Category Archives: Kos Pemasangan

Penggiraan Bil Streamyx 4Mbps -RM140/Bulan (Permohonan Baru Dengan Talian Telefon)

Berikut adalah pengiraan bil untuk permohonan baru Streamyx 4Mbps (RM140/Bulan) di dalam tempoh promosi pemasangan dan pengaktifkan percuma .

 

Caj Pendawaian & Pengaktifan Telefon

Kontraktor lantikan TM akan di arahkan untuk membuat pendawaian dan pemasangan telefon di premis/rumah anda. Caj yang akan dikenakan adalah :

RM 30 (Cash)

Pengaktifan talian, penyerahan set telefon dan “jumpering” pada Kotak DP shj. Caj ini dikenakan jika pemohon tinggal di flat/apartment.

RM50 (Cash)

Pengaktifan talian, penyerahan set telefon, “jumpering” pada Kotak DP dan pendawaian telefon untuk 5 meter pertama. Caj sebanyak RM5/meter akan dikenakan untuk setiap pendawaian selepas 5 meter pertama.

 

BAGI BUKAN WARGANEGARA MALAYSIA (Pemohon Berpassport) , DEPOSIT AKAN DI CAJ DI RM1000 DI DALAM BIL PERTAMA ANDA. 

Berikut Saya Paparkan Kepada Anda Anggaran Bil Yang Akan Diterima.

**Gunakan Fungsi ZOOM & Scrool Bar untuk melihat lebih jelas.

[gview file=”http://www.pahangstreamyx.com/wp-content/uploads/2013/10/STREAMHYX-4MBPS.pdf” profile=”2″]

 

 

 

Share

Kos Pendawaian Telefon

pendawaian telefon

Untuk pemohon yang belum mempunyai talian telefon, kos pemasangan dan caj lain adalah RM30-RM50 untuk pengaktifan talian, penyerahan set telefon, dan jumpering pada kotak DP Sahaja. Bayaran ini di bayar terus kepada kontraktor (Cash).

Bagi pendawaian di dalam rumah/premis perniagaan, RM50 akan dikenakan untuk 5 meter pertama dan tambahan RM5 untuk setiap meter tambahan (Selepas 5 meter) . Jika pelanggan ingin membuat pendawaian yang panjang (di dalam rumah/premis) , sebagai contoh pendawaian tambahan untuk rumah dua tingkat, atau lain-lain. Pendawaian tersebut adalah pendawaian tanpa casing (penutup). Terpulang kepada budi bicara kontraktor untuk menambah casing .

Sila simpan resit bayaran pendawaian yang diberikan oleh kontraktor. Jika anda tidak berpuas hati dengan bayaran , atau kontraktor meminta bayaran yang lebih dan mahal, hubungi talian khidmat pelanggan 100 dan adukan perkara tersebut .

 

 

 

Share