Category Archives: TM WiFi

Perkhidmatan TM WiFi Di Lokasi-Lokasi Terpilih

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca semua. Saya telah membuat semakan dalam blog ni. Tiada post yang share tentang TM WiFi. Jadi untuk rujukan semua, kali ni saya nak share serba sedikit tentang TM WiFi ni.

TM WiFi ni adalah perkhidmatan Wireless yang diberikan kepada orang awam & pelanggan Streamyx&Unifi di beberapa lokasi terpilih. Ia adalah salah satu kerjasama antara pemilik premis dan juga pihak TM.

TM WiFi telah dijenamakan semula dari Streamyx Zone . Dengan TM WiFi, pelanggan dapat:

  • Akses internet secara PERCUMA untuk tempoh 30 minit setiap hari.
  • Reset kata laluan (password) dari landing page.
  • Mencari lokasi TM WiFi di kawasan terdekat melalui landing page.
  • Top Up/Reload  akaun TM WiFi dan bayar pengguna dari landing page.

TM WiFi ni didatangkan dengan dengan 3 jenis tawaran iaitu Free Access, Free Bundle & Premium Access. Anda boleh rujuk kandungan setiap tawaran tersebut kat dalam gambar di bawah.

 

*Untuk  free bundle, TM telah memberikan akses tanpa had dan bukannya terhad kepada 500Mb. Gambar di atas adalah gambar yang di ambil dari website TM semasa post ini ditulis. 

Jadi jika anda pelanggan Streamyx dan UniFi, anda boleh gunakan TM WiFi dengan memasukkan nombor handphone yang telah berdaftar dengan TM.

Semak lokasi TM WiFi di seluruh Malaysia di Sini :

https://www.tm.com.my/tmwifi/Pages/locations.html

Share