Category Archives: Bantuan Teknikal

Pelaksanaan Caj Khidmat Sokongan Di Premis

Pernah tak menghadapai masalah macam-macam dengan Streamyx atau UniFi? atau pun telefon rumah?. Tapi tak tahu nak buat macam mana bagi menyelesaikan masalah tersebut. Saya ada menerima panggilan aduan yang mana pelanggan menghadapi masalah seperti speed slow, sambungan putus, modem rosak, nak mintak bantuan setting semula modem, dan lain-lain.

Speed slow ni kadang-kadang boleh berpunca dari ‘hantu-hantu’ dan sang jilake yang mencuri wifi menggunakan aplikasi yang boleh di install di smartphone mereka. Jadi jika nak check atau nak set semula password, memerlukan sedikit kepandaian IT . Sebenarnya tidaklah susah sampai perlu belajar master IT. Tapi kadang-kadang kita takut nak mencuba.

Bagi menghadapi masalah seperti ini, TM telah melaksanakan caj khidmat sokongan di premis pelanggan. Kiranya macam servis on site. Tetapi apa-apa pun, pelanggan tolonglah telefon dulu talian khidmat pelanggan 100 ni. Bukan susah pun. Tapi sebab rasanya macam leceh, malas, rugilah bayar mahal-mahal setiap bulan.

Berikut adalah saya ambil dari web TM. Pengumuman.

PELAKSANAAN CAJ KHIDMAT SOKONGAN DI PREMIS

 

Pelanggan yang dihargai,

 

Anda adalah keutamaan kami dan kami sentiasa komited memberi kualiti perkhidmatan yang terbaik buat anda.

 

Wakil khidmat pelanggan kami sentiasa bersedia membantu jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai perkhidmatan UniFi, Streamyx/Business Broadband, perkhidmatan suara dan perkhidmatan TM yang lain. Sekiranya anda mengalami sebarang masalah teknikal, pasukan kami mempunyai kepakaran untuk membimbing anda langkah demi langkah untuk menyelesaikan masalah teknikal tersebut.

 

TM bersedia untuk menghantar pasukan teknikal kami yang profesional ke premis anda untuk melakukan pemeriksaan terperinci bagi menyelesaikan masalah teknikal yang anda hadapi. Sekiranya masalah itu didapati berpunca daripada pihak TM, kos pemulihan perkhidmatan akan ditanggung sepenuhnya oleh TM. Namun jika sebaliknya, sedikit  caj nominal sebanyak RM53.00 (termasuk GST) bagi setiap sesi kunjungan akan dikenakan dan caj tersebut akan dipaparkan di dalam bil anda yang berikutnya. Pelaksanaan caj khidmat sokongan ini akan berkuatkuasa pada 27 September 2016.

 

Sekiranya set alatan anda mengalami kerosakan dan perlu diganti, anda boleh memilih membeli set alatan baru daripada TM. Berita baik untuk pelanggan yang dihargai!  Kini TM menawarkan caj penggantian alat secara PERCUMA dengan hanya memperbaharui tempoh kontrak perkhidmatan anda.​

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut di sini atau hubungi kami​, tweet kami @TMConnects​  , hubungi Pusat Khidmat Pelanggan TM di 100 atau kunjungi TMpoint yang berdekatan.

 

Jadi, bertindaklah jika menghadapi masalah dengan servis TM yang anda langgan. Jangan buat tak tahu sahaja. Sebab bil berjalan !

 

Share

Masalah Tablet Sera & Joi

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Terlebih dahulu saya nak ucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha kepada semua umat islam. Semoga perayaan ini penuh bermakna buat anda . Beberapa hari lepas, saya menerima panggilan aduan tentang tablet Sera. Pemanggil tersebut mengadu akan masalah kerosakan tablet Sera. Saya terpaksa terangkan disini dan cuba memberi info yang lebih jelas.

tablet streamyx

Pertama sekali, saya adalah agent jualan yang dilantik untuk menjalankan aktiviti jualan. Pendek kata, dari awal penerangan pakej, kiraan bil, dan semua urusan follow up order adalah bahagian saya. Sebaik sahaja menerima SMS Appointment untuk pemasangan dan di dalam SMS tersebut tertera beberapa maklumat antaranya Nama Installer, Nombor Telefon Installer, Tarikh Dan Waktu Pemasangan, saat itu semua urusan follow up untuk pemasangan, ubah tarikh, dan lain-lain adalah urusan anda dengan pihak installer.

JOI-7-Lite

Isu yang saya ingin terangkan adalah masalah tablet yang anda terima . Ada pelanggan yang menerima tablet yang berkeadaan baik, ada yang tidak bernasib baik menerima dalam keadaan rosak, dan lain-lain. Sebenarnya, tablet yang anda terima mempunyai jaminan selama setahun dari pihak pembekal. Tapi seperti biasa, kerosakan atas kecuaian sendiri tidak termasuk dalam jaminan. Seperti yang saya terima aduan, kerosakan skrin akibat terjatuh, retak akibat terduduk, dan masalah-masalah yang datang dari kecuaian sendiri.

Segala masalah berkaitan tablet sera, boleh berhubung terus dengan syarikat pembekal seperti yang tertulis di dalam kotak tablet tersebut atau hubungi syarikat di bawah :

EMINENT DISPLAY SDN BHD (751797-W)
NW-03-09 Cova Square,
Jalan Teknologi PJU 5,
Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya,
Selangor DE, Malaysia.

Toll Free: 1-800-88-3372

No. Office: 603-6142 4100

No. Fax: 603-6142 4101

Email: info@eminentdisplay.com.my
http://eminentdisplay.com.my/

Saya tidak terlibat dalam sebarang urusan jaminan tablet. Begitu juga dengan hal-hal berkaitan aksesori tablet ( Joi & Sera) , kerosakan tablet, tablet tak terima  (Kecuali Customer Saya), dan lain-lain. Bahagian saya cuma bahagian menjual pakej-pakej Streamyx dan UniFi sahaja.

Bagi tablet JOI pula, boleh rujuk maklumat di bawah:

joi tablet

 

Bagi pelanggan telah melanggan melalui saya (pakej tablet JOI), jika anda belum menerima tablet, boleh berhubung dengan saya untuk saya bantu semakan status. Ini adalah kerana saya ada maklumat order Streamyx anda. Bagi yang melanggan melalui selain dari saya, boleh rujuk maklumat-maklumat di atas.

Sebarang jualan aksesori tablet saya tidak terlibat. Itu sahajalah info yang saya ada untuk bantu anda semua. Selain pada itu, saya tidak tahu menahu kerana tugasan saya hanyalah di bahagian jualan. . Semoga apa yang saya kongsikan ini memberi manfaat untuk anda. Jika kerosakan akibat kecuaian dan ingin baiki tablet, bolehlah cuba hantar di mana-mana kedai yang menyediakan pembaikan tablet dan telefon. ada juga sesetengah kedai komputer (servis) menyediakan khidmat membaiki tablet & telefon.

 

Share

Bagaimana Untuk Bertindak Jika Anda Ada Masalah Streamyx ?

Ada sesetengah pelanggan yang mengeluh akibat servis Streamyx yang slow dan ada yang bermasalah seperti kualiti, speed, dan stabilan. Ada beberapa sebab yang perlu kita check sendiri mengapa ada masalah tersebut.

TM-Wireless-G-innacomm-modem-booting-restarting

Kecurian WiFi 

Kes ini sebenarnya paling banyak berlaku. Pencuri WiFi ni memang ramai dan anda harus berhati-hati . Mungkin pada sesetengah pengguna ia tak langsung memberi kesan pada bil bulanan anda. Tapi rugi sebab anda yang bayar, orang lain guna lebih-lebih lagi tengok perkara yang bukan-bukan. Bagaimana untuk mengesan WiFi anda dicuri? Saya telah menulis post yang bertajuk ‘Bagaimana ingin tahu WiFi Dicuri? &  ‘ Kesan Pencuri WiFi Anda‘. . Post tersebut ringkas namun amat berguna untuk anda.

Seterusnya bagaimana untuk bertindak jika dah tahu WiFi dicuri? Berikut saya senaraikan beberapa penyelesaiannya.

  • Tukar password WiFi (Rujuk post di bawah )
  • Cut / Potong penggunaan WiFi Dengan Menggunakan Software Netcut.
  • Jangan on modem 24 Jam. Ini memberi peluang kepada pencuri untuk ‘hack’ password WiFi anda.
  • Matikan fungsi WiFi pada modem (Teknik Kuno) . Guna kabel sahaja.
  • Beri nasihat pada pencuri (Jika kenal)
  • Beri number telefon saya 019-9377794 (Hafizal) kepada pencuri untuk urusan pendaftaran Streamyx .

 

Masalah kualiti .

Ini popular. Biasanya sesetengah pelanggan cuma tahu on dan off modem sahaja. Tapi dari aspek kualiti, tak ambil tahu . Ini merugikan kita sebagai pelanggan. TM menyediakan satu web untuk mengukur tahap kelajuan internet yang dilanggan, kelajuan muat turun (download) file, browsing internet, dan kualiti streaming video. Anda boleh cuba taip di web address anda verify.tm.net.my. Satu paparan bertajuk Internet Experience Measurement Tool akan dapat anda lihat.

IEMT TOOL TM

Saya ada share pengalaman menguji kelajuan download file menggunakan tool ini . Post bertajuk ‘ Cara Menguji Kualiti & Kelajuan Download File Menggunakan IEMT Tool TM’.

Jika anda tidak berpuas hati dengan kualti, speed yang telah ditest, boleh hubungi talian khidmat TM dengan mendail 100 atau 1300 888 123 (Mobile) – 24 Jam untuk membuat aduan . TM akan selesaikan perkara tersebut dengan bantuan telefon (mohon anda beri kerjasama)  atau menghantar technician mereka ke rumah/premis anda.

 

Tak Tahu Masalah Apa Sebenarnya.

Kes ni pun selalu berlaku. Tapi kita sebagai pengguna, jangan cepat melenting . Buat aduan. Bagaimana untuk tahu masalah itu disebabkan peralatan TM di luar atau di dalam rumah kita sendiri?. Senang cukup senang.

Anda hanya perlu rujuk pada lampu modem anda. Sila baca post saya yang lalu bertajuk ‘ Status Lampu Indicator Modem TM Innatech W7100n‘. Ia lebih kurang sama dengan semua modem. Label lampu yang selalu bertukar adalah lampu ‘ DATA’ & INTERNET’. Ia adalah perkara yang sama sahaja.

 

O.k, sebenarnya semua saya berikan di atas adalah panduan permulaan sahaja. Apa yang perlu anda buat adalah membuat panggilan kepada TM untuk membuat aduan. Pastikan number aduan diterima . Follow up atau sentiasa hubungi pihak TM jika perkara tersebut tidak selesai dari tempoh yang diberikan. Jika anda langsung tidak boleh akses ke internet lebih dari 3 hari dari tarikh aduan di buat, anda boleh memohon rebat di dalam bil akan datang.

Baiklah ini sahaja dapat saya kongsikan dahulu. Nanti saya akan share lagi. Selamat berhujung minggu

 

Share

Bagaimana Nak Daftar Akaun Di MytM?

Update 1/12/2017:
TM telah mengubah portal selfcare (mytm) kepada portal baru iaitu unifi.com.my

 

 

Kali ni saya nak share sikit info bagaimana untuk daftar akaun di MyTm bagi memudahkan urusan-urusan tukar password, bayar bil, dan lain-lain.

Langkah Pertama : Buka google ..yahoo ke.. ….apa ke.. saya suka guna google.

 

google

Langkah 2: Taip di google ‘mytm’

mytm2

 

Anda akan lihat result paling atas iaitu https://mytm.tm.com.my dan klik pada result tersebut . paparan seperti di bawah akan dilihat. Klik pada button ‘REGISTER’.

mytm23

 

 

 

Langkah 3 : Buat pendaftaran. Contoh seperti di bawah

step 1 regdwdwdw

 

 

Langkah 4 :  Isikan maklumat step 2 reg

 

Id Type : pilih New NRIC atau maklumat yang berkenaan. Jika syarikat, masukkan number SSM.

Phone Number :

Jangan pandai2 nak masukan number handphone. Ini Streamyx o.k… masukkan ikut format yang diberikan.

Setelah selesai isikan maklumat, klik button submit. Pendaftaran MytM anda berjaya.

 

 

Peringatan !!

  • Hanya pemilik akaun Streamyx / UNIFI sahaja yang boleh daftar di MyTM. Ini bermaksud, pada ID Type tu, hanya IC number pemilik sahaja boleh dimasukkan.
  • Ikut format number telefon yang diberikan. 
  • Jika berlaku masalah, segera call ke 100 atau 1300 888 123 (Handphone) untuk bantuan. Jangan malas sangat nak call ke 100 tu. Suruh tunggu sekejap je kalau operator sibuk.. kalau pakai cordless phone, buat je loud speaker.. free call jika guna telefon rumah. RM1/ call jika guna telefon handphone. 

 

 

 

Share

Kenapa Perlu Tukar Password Akaun Streamyx Anda?

Update 1/12/2017:
TM telah mengubah portal selfcare (mytm) kepada portal baru iaitu unifi.com.my. Jadi untuk urusan menukar password akaun Streamyx / broadband / UniFi, anda perlu menghubungi talian 100 untuk bantuan. Harap maklum. 

 

Selepas mendaftar Streamyx, anda akan menerima maklumat akaun Streamyx anda. Saya bagi contoh akaun Streamyx .

Streamyx Login : test@streamyx

Streamyx Login Password : HQ@890L

O.k, itu adalah password yang TM berikan kepada anda secara default. Pada saya ia adalah jenis password yang sekuriti yang tinggi sedikit berbanding password zaman tahun 2000, iaitu password yang sama untuk semua pengguna Streamyx seluruh Malaysia dan senang diteka.

streamyx

Atas sebab keselamatan seperti kecurian akaun Streamyx anda, anda dinasihatkan untuk menukar password login Streamyx anda . Ada banyak kes yang pernah berlaku . Sebelum ni, saya pernah menguruskan masalah di sebuah pejabat di mana, Streamyx yang dipasang hanya boleh digunakan selepas waktu pejabat.

Selepas waktu pejabat, Streamyx boleh digunakan dan modem berfungsi seperti sediakala. Salah satu kemungkinan adalah kecurian akaun Streamyx. Pencuri hanya memerlukan dua perkara di atas. Jadi tindakan yang selanjutnya adalah menukar password .

CARA MENUKAR PASSWORD AKAUN STREAMYX

Apa ruginya dan apa untungnya menukar password akaun Streamyx??

Tak ada ruginya jika tak tukar. Tapi tak salah berwaspada. Pada saya ia adalah untuk keselamatan dan kemudahan anda. Bayangkan anda bayar Streamyx 8Mbps RM160/bulan. Tapi orang gunakan akaun Streamyx anda . Anda ON modem, lampu internet warna merah. Tak boleh online langsung sedangkan pencuri boleh guna sepuasnya.

O.k, sampai sini saja . Saya akan share pelbagai info lagi untuk anda semua.

Boleh tak kalau tak nak tukar password akaun ni? Just nak tukar password WIFI sahaja?

Boleh je… tak ada masalah pun kalau tak nak tukar.. tapi ini just tindakan berhati-hati sahaja.

Share

Bagaimana Menukar Password WiFi Modem Innatech W7100n?

Assalammualaikum. Pengguna Streamyx atau UNIFI sering berhadapan dengan pencuri WiFi. Agak susah sebenarnya untuk mengekang pencuri WiFi ni sebab mereka memang hobinya inginkan yang free dan suka mencuri. Baru-baru ni ramai yang bertanyakan pada saya bagaimanakah ingin menukar password Wireless bagi mengekang aktiviti kecurian ini.

Baiklah, cara yang saya tunjukkan ni adalah untuk setting semula modem anda bagi tujuan :

  • Masukkan semula password akaun Streamyx anda (user@streamyx) jika anda telah mengubahnya . Bagaimana mengubah password akaun Streamyx? Boleh lihat artikel saya sebelum ni ( Menukar Password Akaun Streamyx Dengan Mudah ).
  • Menukar password Wireless
  • Menukar SSID (Nama Wifi Anda)

 

 

Langkah 1

actiontec_rear

Sambung Modem Dengan Kabel Network RJ45 Seperti Dalam Gambar Di Atas

Langkah 2

Buka Internet browser sama ada firefox/ internet explorer/chrome dan taip pada menu Address pada bahagian atas sekali ‘192.168.1.1’

Langkah 3

BROWSER LOGIN

Untuk Login : tmadmin

Password : Adm@xxxx

Tandakan Pad Kotak Quick Setup Mode.

xxxx tersebut adalah menunjukkan 4 angka/huruf terakhir bagi Mac ID Modem. Cuba lihat di bawah Modem. Contohnya seperti di bawah

2013-06-09 00.53.43

 

Langkah 4

router setup

Pada Connection Type  Pilih ‘Router Mode’ & Masukkan Username Streamyx, Dan Juga Password Akaun Streamyx. Klik Pada Button Next.

Pastikan sebelum anda buat setting modem ni, anda dah pun ada maklumat username dan password !!

Langkah 5

modem setting

Masukkan Pula Wireless ID , Security Type dan Password WiFi Anda. Contoh Di Dalam Gambar Di Atas. Klik Next.

Langkah 6

setting modem 2

Semak Semua Maklumat Dan SAVE.

Langkah Terakhir

setting modem last

Anda Telah Berjaya Dan Klik Pad Button Next.

Share

Cara Tukar Password WiFi Modem Innacom W3400V

Ramai yang ada masalah bila Streamyx dilangggan tu slow akibat dicuri. First sekali, perlu ingat selepas sahaja installer TM pasang modem, cuba daftar MyTM. Mungkin selepas beberapa hari baru boleh tukar password akaun Streamyx. Tapi pointnya di sini adalah anda perlu tukar password akaun Streamyx supaya tidak dicuri oleh orang lain. Cara tukar password akaun Streamyx boleh rujuk pada artikel saya yang lepas .

Selepas tukar password akaun, boleh tukar password WiFi dan configure semula modem . Step yang saya nak kongsi ni adalah untuk modem Innacomm W3400V .

actiontec_rear

Sambungkan kabel RJ45 yang diberikan ke modem dan laptop/pc

 

tukar password modem

  • Buka browser firefox/chrome/internet explorer anda dan taip di rungan atas sekali tu 192.168.1.1
  • Masukkan Username : tmuser
  • Masukkan password : tmuser

interface 1

  • Klik pada Quick Setup Info dan akan keluar paparan seperti dalam gambar di atas.
  • Masukkan ID Streamyx anda, password akaun Streamyx yang anda telah tukar  .
  • Pastikan anda tanda pada kota ‘Enable Wireless’.
  • Masukkan nama WiFi yang anda inginkan pada SSID.
  • Wireless Channel biarkan pada auto.
  • Tanda pada kota ‘Enable Security’.
  • Masukkan network ket (WEP) tu 13 gabungan huruf, simbol atau nombor.
  • Klik pada button Save / Apply. 
  • Siap

** untuk password WiFi tu, cuba hingga jadi. .. 

Ada step yang lebih advance untuk configure semula modem ni. Tapi saya tunjukkan step yang simple sahaja ni. Akan datang saya akan post artikel advance configuration modem ni.

Share

Status Lampu Indicator Modem TM Innatech W7100n

Ini adalah modem terbaru yang kebanyakkannya TM berikan secara percuma kepada pelanggan TM. Sebelum ni TM bekalkan modem innacomm, billion dan Riger. Modem ni agak cantik sikit bagi saya. Tapi terpulang kepada anda untuk tukar modem yang lebih baik.

TM-Wireless-G-innacomm-modem-booting-restarting

 

Post kali ni saya nak share sikit tentang bagaimana nak tahu status kerosakan modem melalui lampu indicator pada modem.

modemtm_pahangstreamyx.com

modemtm_pahangstreamyx.com

Apa yang dipaparkan di atas adalah khas untuk modem Innatech ni. Tapi sebenarnya, fungsi lampu yang ada pada modem adalah sama sebenarnya. Lebih kuranglah… sebab yang paling penting bagi saya adalah lampu DSL .

Lampu Wifi atau WLAN (Modem Lain) boleh memberi petunjuk kepada anda jika wifi anda dicuri . Bagaimana? Saya ada menulis artikel tentang ini . Boleh rujuk link ini 

 

 

Share

Senarai DSL Modem Untuk Streamyx

Berikut adalah senarai modem yang TM klasifikasikan sesuai dengan Streamyx. Semua modem di bawah telah di uji dengan dengan semua DSLAM/RDSLAM/RTDSLAM & MSAN. Boleh dapatkan di TM Point atau kedai komputer yang berhampiran dengan kawasan anda.

TM-Wireless-G-innacomm-modem-booting-restarting

ADSL2 MODEM-TESTED WITH ALL DSLAM/RDSLAM/RTDSLAM & MSAN
MODEL INTERFACE FIRMWARE VERSION
D-LINK DSL-520B Ethernet Router 3.10L.01.A2pB022g.d20e
D-LINK DSL-2542B Ethernet 4-port Ethernet Router V1.00B01T01.GE.20070703
D-LINK DSL-2740B Ethernet 4-port Ethernet+ Wireless Router EU_DSL-2740B_3.06L.04V_0.11_M.A2pB021c.d17m
RIGER TC-505GL 4 ethernet port, 1 uplink dsl v.1.022-15j
EchoLife HG520B Ethernet 4-port Wireless Router 3.10.14.0-1.0.7.0
Riger DB120 Ethernet 4-port Ethernet Router 3.08L.01.A2pB022c.d20d
BiPAC 5200 R4 Ethernet 4-port WirelessG 2.11.38.0(RE0.C29)3.10.5.0
BiPAC 5112S Ethernet 1-port 2.7.0.38(UE0.B1C)3.5.18.0
Hurricane 5200 Ethernet 1-port 1.3.9-Std 1.3
ZyXEL P-660HW-T1 v2 Ethernet 4-port with wireless V.3.40 (AZX.0)
ZyXEL P-660R-T1 v2 Ethernet 1-port V.3.40 (AGJ.3)
SMC7901WBRA1 Ethernet 1-port with wireless 1.3.9
D-Link DSL 2600-u Ethernet 1-port with wireless 3.12L.01.A2pB023k.d20k_rc2
Prolink Hurricane 5301G Ethernet 1-port with wireless 1.3.9-Std G1.7T
ZyXEL P-660W-T1 v2 Ethernet 1-port with wireless 3.5.18.8_A_TC
Innacomm D2100 Ethernet 1-port 1.3.9
Innacomm W3100 Ethernet 1-port with wireless 1.3.9
WIC  Cisco SHDSL Card SHDSL Card for router 12.4(15)T6
SMC7901BRA4 Ethernet 1-port 1.3.9
SMC7901WBRA1 Ethernet 1-port with wireless 1.3.9
3Com ADSL 0231A50Y Card adsl card one port CMW520-R1718-SI
3Com SHDSL 0231A63H Card adsl card one port CMW520-R1718-SI
3Com SHDSL 0231A54D adsl card one port CMW520-R1718-SI
Riger DB 120-WL Ethernet 4-port + Wireless Router 3.12L.S_02.A2pB023k.d20k_rc2
BiPAC 8500 Ethernet 4-port Helium 210-80 Shdsl (orion) ver.1.00
WAG54G2 Ethernet 4-port with wireless V1.00.17
WAG160Nv2 Ethernet 4-port with wireless V2.00.11
Riger DB 108-WL Ethernet 1-port + Wireless Router DB108-WL ver.C1 C2
DSL1000EW Ethernet 4-port with wireless 212.66.1
Baudtec Ethernet 1-port + Wireless Router RTK V2.1.1
DSL-2640B Ethernet 4-port with wireless GE_1.07
TM6841G Ethernet 4-port with wireless DMT FwVer: 3.12.2.0_A_TC
W3400V Ethernet 4-port with wireless W3400V-4.02L.03-TM
TC-505GL Shdsl modem G.bis,v 1.023-6
DB102 Ethernet 1-port TM-58-DB102
WAG120N Ethernet 4-port with wireless V1.00.13
Riger AR-5211 Ethernet 4-port A011-306CHT-C02_R02
Belkin Basic F7D1401v1 Ethernet 4-port Wireless Modem Router 1.00.31 (Mar 11 2010 08:28:53)
Belkin Share F7D3402v1 Ethernet 4-port Wireless Modem Router 1.00.39 (Apr 13 2010)
Belkin Surf F7D2401v1 Ethernet 4-port Wireless Modem Router 1.00.31 (Mar 11 2010 08:32:28)
ASUS DSL-N11 Ethernet 4-port Wireless Modem Router V0.00.17
Planet ADW-4401 Ethernet 4-port Wireless Router V2.1.2
Thomson TG784n Ethernet 4-port Wireless & VoIP Gateway 8.4.H.A
Kasda KW5816 Ethernet 4-port Wireless Modem Router 4.02L.03.A2pB025c1.d21j2
Innacomm W3400V – upgrade wireless software Ethernet 4-port with wireless W3400V-4.02L.03-TM
ZyXel P-660HN-T1A Ethernet 4-port Wireless Modem Router 3.12.8.6_TC3086
ASUS DSL-N10 Ethernet 4-port Wireless Modem Router 1.0.0.8
ZTE ZXV10 W300 Series Ethernet 4-port Wireless Modem Router W300V1.0.0a_ZRD_OV
One50 Multi-Service Access Router Ethernet 4-port Wireless Router ONEOS10-ADVIP-V4.2R6E13
Aztech DSL5005EN Ethernet 4-port Wireless Modem Router 243.106.1.012
ASUS DSL-N12U Ethernet 4-port Wireless Modem Router V9008
Share

Bagaimana Menukar Password ID Streamyx?

Update 1/12/2017:
TM telah mengubah portal selfcare (mytm) kepada portal baru iaitu unifi.com.my. Jadi untuk urusan menukar password akaun Streamyx / broadband / UniFi, anda perlu menghubungi talian 100 untuk bantuan. Harap maklum. 

 

Pertama sekali, anda mesti faham ,  password akaun Streamyx adalah  bukan password WiFi/Wireless. Apabila anda melanggan mana-mana pakej Streamyx, anda akan diberikan akaun Streamyx yang mempunyai 2 ID Streamyx iaitu :

Jangan lupa untuk tukar password dari password yang asal kepada password baru. Ia adalah untuk tingkatkan security akaun anda dari digunakan orang lain yang hendak gunakan internet anda yang laju secara percuma.

O.k. .. entry ni saya akan share bagaimana cara mudah untuk tukar password akaun Streamyx anda. Tapi cara ni adalah untuk mereka yang dah daftar MyTM . Pada yang belum daftar, sila daftar di web mytm.tm.com.my atau jika tak faham bagaimana untuk mendaftar MyTM, boleh rujuk Tutorial Mendaftar My TM 

 

 LANGKAH 1

Streamyx tukar password step 1

 Pertama sekali pergi ke portal MyTM [ https://mytm.tm.com.my/new/login.jsp]. Masukkan email dan password akaun MyTM yang telah anda daftarkan.

tukar password streamyx step2

Selepas masukkan email dan password, anda akan lihat paparan seperti di atas. 

LANGKAH 2

Tukar password Streamyx step 2

Perhatikan gambar di atas. Anda akan lihat sub menu ‘Services‘ pada menu Quiclinks. Klik pada menu ‘services‘ tersebut.

 

LANGKAH 3

tukar password streamyx step3

Selepas tekan button sub menu ‘services‘ tadi, anda akan lihat paparan seperti di atas. Klik pada ‘view details‘ seperti dalam paparan di atas.

LANGKAH 4

Tukar password streamyx step 4

Selepas buat buat langkah 4, anda akan lihat paparan seperti di atas. Perhatikan pada ayat ‘To change your Streamyx Password click here‘. Klik pada link ‘here‘ tersebut. Rujuk pada gambar di atas. 

Langkah 5

Streamyx step 5

Lihat paparan di atas, ada dua pilihan untuk kita tukar password iaitu password akaun Streamyx atau password ID TM WiFi. Jadi dalam tutorial ni, saya ingin anda tukarkan password akaun Streamyx sahaja.

Langkah 6

Tukar password Streamyx step 6

Tandakan pada kotak service Streamyx dan masukkan password baru yang anda ingin buat.

Langkah 7

step 7

Klik pada button ‘Submit‘ dan password anda akan berjaya di tukar. 

So penukaran password akaun Streamyx anda telah berjaya . Tapi ini bukan bermakna anda semuanya sudah selesai. Anda perlu configure / setting semula modem anda dengan password yang baru .

Saya telah tulis cara setting/configure untuk dua jenis model modem TM. Caranya lebih kurang sama untuk setiap modem. Cuma stepnya sahaja yang adakalanya berbeza. Tapi jika anda faham basic ni, anda boleh faham bagaimana untuk configure/setting modem yang lain.

Kepada pengguna yang belum tukar password, tukarlah segera. .. sebab dalam internet ni banyak disenaraikan ID Streamyx pengguna yang mana mereka telah cuai dalam mendedahkan ID atau dicuri ID mereka. Pencuri menggunakan password yang mudah seperti TM telah berikan . Mereka boleh menekanya. Jadi waspadalah…

Perhatian :

Jika anda ada masalah dan memerlukan bantuan teknikal, anda boleh menelefon talian khidmat TM 100 atau 1300 888 123 (Jika call melalui handphone) untuk meminta bantuan khidmat teknikal . Mereka akan ajar dari basic step by step. 

Share