Category Archives: TM Mobility

Perkhidmatan TM WiFi Di Lokasi-Lokasi Terpilih

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca semua. Saya telah membuat semakan dalam blog ni. Tiada post yang share tentang TM WiFi. Jadi untuk rujukan semua, kali ni saya nak share serba sedikit tentang TM WiFi ni.

TM WiFi ni adalah perkhidmatan Wireless yang diberikan kepada orang awam & pelanggan Streamyx&Unifi di beberapa lokasi terpilih. Ia adalah salah satu kerjasama antara pemilik premis dan juga pihak TM.

TM WiFi telah dijenamakan semula dari Streamyx Zone . Dengan TM WiFi, pelanggan dapat:

  • Akses internet secara PERCUMA untuk tempoh 30 minit setiap hari.
  • Reset kata laluan (password) dari landing page.
  • Mencari lokasi TM WiFi di kawasan terdekat melalui landing page.
  • Top Up/Reload  akaun TM WiFi dan bayar pengguna dari landing page.

TM WiFi ni didatangkan dengan dengan 3 jenis tawaran iaitu Free Access, Free Bundle & Premium Access. Anda boleh rujuk kandungan setiap tawaran tersebut kat dalam gambar di bawah.

 

*Untuk  free bundle, TM telah memberikan akses tanpa had dan bukannya terhad kepada 500Mb. Gambar di atas adalah gambar yang di ambil dari website TM semasa post ini ditulis. 

Jadi jika anda pelanggan Streamyx dan UniFi, anda boleh gunakan TM WiFi dengan memasukkan nombor handphone yang telah berdaftar dengan TM.

Semak lokasi TM WiFi di seluruh Malaysia di Sini :

https://www.tm.com.my/tmwifi/Pages/locations.html

Share

Webe Menawarkan Pelan Terbaru

Webe memperkenalkan pelan untuk talian mudah alih yang menawarkan data tanpa had, panggilan tanpa had dan juga sms tanpa had. Dengan bayaran bulanan hanya RM79, ia amat berbaloi untuk digunakan .

Dari aspek liputan, Webe menggunakan rangkaian 4G . Melalui percubaan saya sendiri, ada beberapa tempat yang kelajuan 4G Webe agak rendah berbanding dengan penyedia rangkaian telekomunikasi lain. Tapi masih mengekalkan data tanpa had dan liputan yang luas berikutan Webe menggabungkan rangkaian 3G dari Celcom.

Bukankah apa yang lebih penting adalah data tanpa had? . Saya banyak berjumpa dengan pelanggan yang merungut data yang cepat habis dan gembira apabila bertukar ke Webe.

Pada bulan Ogos , TM telah umumkan tawaran terbaru untuk pengguna Webe sedia ada dan yang belum melanggan iaitu sokongan tethering atau Hotspot percuma 10Gb setiap bulan hingga 31 Disember 2017.

 

Masih mengekalkan panggilan tanpa had, harga yang sama, data & SMS tanpa had, TM akan menarik lebih ramai pelanggan untuk bertukar ke Webe. Untuk mendaftar Webe, boleh berhubung dengan saya untuk keterangan lanjut. 019-9377 794 .

 

Share

TM WiFi Portable

Sudah pun masuk bulan baru dan semalam sambutan kemerdekaan agak meriah . Saya hanya menonton di televisyen sahaja kerana ada banyak komitmen lain . Malam ni saya buka blog, terperasan satu keyword yang orang cari iaitu TM WiFi Portable atau dengan kata lain, portable wifi untuk di dalam kenderaan.

Modem Streamyx Wireless EVDO

Mula-mula dengan portable WiFi ni adalah dari iklan Celcom dengan Porta WiFi nya. Mungkin pemiliknya ingin memberi akses kepada semua penumpang yang ada dalam kenderaannya tanpa menghiraukan kuota data yang ada. Setahun lalu, semasa EVDO mula-mula dikeluarkan dengan pakej RM60/Bulan, satu perkara dalam fikiran saya dalah untuk menjadikan kenderaan mendapat akses internet walaupun kemana sahaja pergi.

Streamyx Wireless EVDO menggunakan signal CDMA yang mana kebanyakan kawasan menggunakan frekuensi ini namun kelajuannya agak terhad. Sebab itu TM buka speed maksimum 384Kbps untuk pelanggan yang inginkan pakej ini. Permulaann pakej ini Streamyx Wireless EVDO ini, modem yang dibekalkan oleh TM adalah jenama Vertex yang mempunyai bateri caj , boleh bertahan dalam beberapa jam. Boleh simpan di dalam kereta untuk online.

BTS TOWER

Cuma bagi mereka yang berharap ia dapat akses internet dengan speed yang laju, janganlah apply pakej ini . Ini adalah kerana kelajuan bergantung kepada jarak modem dengan BTS (Base Transceiver Station) yang membekalkan signal CDMA . Jika jauh, maka kelajuan makin lama makin merosot. Namun untuk mencuba, tak ada masalah .

Mohon Streamyx Wireless EVDO, dapatkan power inverter untuk kereta, dan plug in. Test signal dan speed yang dapat. Streamyx Wireless EVDO ini boleh roaming satu Malaysia. Tambahan pula, ia tiada KUOTA. Unlimited.  Bolehlah kongsikan internet untuk penumpang-penumpang anda. Selamat mencuba

 

Share

Speed Test Streamyx Wireless EVDO Kuala Rompin

Semalam, menziarahi sahabat lama di Kuala Rompin, Pahang, saya mengambil peluang untuk membuat speedtest bagi Streamyx Wireless EVDO beliau. Sebelum ni, beliau pernah menghubungi saya untuk membuat permohonan pindah tapi gagal untuk dilaksanakan oleh kerana taman yang beliau pindah adalah taman baru. Jadi untuk menjadikan rumahnya di dalam keadaan WiFi sekali lagi, beliau tiada pilihan kerana internet yang tiada kuota (unlimited) hanyalah Streamyx. Oleh itu Streamyx wireless EVDO di langgan.

Disebabkan signal yang diperolehi melalui modem sedia ada telah melebihi paras yang baik dan berdekatan dengan pemancar BTS, maka antenna luar tidak di pasang . Jika pemohon yang ingin membuat permohoan Streamyx wireless EVDO ni, adalah lebih baik menambah sedikit wang lagi untuk pemasangan antenna luar . Dengan itu, anda akan menerima signal yang lebih kuat. Berikut adalah gambar modem yang dibekalkan dengan bayaran RM77/Bulan dan RM60/Bulan selepas 2 tahun akan datang.

Modem Streamyx Wireless EVDO

Berikut pula adalah speed test yang telah saya buat. Harus di ingatkan, signal EVDO ni tak la stabil sangat. Apa sekalipun perkhidmatan internet tanpa wayar (Wireless) tidak stabil selalu bergantung kepada banyak faktor. Ia tidak boleh di samakan dengan perkhidmatan berkabel begitu juga dengan speedtest yang di buat menggunakan wireless dan kabel. Keputusannya berbeza.

speedtest evdo rompin

Speed di atas adalah speed yang boleh diterima .. kira layan You tube masih lancar.

O.k, nanti saya akan share beberapa maklumat lagi tentang EVDO. Bagi sesiapa yang ingin memohon Streamyx EVDO, boleh memohon di TM Point berdekatan. Hanya perlu bawah Mykad dan isi borang di sana. Saya hanya review produk ini. Jika tersalah info dan ada info menarik ingin dikongsikan, atau pengalaman menggunakan Streamyx Wireless EVDO ni, boleh kongsikan di ruangan komen di bawah. Sekian,

Lagi Post Berkaitan EVDO : Streamyx Wireless : Teknologi EVDO

 

Share

Streamyx Wireless : Teknologi EVDO

Kemaskini 24 Julai 2016:
Pakej ini tidak lagi ditawarkan oleh pihak TM. Bermula Awal tahun 2016. 

Tahun 2011, pakej Streamyx Wireless ni release dengan harga RM60/bulan dengan harga modem +/- RM600. Tapi pada awal tahun 2012 TM telah release pakej baru bersama modem WiFi . Pasti anda tertanya-tanya apakah pakej ini sebenarnya?

wireless2

Streamyx Wireless adalah perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar yang menyediakan kelajuan Internet sehingga 384 kbps melalui teknologi EVDO CDMA. Ia adalah produk yang berbeza dengan pakej Streamyx dengan fixed line. Ia berfungsi dalam liputan CDMA EVDO yang mana khas untuk kawasan Streamyx tidak boleh dilanggan/tiada liputan Streamyx Fixed line.

Kalau ikutkan pengalaman saya dalam sales di Kuala Rompin dan beberapa taman di Kuantan, memang di akui servis ada  sesetengah tempat tiada liputan Streamyx walaupun ia bukanlah terlalu jauh sangat dengan exchange tapi kapasiti penduduk di sesebuah tempat menjadi sebab kenapa liputan Streamyx tidak dapat disediakan. Jika perumahan hanya di bina 10-20 unit , dan rata-rata rumah tersebut tiada penghuni (homestay/rumah kosong), ada perkiraan dari aspek kos untuk liputan Streamyx di sediakan .

Ada juga kes di mana terdapat kawasan yang memang sudah sedia ada Streamyx , tapi kerap kali berlaku kecurian kabel mengakibatkan kerugian yang amat teruk pada pihak TM . Sebagai contoh, mengikut pengalaman saya, area jalan simpang Rompin-Muadzam mengalami kecurian kabel yang teruk . Justeru itu, TM telah memperkenalkan pakej ini bagi menyelesaikan masalah pengguna yang ingin kan perkhidmatan Streamyx .

 

Mengapa Streamyx Wireless adalah berbeza?

  • Liputan Wireless
  • Perkhidmatan ini sesuai untuk mana-mana pelanggan dalam liputan CDMA EVDO mana perkhidmatan Streamyx tidak boleh didapati
  • Terminal Wayarles Tetap (FWT) modem yang disediakan
  • Pakej adalah termasuk Wireless Terminal (FWT) modem Tetap.
  • Semudah 1,2,3
  • Pasangkan modem FWT kepada mana-mana sumber kuasa, hidupkan ia dan anda dengan serta-merta boleh mula melayari laman web kegemaran anda.

Bayaran bulanan RM77 sebulan . Pemasangan antenna luar adalah satu penyelesaian signal yang agak baik sunguhpun modem itu sendiri mempunyai antenna. Dengan mengeluarkan sedikit kos dalam RM30-RM150, anda akan dapat signal yang lebih berkualiti bergantung kepada jenis antenna yang ada pada pihak kontraktor.

Modem yang disediakan mempunyai port RJ45 .. Boleh digunakan untuk sambungan terus ataupun WiFi. Untuk urusan pendaftaran, boleh terus ke TM Point yang terdekat.

 

Coverage Area

State
Streamyx Wireless Coverage Area
Central Region
Kuala Lumpur / MSC Putrajaya, Cyberjaya, Sepang, Salak Tinggi, Brickfield, Petaling Jaya
Selangor Batang Berjuntai, Banting, Sg Besi, Shah Alam, Keramat, Petaling Jaya, Damansara, Kapar, Klang, Melawati, Kuang, Sekinchan, Sungai Besar, Kajang, Bandar Baru Bangi, Port Klang, Kuala Kubu Baru, Rawang, Sungai Air Tawar, Ampang
Pahang Mentakab, Bandar Muadzam Shah, Temerloh, Maran, Gambang, Pekan, Kumai, Tring, Kuantan, Fraser Hill, Jerantut, Kuala Rompin, Cherating, Pekan
State
Streamyx Wireless Coverage Area
Northern Region
Perlis Kangar
Kedah Alor Setar, Pendang, Jitra, Changloon, Bukit Selambau, Baling, Sg Petani, Gurun, Kuah, Tanjung Malai, Mahang, Sungai Kob, Kulim, Kuala Ketil, Sik, Kuala Nerang
Pulau Pinang Air Itam, Bukit Mertajam, Georgetown, Tasek Gelugor
Perak Ipoh, Sungkai, Trong, Brinchang, Malim Nawar, Lekir, Parit Buntar, Sungai Siput, Teluk Intan, Menglembu, Lenggong, Trolak, Selama, Changkat Jong, Bukit Larut
Kelantan Kota Bharu, Pasir Mas, Chiku 3, Machang, Kuala Krai, Melor, Pasir Putih, Jeli, Gua Musang, Gual Ipoh
Terengganu Ajil, Jertih, Kuala Berang, Jertih, Dungun, Kuala Terengganu, Kijal, Kenyir, Chukai, Marang
State
Streamyx Wireless Service Coverage
Southern Region
Johor Batu Pahat, Segamat, Bukit Gambir, Tangkak, Pagoh, Muar, Kluang, Kluang, Paloh, Pontian, Benut, Johor Bahru,  Bukit Sening, Bandar Penawar, Kota Tinggi, Pengerang Sungai Rengit Tampoi, Ulu Tiram, Senai, Gunung Pulai, Pasir Gudang, Air Bemban, Air Hitam, Endau, Bukit Tinggi, Bukit Perlah, Chaah, Bukit Resam
Melaka Masjid Tanah, Bukit Beruang, Selandar
Negeri Sembilan Port Dickson, Seremban, Tampin, Kuala Pilah, Jelebu, Bukit Bemban, Bahau
State
Streamyx Wireless Service Coverage
East Coast
Sarawak Miri, Tanjung Lobang, Bukit Lambir Bintangor, Sri Aman, Temudok, Sebuyau Bintulu, Kuching, Serapi, Kanowit, Kapit, Singalang, Limbang, Siang Siang, Mukah, Serian, Saratok
Sabah Kota Kinabalu, Papar, Telipok, Kinarut, labuan, Gadong, Kudat, Keningau, Tenom, Sandakan, Kg Paris, Tawau, Pamol Estate
Share