Category Archives: Tutorial

Membayar Bil Air Secara Online (PAIP)

Beberapa hari lepas, saya ke UTC Kuantan untuk membuka akaun SSPN-i dan juga membuat deposit di Tabung Haji. Terpandang pejabat urusan PAIP dan saya lihat ramai yang membuat urusan. Mungkin selain dari pembayaran bil, ada urusan lain yang mereka lakukan.

Saya ingin berkongsi dengan anda semua bagaimana untuk membuat pembayaran bil air Syarikat Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) iaitu satu-satunya syarikat yang menguruskan bekalan air di negeri Pahang. Berikut adalah senarai online banking yang diterima untuk buat pembayaran bil air secara online :

senarai online banking

 

Saya pasti, ramai pengguna Maybank2u . Kebetulan saya ingin membuat pembayaran bil secara online juga, saya ingin share step-stepnya.

LANGKAH PERTAMA

  • Buka google.com.my. Taipkan kata kunci (keyword)                                                                         ” PAIP Online Pay atau PAIP Online Payment” dan anda akan lihat keputuan cariannya seperti di dalam gambar di bawah. Klik website online payment tersebut .
  • Atau anda boleh terus klik di sini : https://onlinepay.paip.com.my/

google

 

LANGKAH KE-2

semak

  1. Anda akan lihat paparan web seperti di dalam gambar di atas. Lihat nombor akaun di dalam bil anda dan taipkan nombor akaun di ruangan ‘No. Akaun’.
  2. Kemudian Klik pada button ‘ Lihat & Bayar’

 

LANGKAH KE-3

maklumat akaun

  • Setelah maklumat akaun dimasukkan, anda akan lihat maklumat bil air anda yang terkini. Semak perkara-perkara berikut :
    • Nama
    • Nombor Akaun:
    • Alamat :
    • Jumlah Bil Air Yang Perlu Di Bayar
  • Jika betul, klik pada button ‘ Seterusnya’
  • Jika terdapat sebarang kesalahan pada maklumat yang dipaparkan, boleh terus ke kaunter PAIP untuk urusan lanjut. 

 

LANGKAH KE-4

pembayaran

  • Setelah klik pada button ‘ Seterusnya’ pada langkah Ke-4 tadi, anda akan lihat paparan untuk pembayaran seperti di atas.
  • Pada menu maklumat pembayar, masukkan maklumat anda. Ruangan ini berguna untuk rujukan anda dan pihak PAIP jika anda membayar bil air yang akaunnya bukan nama anda . Sebagai contoh anda membayar bil untuk rumah yang anda sewa, belum buat penukaran nama pemilik akaun, dan lain-lain.
  • Seterusnya pada kotak ‘ Jumlah Ingin Di Bayar (RM) , anda boleh masukkan berapa jumlah yang anda ingin bayar .
  • ** Caj Perkhidmatan Online yang dipaparkan adalah caj yang dikenakan oleh FPX. 

 

LANGKAH KE-5

 

terma-2

  1. Baca Terma Dan Syarat Yang Dipaparkan.
  2. Klik pada button ” Saya Bersetuju. Teruskan Dengan Bayaran”

 

 

LANGKAH KE-6

fpx

  1. Seterusnya paparan web FPX akan dipaparkan. Anda pilih salah satu servis online banking yang anda gunakan.
  2. Masukkan email penerima makluman pembayaran. Bahagian ini berguna jika anda ingin maklumat pembayaran di hantar terus ke akaun anda atau pemilik akaun atau pemilik rumah sewa atau pemilik premis.
  3. Klik ‘Bayar’ Di button bawah sekali. Maaf, paparan di atas tiada. Tapi anda akan lihat button untuk pembayaran atau teruskan pembayaran.

 

LANGKAH KE- 7

online banking

  • Anda akan di bawa ke paparan online banking anda.
  • Masukkan username dan password online banking anda.

 

LANGKAH- 8

bayar

  • Semak nombor akaun.
  • Klik button ‘Continue’

 

LANGKAH-9

tac

  • Request TAC dan masukkan nombor TAC yang anda terima melalui telefon anda di ruangan TAC.
  • Klik COMFORM

 

LANGKAH KE-10

sucesss

  • Selesai. Klik pada button ‘ PRINT RECEIPT’ untuk cetak resit bayaran sebagai simpanan dan rujukan anda.

 

 

LANGKAH KE-11

fpx success

  • Setelah selesai cetak resit pada langkah ke – 10 tadi, anda harus ‘logout’ dari online banking.
  • Kemudian paparan MEPS FPX pula akan dipaparkan untuk anda cetak resit FPX pula.

Sekarang selesai proses pembayaran . Anda dapat jimatkan masa menunggu, kos pengangkutan dan memaksimumkan penggunaan internet anda di rumah. Terima kasih.

 

 

 

 

Share