Category Archives: Review

Speed Yang Manakah Lagi Bagus?

Sudah hampir 8 tahun saya menjual produk TM, bermula dengan percubaan internet speed 384Kbps, hinggalah saya mencuba speed 4Mbps dan 8Mbps. Rata-rata pelanggan yang saya jumpa, akan upgrade pakej 384Kbps tak sampai 3-6 bulan ke speed internet sekurang-kurangnya 1Mbps.

TM-Wireless-G-innacomm-modem-LAN-port

 

Apakah yang berlaku sebenarnya? Apakah speed internet 384Kbps tidak laju dan kualitinya teruk? . Ramai yang tidak mengetahui bahawa pakej internet 384Kbps dan 512Kbps masih ada dan pihak TM tidak lagi mengesyorkan kedua-dua pakej tersebut kepada pelanggan secara umum. Kenapakah ia berlaku?

Secara umumnya, teknologi ADSL memang mampu menghantar data pada kedua-dua kelajuan tersebut namun atas komen dan tindakan kebanyakan pelanggan yang mula upgrade kepada pakej sekurang-kurangnya 1Mbps, saya lihat pakej 512Kbps dan 384Kbps ini tidak berbaloi dilanggan untuk mereka yang mengharapkan speed internet yang berdesup laju dengan bayaran yang lebih murah.

Pakej 384Kbps masih lagi saya gunakan di kampung kerana saya hanya pulang pada hujung minggu dan setiap kali pulang, ia digunakan hanya sekadar membuat carian di internet sedikit dan mengaktifkan fungsi aplikasi telefon seperti Whats App, WeChat, Viber, dan beberapa aplikasi lagi untuk kepentingan perniagaan.

You Tube Logo

Tetapi untuk melanggan pakej 384Kbps atau 512Kbps untuk kegunaan video streaming seperti You Tube, TV online, Skype, Video Chat, download movie atau fail yang besar, upload data kepada website, menghantar dokumen dan fail ke website seperti web di bawah Kementerian Pendidikan, saya tidak galakkan langsung anda langgan kedua-dua pakej ini.

Jadi kepada pelanggan baru, anda boleh pertimbangkan untuk mendapatkan internet 1Mbps dan ke atas. TM Menyediakan speed internet sehingga 8Mbps di sesetengah kawasan. Anda boleh menghubungi saya untuk mendapatkan khidmat nasihat dan juga melanggan pakej internet .

Share

Mengaktifkan Semula Talian Internet Yang Di Sekat

tm kiosk payment

Apabila kecuaian dilakukan oleh anda secara tidak sengaja atau sebaliknya dalam urusan pembayaran bil, maka talian internet dan telefon anda akan di potong sementara waktu . Macam mana nak uruskan pembayaran dan penyambungan semula dengan cepat ?

Ada beberapa langkah yang saya ingin cadangkan kepada anda dalam situasi yang getir saat anda ingin gunakan internet .

  1. Bayar bil anda sama ada tunggakan atau kesemua sekali menggunakan kad kredit/kad debit anda melalui TM Call Center 100 . Menggunakan khidmat mereka sungguh cekap dan pantas. Yang penting dalam akaun kad debit anda atau kad kredit anda ada duit yang cukup untuk bayar bil. Anda ada 2 pilihan sama ada untuk selesaikan jumlah bil yang tertunggak atau bil semasa. Syarat untuk aktikkan semula talian internet anda adalah dengan menyelesaikan 100% jumlah bil anda yang tertunggak. 
  2. Bayar di kaunter TM Point dan minta pegawai yang bertugas tersebut untuk aktifkan semula internet anda.
  3. Bayar bil di mesin kiosk e-payment TM dan minta pegawai di kaunter untuk aktifkan semula internet anda.

Apakah kemungkinan kesulitan yang mungkin anda hadapi dari ketiga-tiga cara di atas?

Bayar bil melalui TM Call Center

Masalahnya waktu operasi untuk bahagian produk & perkhidmatan, dan billing hanya dari 8 pagi hingga 7 malam setiap hari isnin hingga Jumaat. Kalau anda nak aktifkan di luar waktu perkhimatan tersebut? .

 

Bayar di kaunter TM Point

Cara ini senang . Tapi waktu operasi mereka dari pukul 9 pagi hingga 5.30 petang dari Hari Isnin hingga Jumaat dan hari Sabtu jam 9 pagi hingga 1 petang (TM Point Terpilih). Boleh juga ke kaunter TM Point di UTC .

 

Bayar bil di mesin e-payment TM

Mesin rosak.. kaunter TM dah tutup..

 

Kesemua di atas adalah cara paling cepat untuk aktifkan semula internet dan telefon anda. Kebiasaannya saya membayar bil menggunakan internet banking dan TM call center…

Share

Membuat Pembayaran Bil Melalui TM Service Center (100)

Anda tiada masa untuk membuat pembayaran bil?  . Akaun anda tertunggak atau dipotong sementara?. Hari ini saya ingin berkongsi satu cara yang cukup mudah sebenarnya untuk membuat pembayaran bil hanya dengan membuat panggilan telefon.

Kad Debit Bank Islam

 

Kebetulan hari ini adalah hari saya membuat pembayaran bil. Dua bil yang saya bayar melalui kaedah pembayaran melalui kad debit/kad kredit. O.k , Berikut adalah step mudah untuk membuat pembayaran bil TM melalui kad debit/kad kredit.

  1. Dail 100 / 1300 888 123 (Mobile Selain Celcom)
  2. Ikut arahan dan tunggu arahan untuk buat pembayaran atau semakan bil.
  3. Dapatkan kad debit / kad kredit anda.
  4. Ikut arahan yang operator minta  .

Setelah selesai pembayaran, operator akan memberikan anda number rujukan pembayaran. Anda harus salin dan simpan number tersebut jika berlaku masalah tentang pembayaran anda. Jika talian telefon anda telah dipotong sementara, ia akan di aktifkan dalam tempoh 24 jam. Apa yang bagus pembayaran melalui cara begini adalah ia disahkan secara terus sebagai bukti pembayaran anda. Jika anda membuat pembayaran melalui internet banking, ia mengambil masa 1-3 hari untuk pembayaran clear kepada pihak TM.

Kad debit yang saya guna adalah kad bank islam . Kebanyakan bank sekarang telah mengeluarkan kad debit untuk akaun simpanan atau semasa. Jadi kepada mereka yang liat nak ke kaunter untuk membuat pembayaran bil, boleh je guna kaedah ini . Malah TM memberi rebet RM2 kepada pelanggan mereka yang membuat pembayaran auto debit secara tetap setiap bulan melalui kad kredit/kad debit anda.

Oh! ya. Lupa saya untuk lampirkan table caj call untuk talian helpline 100 TM ini. Caj ini dikenakan kepada talian mudah alih.

100 call charges:

Service Type TM Customer Service 100
Fixed Line Free
Maxis Depends on service provider*
Celcom RM1/call
Digi Depends on service provider*
U-mobile, Tune Talk and others Depends on service provider*
Share

Best Effort Speed Streamyx

8Mbps Speedtest Office In A Box

Ada pelanggan bertanya, apakah yang dimaksudkan ‘best effort’ speed dalam terma dan syarat?

Untuk pengguna Streamyx atau UNIFI, apa yang perlu anda fahami adalah kelajuan yang anda langgan adakalanya tidak mencapai tahap speed yang anda langgan. Tapi adakalanya melebih kelajuan yang di langgan. Ini bergantung pada banyak faktor dan salah satunya jumlah pengguna yang menggunakan Streamyyx secara serentak di kawasan tersebut.

Pengguna Streamyx atau UniFi patut mendapat paling kurang 80% dari nilai kelajuan yang di langggan. Sebagai contoh, pengguna melanggan pakej 1Mbps . Jadi kiraannya seperti di bawah :

1Mbps = 1000 kbps

80% dari 1000kbps = 800kbps

Jadi pengguna 1Mbps tersebut paling kurang akan mendapat 800 kbps. Perkara ini tidaklah berlaku berpanjangan namun sebagai pengguna, jika kelajuan merosot kurang dari 80% , anda boleh menelefon talian khidmat pelanggan TM iaitu 100 atau 1300 888 123 (Dari Talian Mudah Alih Selain CELCOM) untuk melaporkan perkara ini. Sebaiknya, sebelum membuat panggilan, anda boleh catit atau print screen result speed test yang boleh di buat melalui TM Speedometer menggunakan sambungan kabel dan wireless (jika ada). Ia sebagai bukti kemerosotan kelajuan perkhidmatan Streamyx yang anda langgan.

Sebaik sahaja menerima laporan, pihak TM akan menghantar staff teknikal mereka untuk membuat siasatan dan pembaikan.

Share

Membuat Pemindahan Streamyx / UNIFI

Post Ini Telah Saya Kemaskini Pada 29 Januari 2017 (23:50).

pindah rumah

Apabila pelanggan ingin berpindahkan kediaman /  premis lain, apa yang perlu dilakukan adalah mengisi borang permohonan pindah di mana-mana TM Point atau dinasihatkan membuat permohonan pindahan di TM Point yang berdekatan dengan lokasi kediaman / premis anda yang asal.

Gambar di atas adalah bukti maklumat yang saya ambil . Z0om Untuk Lebih Jelas

Caj – caj pemindahan :

  • UniFi : Percuma
  • Streamyx : Tiada Caj Pemindahan
  • Talian Telefon : Caj Pemindahan RM50
  • Talian Telefon + Streamyx : Caj Pemindahan RM50 (Telefon)

Proses pemindahan mengambil masa dari 3 hingga 7 hari bekerja dan bergantung kepada kesediaan installer.

Perkara yang paling banyak berlaku adalah, pelanggan membuat pemindahan ke kawasan yang tiada servis (infra) seperti perumahan baru . Jika ini berlaku, tiada cara yang boleh di buat melainkan dengan melalukan pemotongan . Anda hanya perlu membawa bil elektrik / bil air sebagai bukti anda tinggal di tempat berkenaan. TIADA CAJ PENALTI DIKENAKAN ATAS SEBAB INI .

 

Satu perkara lagi, setiap kali pemindahan dilakukan, pelanggan perlu akur dan faham bahawa di kediaman / premis baru, pelanggan bertanggungjawab untuk membayar kos pendawaian baru kecuali pemindahan UNIFI tidak dikenakan bayaran.

Caj pemindahan Streamyx adalah seperti berikut :

  • Caj pemindahan di dalam bil RM50
  • Pendawaian RM30-RM50 di lokasi baru (bayar cash)

Nombor telefon yang asal juga kemungkinan akan bertukar. Jadi harap faham dengan segala prosedur dan terma . Jika ada penambahan/pengalaman pemindahan Streamyx/Unifi, boleh dikongsikan di ruangan komen di bawah.

Sumber Maklumat:
https://www.tm.com.my/OnlineHelp/CustomerSupport/Pages/FAQs.aspx

.

Share

Speed Test Streamyx Wireless EVDO Kuala Rompin

Semalam, menziarahi sahabat lama di Kuala Rompin, Pahang, saya mengambil peluang untuk membuat speedtest bagi Streamyx Wireless EVDO beliau. Sebelum ni, beliau pernah menghubungi saya untuk membuat permohonan pindah tapi gagal untuk dilaksanakan oleh kerana taman yang beliau pindah adalah taman baru. Jadi untuk menjadikan rumahnya di dalam keadaan WiFi sekali lagi, beliau tiada pilihan kerana internet yang tiada kuota (unlimited) hanyalah Streamyx. Oleh itu Streamyx wireless EVDO di langgan.

Disebabkan signal yang diperolehi melalui modem sedia ada telah melebihi paras yang baik dan berdekatan dengan pemancar BTS, maka antenna luar tidak di pasang . Jika pemohon yang ingin membuat permohoan Streamyx wireless EVDO ni, adalah lebih baik menambah sedikit wang lagi untuk pemasangan antenna luar . Dengan itu, anda akan menerima signal yang lebih kuat. Berikut adalah gambar modem yang dibekalkan dengan bayaran RM77/Bulan dan RM60/Bulan selepas 2 tahun akan datang.

Modem Streamyx Wireless EVDO

Berikut pula adalah speed test yang telah saya buat. Harus di ingatkan, signal EVDO ni tak la stabil sangat. Apa sekalipun perkhidmatan internet tanpa wayar (Wireless) tidak stabil selalu bergantung kepada banyak faktor. Ia tidak boleh di samakan dengan perkhidmatan berkabel begitu juga dengan speedtest yang di buat menggunakan wireless dan kabel. Keputusannya berbeza.

speedtest evdo rompin

Speed di atas adalah speed yang boleh diterima .. kira layan You tube masih lancar.

O.k, nanti saya akan share beberapa maklumat lagi tentang EVDO. Bagi sesiapa yang ingin memohon Streamyx EVDO, boleh memohon di TM Point berdekatan. Hanya perlu bawah Mykad dan isi borang di sana. Saya hanya review produk ini. Jika tersalah info dan ada info menarik ingin dikongsikan, atau pengalaman menggunakan Streamyx Wireless EVDO ni, boleh kongsikan di ruangan komen di bawah. Sekian,

Lagi Post Berkaitan EVDO : Streamyx Wireless : Teknologi EVDO

 

Share

8Mbps Speed Test Kuala Rompin, Pahang

DSC01472

Sudah siap .. petang semalam ada outstation ke Rompin. Selesai kerja, singgah sebentar ke kedai komputer sahabat saya . Kebetulan pula order Streamyx 8Mbps Office In A Box beliau sudah complete. Saya ambil kesempatan untuk buat testing speed dan hasilnya seperti dalam gambar di bawah

8Mbps Speedtest Office In A Box

Speed yang amat terbaik di Kuala Rompin, Pahang. Kedai komputer Giga Computer System. Pemiliknya sudah lama minta saya upgrade speed internet kepada 8Mbps dan kali ini hajat beliau tercapai…

Untuk Pendaftaran Streamyx, Talian Telefon dan UNiFi, Boleh Berhubung Terus Dengan Saya Di Talian 019-9377794

 

Share