Category Archives: Peribadi

Pelepasan Cukai Gaya Hidup Sehingga RM2,500 Termasuk Langganan Internet

Pada tahun 2016, Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak telah umumkan pelepasan cukai gaya hidup di dalam pembentangan bajet 2017. Apa yang terkandung dalam pelepasan cukai gaya hidup tersebut?.

Antara yang menarik dalam pelepasan cukai gaya hidup adalah yuran langganan internet dimasukkan sekali. Jadi semua pengguna internet di Malaysia boleh menolak yuran langganan internet sebagai pelepasan cukai.

Sebagai contoh, yuran langganan internet UniFi Advance 30Mbps berharga RM199. Maka jumlah langganan selama setahun tersebut boleh diketepikan dan tidak dikenakan cukai. jadi tinggal dua bulan je lagi untuk langgan internet dan nak tolak kos untuk dua bulan ni sempat lagi.

So boleh la langgan internet mobile seperti WebeBroadbad , WebeMobile, Streamyx atau UniFi. Ada masa lagi. Boleh WhatsApp saya http://www.wasap.my/60199377794. Saya akan cuba bantu untuk dapatkan pakej internet yang sesuai.

Share

PahangStreamyx Akan Bertukar Domain

Dah banyak masa saya ambil untuk fikirkan perkara ni. Akhirya saya telah membuat keputusan untuk menukar nama domain ni kepada yang lebih umum . Keputusan yang saya buat adalah kerana saya tidak lagi hanya menumpukan sepenuh masa dan aktiviti kepada produk TM Streamyx semata-mata.

Dulu seawal muncul blog ini, saya hanya fokuskan produk TM sahaja dan sampai masanya saya ingin bertukar arah dari menulis dan update tentang produk TM kepada produk lain.

Keringat, penat dan usaha yang telah saya curahkan dalam blog ini berbaloi kerana rata-rata pelanggan saya adalah dari blog ini sahaja. Banyak juga yang telah saya bantu untuk dapatkan servis Streamyx, configure  modem, dapatkan UniFi, salur info yang benar, dan lain-lain

Terima kasih kepada yang menyokong dan mendapatkan khidmat saya selama saya mencari rezeki melalui platform ini. Terima kasih juga kepada yang telah syorkan khidmat saya kepada rakan-rakan kenalan.

Semoga blog ini akan terus menjadi panduan kepada anda.

Share

Selamat Tahun Baru 2017.

Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Selamat tahun baru 2017 juga saya ucapkan kepada semua pelanggan-pelanggan dan pembaca yang sudi singgah di blog saya . Diharapkan apa yang kita rancang tahun lepas, telah menjadi kenyataan dan azam yang kita buat tahun lepas telah terlaksana. Mungkin juga perlu di bawa ke tahun ni 2017?.

Penghujung tahun 2016 telah saya lalui dengan membina team baru bagi menggerakkan aktiviti jualan yang lebih besar. Amat sukar sedikit bagi saya apabila telah bertahun saya bergerak solo dalam aktiviti jualan dan kali ini menubuhkan team jualan sendiri. Banyak perkara yang saya belajar dan saya tempuhi dengan tabah. Adakalanya rasa putus asa.

Tahun 2017 ni saya telah lakarkan lebih banyak rancangan. Terutamanya untuk mencari lebih banyak bakat-bakat baru dalam aktiviti jualan produk TM. Saya perlukan mereka yang komited dan rajin. Sudah sampai masanya saya menyerahkan aktiviti jualan kepada mereka yang baru.

Tahun 2017 dikatakan tahun mencabar untuk perniagaan, usahawan . Tahun 2017 juga dikatakan lebih ramai pekerja akan dibuang. Belum melangkah ke tahun 2017, rakyat telah dikejutkan dengan perkara seperti ini. Apa pun, saya harap situasi ekonomi di Malaysia akan pulih. Bagi kita pula, jadikan tahun ini tahun untuk kita lebih rajin dan berdaya saing.

Akhir kata, saya ucapkan terima kasih kepada yang telah berurusan dengan saya, menggunakan khidmat saya , mengikuti blog saya . Terima kasih segalanya. Selamat Tahun Baru 2017.

 

Share

Pengalaman Di Wadkan Di HTAA Kerana Apendiks

Assalammualaikum / salam sejahtera

Dah lama tak update blog, dah lama dapat fokus melayan kesemua pertanyaan pelanggan yang bertanyakan pakej-pakej Streamyx yang ada . Maaf semua sebab tak dapat beri komitment menjawab pertanyaan dengan baik melalaui whats app / FB dan apatah lagi melalui komen di blog ni.

Pada hari sabtu 15 Ogos 2015, saya disahkan oleh doktor ada apendiks. Sakit yang teramat yang tak dapat saya lupakan. Beberapa hari sebelum tu, saya sudah terasa kesakitannya cuma tidak berulang kerap. Sempatlah saya close deal dengan beberapa pelanggan Pakej Streamyx Dengan Tablet di kawasan sekitar Kuantan ni. Namun hari Sabtu adalah hari yang sudah tak tertahan deritanya.

Masjid Cenderawasih Kuantan

Masjid Cenderawasih Kuantan

Hari tersebut sempat bertemu dengan saudara Fendi iaitu seorang pelanggan saya di Masjid Cenderawasih Kuantan. Close deal untuk Pakej Streamyx dengan Tablet . Sakitnya tak tertahan apabila menunggang motosikal pulang ke rumah berehat. Saya tak menduga ia adalah penyakit yang perlukan pembedahan pun sebab saya sangkakan ia adalah gastrik kerana sebelum ni, saya mengalami sakit yang sama di perut sebelah kiri.

Malam saya ke Klinik Ar-Razi Di Sungai Isap kerana di situ ada lengkap makmal untuk mengetahui apakah penyakit yang saya alami. Setelah ujian urin selamat, ternyata ujian darah menunjukkan sel darah putih yang tinggi. Doktor mengesyaki ada jangkitan kuman dan memberi saya surat rujukan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

surat arahan masuk wad htaa

Setelah menunggu untuk mendapatkan rawatan di bahagian kecemasan HTAA, saya di arahkan masuk wad untuk pembedahan segera. Itulah kali pertama saya dimasukkan ke wad . Doktor dan jururawat yang menjaga saya waktu itu amat peramah. Tidaklah seburuk sangkaan dan kata-kata orang lain.

Sepatutnya saya di bedah pagi itu juga 3 A.M. Tapi kerana saya telah makan sedikit sebelum saya sampai ke HTAA,  doktor tunda pembedahan pada keesokan harinya. Alhamdulillah, saya selamat dibedah. Saya berehat dua hari dan dibenarkan keluar apabila sudah boleh makan dan minum. Kos yang rawatan keseluruhnya adalah RM70 . Syukurlah. Walaupun duduk di wad kelas 3, namun suasananya tidaklah seburuk yang dikata orang lain. Mungkin Tuhan meletakkan saya dalam keadaan yang baik di hospital tersebut. Pengalaman orang lain tak sama dengan pengalaman kita.

health-medical-hospitals-kuantan-tengku-ampuan-afzan-2

Apapun, saya amat berpuas hati dengan layanan dan perkhidmatan yang diberikan oleh kakitangan Hospital Tengku Ampuan Afzan. Sampai sini sajalah perkongsian saya. . Insyaallah , saya akan mula bekerja semula 24 Ogos 2015 walaupun masih dalam cuti sakit. Rasanya tak ada apa yang boleh padamkan semangat saya untuk buat sale. Ada banyak sebab dan target untuk saya capai. InsyaAllah, doakan saya dapat memberi khidmat terbaik. Jika ada salah dan silap, terlepas pandang soalan/mesej, maafkan saya. Saya manusia biasa.

Share

Kenapa Blog Ni PahangStreamyx?

Ada rakan saya tanya kenapa blog yang saya tulis ni bernama pahangstreamyx sedangkan TM ada juga produk UNIFI dan kenapa hanya fokus pada PAHANG?

32161_260127457452070_2088677447_n

Saya terkedu dan dah lama mengagak soalan ini akan muncul. Baiklah, sebelum ni saya menulis blog yang sama namun nama domainnya berbeza. Kemudian saya menyepi dari arena blogging. Saya sibuk dengan pelajaran saya , Tetapi apabila saya ingin bangkit semula dan menulis, saya terfikir ,

Bukankah Pahang itu sendiri tempat lahir saya?

Ada sesetengah tempat di Pahang saya kenali dan arif serba sedikit kawasannya. . jadi lebih mudah bagi saya..

Pahang coverage untuk UNIFI tidak luas dan kawasan liputan Streamyx masih banyak dan luas.

Saya dibimbing oleh TM Pahang ..jadi secara tidak langsung, saya berkhidmat untuk TM Pahang..

Jadi itulah jawapannya …

Share

Pendaftaran Streamyx Taman Tas Ria Kuantan, Pahang

Penduduk Taman Tas Ria Kuantan, Pahang boleh mendaftar Streamyx dengan saya. Jika perlu saya akan hadir bertemu dengan anda atau boleh berurusan melalui whats app/viber/wechat/ Line. Segala maklumat anda dirahsiakan. Berikut adalah coverage Streamyx di Taman Tas Ria Kuantan, Pahang.

 TAMAN TAS RIA

  • Speed di kawasan ini adalah sehingga 8Mbps dan anda berpeluang untuk menonton Hypptv .

Saya juga menyediakan perkhidmatan membaiki kerosakan laptop seperti :

  • Masalah Windows.
  • Antivirus
  • Tukar skrin.
  • Masalah keyboard.
  • Motherboard.
  • Lain-lain masalah

banner contact 1

Share

Selamat Menyambut Aidilfitri 1434 Hijrah

selamat hari raya

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1434 Hijrah

 Saya Admin PahangStreamyx.Com Memohon Maaf Kepada Semua Yang Mengenali Saya, Pembaca Blog Saya. Maaf Zahir & Batin, Semoga Anda Yang Memaafkan Saya Terus Mendapat Keluasan Rahmat Allah Dari Dunia Hingga Akhirat..

pahang streamyx.com

 

Share

Salam Ramadhan

249840249_c636b63d97_b

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan .

Semoga Ramadhan Ini Menjadi Platform Perubahan Diri Kita Ke Arah Kebaikan Dan Lebih Maju Dari Hari Lalu.

 

Share

Selamat Berehat Wahai Pekerja

selamat-hari-pekerja-2013

 

Tema Hari Pekerja 2013 : Pekerja Pemangkin Transformasi Negara

 

Alhamdulillah.  Hari ini adalah hari yang di isytiharkan hari pekerja. Bolehlah berehat bersama keluarga atau sahabat handai. Tapi saya tetap bekerja seperti biasa kerana keadaan memerlukan untuk bekerja pada hari ini. Adakalanya stress dengan kerja tapi seronok apabila pulang melihat gelagat anak dan senyuman isteri.

Saya teringat satu cerita ..entah dari mana sumber dan kesahihannya, saya tak pasti..cuma yang saya mahu kongsikan pada kalian adalah tentang bagaimana untuk uruskan masalah yang banyak dengan tenang…

Masalah tu adalah teman sejati kepada kehidupan. Yang membezakan cuma sejauh mana seriusnya masalah tersebut. Hari ni kalau kita mengeluh atau merungut tentang masalah yang kita hadapi dan tanggung, mari renungkan sejenak kisah ini. Harap dapat mengurangkan sedikit beban di bahu kita.

Seorang pensyarah memegang sebuah gelas besar yang berisi air. Kemudia dia bertanya kepada pelajarnya.

Prof : Agaknya berapa berat air dalam gelas yang saya pegang ni?

Pelajar pertama : 500 liter

Pelajar kedua : 1000 liter

Pelajar ketiga : Mungkin 700 liter…

Prof : Tak kira berapa berat pun gelas ni, soalan saya apa akan jadi sekiranya saya memegang gelas ni begini dalam masa 1 minit?

Pelajar: Tak ada apa-apa yang akan berlaku.

Prof : Bagaimana kalau saya pegang gelas ini dalam tempoh sejam?

Pelajar: Tangan prof akan jadi lenguh dan sakit.

Pensyarah tersebut mengangguk dan kemudian tersenyum.

Prof: Baiklah, bagaimana kalau saya pegang gelas ini begini dalam masa sehari?

Pelajar: Prof akan kena kekejangan otot, boleh menyebabkan kesakitan yang serius dan mungkin juga boleh menyebabkan lumpuh.

Prof : Hmmm… jadi apa yang perlu saya buat sekarang ye untuk mengelakkan perkara tu berlaku?
Pelajar: Apa susah prof, letakkan je gelas tu kat bawah.

Prof : Bagus. Itulah yang saya nak dengar. Begitu juga dengan masalah kita. Kita boleh memikirkan masalah tu untuk beberapa ketika dan cuba menyelesaikannya dalam masa terdekat sekiranya mampu.
Namun sekiranya kita tak mampu menyelesaikannya dalam masa terdekat, kita jangan membebani otak kita dengan masalah tersebut. Otak kita umpama tangan yang memegang gelas juga. Sekiranya kita menyeksa dia memikirkan perkara yang rumit dan menggangu fikiran dalam tempoh yang lama, ia boleh menjejaskan kesihatan kita dan kehidupan kita keseluruhannya.

Jadi kenapa kita perlu menyeksa diri begitu? Letakkan masalah ke bawah buat seketika dan bersantai / bergembira / makan dan tidurlah seperti tiada apa yang mengganggu fikiran kita agar esoknya kita berada dalam keadaan yang cukup segar dan bertenaga bagi menyelesaikan masalah itu dan seterusnya.

Share