Category Archives: Uncategorized

Melanggan Internet 10Mbps Streamyx

Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Petang tadi dapat info dari TM yang ada beberapa kawasan Streamyx dah boleh offer UniFi Lite . Lokasinya di sebuah perumahan di Pekan , Pahang.

Sebenarnya dalam beberapa minggu ni, dah berapa jualan UniFi Lite di buat namun ia terhad untuk kawasan yang mempunyai liputan UniFi sahaja. Sambutan yang menggalakkan memberi impak besar kepada jumlah jualan yang tinggi dan juga melonjakkan permintaan terhadap pakej broadband yang lebih murah dan unlimited.

UniFi Lite sebenarnya ditawarkan kepada dua kategori iaitu kawasan High Speed Broadband (HSBB) UniFi dan Sub Urban Broadband (SUBB) yang mana ia ditawarkan di kawasan yang ada Streamyx sahaja.

Atas beberapa faktor teknikal, hanya beberapa kawasan sahaja ditawarkan UniFi Lite (SUBB) sungguhpun liputan Streamyx agak luas . UniFi Lite menawarkan speed 10Mbps untuk download, 5Mbps untuk upload. Pelan panggilan 600 minit percuma juga diberikan bersama dengan aplikasi HyppTV Everywhere.

Jika ada yang berminat untuk dapatkan pakej UniFi Lite ni, boleh berhubung dengan saya. InsyaAllah, saya cuba bantu sebaik mungkin.

 

Share

UniFi Lite | Apakah Pilihan HyppTV Pack Ditawarkan?

Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca dan ejen-ejen saya . Semoga anda semua di dalam keadaan sihat sejahtera . Untuk topik pencerahan dan perkongsian tentang UniFi Lite, saya ingin menyentuh berkenaan HyppTV. Adakah anda biasa dengar tentang HyppTV?.

HyppTV adalah perkhidmatan TV internet yang disampaikan melalui pakej UniFi & Streamyx ( 4Mbps & 8Mbps).  Pada 15 April lalu, TM telah melancarkan pakej UniFi Lite untuk memberikan pilihan kelajuan 10Mbps download dan 5Mbps upload . Seperti yang sedia maklum, UniFi amat sinonim dengan Fiber Optik. Namun untuk pakej UniFi Lite , pengguna Streamyx di sesetengah kawasan dapat menikmati kelajuan 10Mbps.

Berbalik kepada persoalan tentang HyppTV, bagi UniFi Lite, pilihan pakej yang ada ialah seperti gambar di bawah.

 

Berbeza dengan pakej UniFi & Streamyx, HyppTV yang ditawarkan didalam pakej UniFi Lite disalurkan melalui aplikasi HyppTV Everywhere. Jadi tiada Set Top Box akan diberikan dan dipasang. Hanya boleh diakses melalui telefon, komputer & tablet.  Pemohon perlu memilih  antara 3 pek HyppTV yang disediakan iaitu :

  1. Aneka Pack
  2. Varnam Pack
  3. Ruby Pack

Tawaran Istimewa (JumboBreakout)

  • Pelanggan akan menerima akses selama 30 hari untuk  semua HyppTV Pack
  •  9 saluran istimewa dari Pakej HyppTV Jumbo selama 3 bulan.

Terma & Syarat HyppTV Pack UniFi Lite

  • Pelanggan yang membuat pemotongan selepas 12 bulan tetapi masih dalam tempoh kontrak minimum 24 bulan, akan di caj RM500 .
  • Pelanggan yang membuat pemotongan sebelum  12 bulan akan dikenakan denda penalti:
    • Caj Penamatan UniFi (Broadband) RM500 DAN
    • Bayaran langganan HyppTV bagi bulan yang masih  tinggal.

 

Jika anda ingin mendaftar pakej ini, saya & team saya boleh uruskan . Hanya perlu berhubung dengan saya di talian 019-9377794 untuk kita set appointment. Jika tak faham boleh tanya-tanya dulu di whats app/ telegram saya. Jangan risau.

 

HafizaL
TM Reseller Pahang | Penjual Sah TM | Awan Teguh Resources

Nota : Baca juga artikel-artikel di bawah untuk dan share . Mungkin ia dapat memberi manfaat kepada insan lain.

Share

UniFi Lite 10Mbps Dilancarkan Hari Ini.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini saya telah menerima berita tentang pelancaran pakej UniFi Lite yang mana memberikan kelajuan muat turun (download)  10Mbps dan muatnaik (upload) 5Mbps.

Kempen yang bermula dari 15 April hingga 31 May ini dijangka mendapat sambutan hebat berdasarkan pendapat peribadi saya. Ini adalah kerana sewaktu kempen UniFi 30Mbps diperkenalkan dengan harga RM199, ramai pengguna bertanyakan tentang kewujudan pakej VIP 5Mbps (Pakej Lama) dengan harga RM149. Rata-rata pengguna tidak mengharapkan pelan panggilan dan juga HyppTV tetapi  inginkan kelajuan internet yang tinggi dan harga yang murah.

UniFi Lite ditawarkan untuk kedua-dua segment iaitu  untuk kediaman (Residential) dan juga perniagaan (Business).

 

 

Walaubagaimana pun, hanya kawasan terlibat sahaja dapat menikmati UniFi Lite .  Di kawasan Pahang, ia akan dilancarkan dalam beberapa hari lagi.  Saya akan update nanti.

Jika anda ingin mendaftar pakej ini, saya & team saya boleh uruskan . Hanya perlu berhubung dengan saya di talian 019-9377794 untuk kita set appointment. Jika tak faham boleh tanya-tanya dulu di whats app/ telegram saya. Jangan risau.

 

HafizaL
TM Reseller Pahang | Penjual Sah TM | Awan Teguh Resources

Nota : Baca juga artikel-artikel di bawah untuk dan share . Mungkin ia dapat memberi manfaat kepada insan lain. 

 

Share

Simple Voice Plan @ RM78/Bulan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar kalian? . Semoga sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat tuhan. Kali ini saya nak kongsi tentang pelan panggilan yang boleh ditambah (add on) kepada talian telefon anda khusus untuk perniagaan.

Bagi yang belum tahu, setiap talian telefon untuk perniagaan akan dikenakan caj sewa bulanan RM45/Bulan . Tak kira anda guna atau tak, ia tetap dikenakan dan belum pun campur dengan caj penggunaan bulanan.

Jadi dengan melanggan pakej ini, anda boleh menjimatkan bayaran bulanan . Apa yang terkandung dalam pakej ini adalah :

Caj Bulanan RM82.68*
Penggunaan Percuma ​RM88 nilai panggilan pada kadar normal.
Kadar Panggilan Selepas RM88 ​Tempatan – 4sen/min
Talian TM – 10sen/min
Ke Talian Mudah Alih- 15sen/min

*Harga Termasuk GST 6%

So cuba lihat perbandingan :

Talian A (Tiada Call Plan)

  • Caj sewa bulanan RM45
  • Penggunaan +/- RM100 /Bulan
    • RM45 + RM100 = RM145.00++

Talian B (Simple Voice Plan @ RM78/Bulan)

  • Caj sewa bulanan tiada
  • Caj bulanan RM82.68
  • Penggunaan +/- RM100 /Bulan
    • RM82.68 + RM12  = RM95.00++

Nampak tak perbezaannya di atas?. Jimat bukan? sudahlah tak dikenakan sewa, tapi dapat pula nilai panggilan RM88 setiap bulan. Berbaloi untuk kegunaan talian telefon di pejabat / kedai anda. Boleh juga guna untuk faks.

Jika anda ingin mendaftar pakej ini, saya & team saya boleh uruskan . Hanya perlu berhubung dengan saya di talian 019-9377794 untuk kita set appointment. Jika tak faham boleh tanya-tanya dulu di whats app/ telegram saya. Jangan risau.

 

HafizaL
TM Reseller Pahang | Penjual Sah TM | Awan Teguh Resources

Nota : Baca juga artikel-artikel di bawah untuk dan share . Mungkin ia dapat memberi manfaat kepada insan lain. 

Share

HyppTV for Business

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca sekalian. Perkongsian kali ini adalah tentang pakej HyppTV untuk kategori perniagaan .

Seperti UniFi & Streamyx 8Mbps/4Mbps rumah, anda yang mempunyai Streamyx 4Mbps atau 8Mbps di premis perniagaan boleh mendapatkan pakej HyppTV .

Bayaran bulanan yang dikenakan adalah RM90 setiap bulan. Berikut adalah senarai saluran-saluran yang disediakan . Untuk bayaran RM90, anda hanya menerima saluran asas (free channel ) dan saluran-saluran interaktif. Untuk saluran-saluran lain, anda boleh langgan secara berasingan . Rujuk gambar di bawah .

 

Jika inginkan bantuan untuk pendaftaran Streamyx atau UniFi di office atau kedai anda, saya & team saya akan bantu untuk selesaikan urusan tersebut. Hanya hubungi saya Hafizal 019-9377 794.

 

HafizaL
TM Reseller Pahang | Penjual Sah TM | Awan Teguh Resources

Nota : Baca juga artikel-artikel di bawah untuk dan share . Mungkin ia dapat memberi manfaat kepada insan lain

 

Share

TM Office In A Box Streamyx

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca. Sejak saya up blog ni, asyik share tentang pakej Streamyx untuk rumah sahaja. Jadi kali ni saya nak share tentang pakej-pakej Streamyx yang boleh di pasang di premis perniagaan .

Tak kisah lah premis perniagaan tu kedai makan ke, pejabat ke, zaman sekarang urusniaga banyak gunakan internet . Susah juga nak kembangkan perniagaan tanpa gunakan internet .

Untuk Streamyx kategori perniagaan, pakej yang telah disediakan oleh TM adalah Office In Box . Pakej ini menggabung Telefon , Internet & Pelan Panggilan.  Kelajuan yang ditawarkan untuk pakej ini adalah:

  • 8Mbps ( RM308 /Bulan) [ download 8Mbps / upload 512Kbps ]
  • 4Mbps (RM268 / Bulan) [ download 4Mbps / upload 512Kbps ]
  • 2Mbps ( RM258 / Bulan) [ download 2Mbps / upload 384Kbps ]
  • 1Mbps ( RM198 / Bulan) [ download 1Mbps / upload 384Kbps ]

Setiap pakej-pakej di atas telah pun digabungkan pelbagai tawaran iaitu :

  • Nilai panggilan berjumlah RM88.00 setiap bulan .
    • Apabila panggilan melebihi had RM88.00, pelanggan akan di caj RM0.10 sen/minit untuk panggilan ke talian TM & RM0.10 Sen/Minit untuk panggilan ke talian mudah alih (mobile)
  • Satu unit modem wireless PERCUMA yang jaminan kerosakan di tanggung TM selagi pelanggan melanggan pakej ini (lifetime warranty).
  • Sewa talian telefon dikecualikan – PERCUMA.
  • Satu unit cordless phone PERCUMA dengan jaminan kerosakan selama setahun.
  • Akses ke TM WiFi 500Mb/hari di mana-mana kawasan hotspot TM WiFi.

 

Sebagai pilihan, anda boleh tambah beberapa servis di bawah (add on) :

  1. Simple Voice Plan @ RM78/Bulan
  2. HyppTV for Business @ RM90/Bulan

 

Untuk pendaftaran , ada beberapa dokumen perlu disediakan bergantung kepada kategori perniagaan anda sama ada milikan tunggal, Sdn. Bhd, Berhad, atau lain-lain. Ia dipecahkan beberapa kategori iaitu :

  • Milikan Tunggal (Sole Prop).
  • Perkongsian
  • Sdn. Bhd.
  • Berhad.
  • Atas Nama Personal .
  • NGO
  • Lain-Lain.

Jika inginkan bantuan untuk pendaftaran Streamyx atau UniFi di office atau kedai anda, saya & team saya akan bantu untuk selesaikan urusan tersebut. Hanya hubungi saya Hafizal 019-9377 794.

 

HafizaL
TM Reseller Pahang | Penjual Sah TM | Awan Teguh Resources

Nota : Baca juga artikel-artikel di bawah untuk dan share . Mungkin ia dapat memberi manfaat kepada insan lain. 

Share

Streamyx Super Duper Jimat 2017

Promosi ni masih extend sehingga 30 Jun 2017. Rebut peluang memiliki speed 8Mbps dengan harga RM140 sahaja.


http://www.wasap.my/60199377794

Share

Langganan iFlix Percuma Setahun

Assalammualaikum & Salam sejahtera. Saya baru sahaja pulang bertemu pelanggan di Kampung Tengah, Kuantan. Membantu pelanggan mendaftar pakej Streamyx Streamyzer 2Mbps yang bayaran bulanannya RM120 sahaja sebulan. Harap selesai dengan segera pemasangannya. Kenapa dia langgan 2Mbps adalah kerana kawasan rumahnya hanya boleh support 2Mbps sahaja.

iflix tm streamyx

Baiklah, ramai yang tak tahu bawah semua pelanggan Streamyx 4 & 8Mbps dan juga UniFi akan menerima langganan iFlix selama setahun. Malah pelanggan sedia ada juga boleh akses iFlix dengan percuma dan dapat langganan setahun .

Tonton iFlix dengan 2 langkah ini :

  1. Akses ke UniFi, Streamyx 4Mbps atau 8Mbps di rumah anda. Tak kisahlah guna smartphone ke, tablet ke , laptop atau PC.
  2. Download apps iflix dan terus nikmati rancangan tanpa buat pendaftaran. Jika guna komputer , buka sahaja web www.iflix.com.

 

Mudah bukan? . Dalam tu ada banyak movie, rancangan TV yang boleh ditonton. Jika langganan berbayar, bulanan adalah RM10. Jadi tontonlah sepuas-puasnya . Boleh juga nak download.  Cuma saya sedang mencari anroid box untuk install iflix dan boleh buka di TV . Lebih puas hati dapat kongsi bersama keluarga terutamanya anak-anak sebab dalam tu ada juga rancangan kanak-kanak. Nanti jika saya dah dapatkan anroid box, saya akan kongsikan bagaimana nak install iflix di android box.

Kepada yang nak langgan Streamyx atau UniFi , boleh berhubung dengan saya untuk proses pendaftaran. Saya provide service door to door di kawasan kuantan. Buat masa ni wakil saya hanya ada di Kuala Rompin , Pahang dan juga Klang Selangor. Nombor telefon saya  019-9377794 . Saya cuba bantu sebaik mungkin. Terima kasih

 

Share

Garis Panduan Penambahan Tiang (Additional Pole)

Assalamualaikum & salah sejahtera, selalunya kes penambahan tiang ni berlaku atas kediaman yang dibina di atas tanah lot berasingan seperti Banglo, rumah kampung atau yang berkaitan. Berikut saya share tentang garis panduan untuk penambahan tiang oleh pihak TM.


Pendawaian DP kepada premis pelanggan .

Lihat di gambarah di bawah. Bagi memberikan kualiti servis yang baik dan melindungi dari kerosakan, kabel yang ditarik ke rumah pelanggan hendaklah tidak terlalu jauh. Kebiasaanya jarak yang terbaik adalah dari 50 – 100m dari DP.

pole

 

pole100

Jarak maksimum kabel dari DP ke premis pelanggan adalah 250M (5span) / (5 tiang), dimana setiap 1 span jarak 50 meter khususnya di kawasan luar bandar. Kesemua kos di dalam gambarajah di atas (Fig A & Fig B) ditanggung oleh TM.

Berbeza dengan situasi dalam gambarajah di bawah (Fig-C). Tambahan 3 batang tiang untuk cabling ke premis yang berjarak 250 meter , ditanggung oleh pelanggan. Kosnya jangan tanya saya sekarang kerana tertakluk kepada harga yang diberikan oleh pihak TM setelah anda setuju untuk membiayai kosnya.

 

pole-3

  • Pole 1 & pole 2, ditanggung TM.
  • Pole 3 hingga pole 5, ditanggung oleh pelanggan.

Harap info ini berguna untuk anda. Ada beberapa perkara yang saya tak dapat jawab dan jelaskan kerana terbatas bidang seperti kos dan beberapa perkara teknikal lain. Maka jika anda memerlukan bantuan untuk pemasangan Streamyx dan kes anda seperti kes-kes di atas, boleh berhubung dengan saya Hafizal (019-937774) dan bersedia dengan kos-kosnya yang akan dikenakan oleh pihak TM. Rujuk dahulu gambarajah di atas dan baca segala penerangan saya sebelum membuat keputusan .

 

#Nota:
Saya bukanlah seorang kontraktor TM / Staff TM / Vendor TM / Installer TM yang bertanggungjawab untuk membuat pendawaian atau kerja-kerja cabling TM. Saya adalah Wakil Jualan Sah TM / Agent TM/ Authorised Reseller TM yang bertanggungjawab untuk menjalankan kerja-kerja jualan , rundingan, khidmat nasihat, menguruskan pendaftaran pakej-pakej internet dan telefon TM (talian tetap) sahaja. Harap maaf jika ada perkara-perkara yang saya tidak dapat jawab kerana batasan bidang kerja saya. 

Share

Cagaran Talian Tetap TM

cek-telekom-malaysia

Apabila seseorang memohon untuk mendapatkan Streamyx atau talian tetap TM sama ada untuk premis perniagaan atau kediaman, TM akan mengenakan cagaran seperti berikut iaitu :

  • Kediaman RM75
  • Perniagaan RM200 – RM500.

Bermula 20 Oktober lalu, TM tidak lagi mengenakan caj tersebut dan melibatkan perkhidmatan-perkhidmatan seperti di bawah :

  • Talian tetap baru (kediaman)
  • Talian tetap baru + Streamyx.
  • Talian tetap baru (perniagaan)
  • Talian tetap  baru + Streamyx untuk Perniagaan (Business Broadband)

Walaubagaimana pun, caj pendawaian masih lagi dikekalkan . Boleh rujuk di posting saya yang lalu : http://bit.ly/2eFuoyj.

 

Sumber Gambar : anarm.net

Share