumat, dan tetapkan masa untuk berjumpa bagi proses vefikasi biometric.
  • Menerangkan pakej-pakej atau promosi yang berlangsung ketika itu.
  • Membuat pendaftaran di dalam sistem TM bagi memboleh order pemasangan dilakukan oleh kontraktor.
  • Memantau order pemasangan sehingga selesai.

Nampak tak keseluruhan proses?.. Adakah anda faham?

Saya telah menjadi ejen bebas TM selama hampir 10 tahun dan selama itu jugalah saya banyak membantu pelanggan mendapatkan pakej internet, menyelesaikan masalah order, membantu pelanggan mendapatkan info dan lain-lain. Namun, sebagai manusia, saya tak lari dari membuat kesilapan. Tak mungkin saya menjadi sempurna 100% tetapi saya cuba untuk menjadi lebih terbaik.

Banyak perkara yang telah saya lalui dan saya akan kongsikan di dalam blog ini dari semasa ke semasa. Maaf jika ada perkara yang saya tak dapat jawab dengan baik kerana ia mungkin di luar bidang dan pengetahuan saya.

Jika anda rasa memerlukan khidmat saya, boleh berhubung dengan saya melalui mana-mana cara di bawah :

Call : 019-9377 794

SMS : 019-9377 794

WhatsApp : 019-9377 794 [ hafizalbasri.wasap.my]

Telegram : telegram.me/hafizal_basri

Facebook Page : www.facebook.com/hafizalbroadband/

Borang Maklumbalas : [Borang]

 

 

 

Share
The following two tabs change content below.
Hafizal
Berkhidmat Sebagai Wakil jualan sah Telekom Malaysia sejak tahun 2010 di bawah bimbingan & seliaan TM Consumer Sales & SME Pahang. Menyediakan perkhidmatan pendaftaran internet & telefon untuk kediaman dan premis perniagaan. Menetap di Kuantan, Pahang. Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya 019-9377794. Saya sedia membantu.
Hafizal

Latest posts by Hafizal (see all)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *