Category Archives: Semakan Online

Permohonan Pertukaran Guru Sesi Januari 2017

Berikut saya kongsikan tentang aplikasi permohonan egtukar . Aplikasi ini membolehkan semua guru membuat permohonan pertukaran tempat bertugas di seluruh Malaysia.

Bagi permohonan egtukar untuk sesi Januari 2017, permohonan telah dibuka dari 1 September 2016 lalu sehingga 30 September 2016. Semua calon guru yang ingin membuat permohonan urusan perpindahan atau pertukaran boleh membuat demikian melalui aplikasi Egtukar seperti yang tertera di bawah .

egutukar-2016

Permohonan Egtukar Pertukaran Guru Januari 2017

Layari: https://epgo.moe.gov.my/ mulai 1 September hingga 30 September 2016.

Mod Pertukaran Guru Sesi Januari 2017

Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah Sesi Jun 2015 untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29, DG32 (KUP Time-based), DG34 (KUP Time-based), DG38 (KUP Time-based), DG41, DG42, DG44 (KUP Time-based), DG48 (KUP Time-based), DG52 (KUP Time-based) dan DG54 (KUP Time-based)

Tarikh Tutup Permohonan

30 September 2016

Semakan Keputusan Egtukar Pertukaran Guru Januari 2017

November 2016

 

Share

Semakan Online : Tarikh Pembayaran Pencen 2014

Bagi pesara-pesara kerajaan , anda boleh menyemak tarikh bayaran pencen bagi tahun 2014 untuk rujukan dan persediaan perbelanjaan anda. Jadualnya adalah seperti di bawah :

Tarikh bayaran pencen 2014

Untuk mendapatkan pelbagai maklumat tentang persaraan, sila lick link / banner di bawah untuk terus ke Portal Rasmi Bahagian Pasca Perkhidmatan :

JPA PENCEN

http://www.jpapencen.gov.my/laman_utama.asp

 

Pesara juga boleh membuat cetakan penyata pencen melalui link berikut :

PASCA PERKHIDMATAN

http://apps.jpapencen.gov.my/ppb/index.php

 

PASCA PERKHIDMATAN

Panduan Penggunaan :

  • Masukkan nombor kad pengenalan. Jika terdapat paparan maklumat tidak boleh diperolehi, sila masukkan nombor kad pengenalan lama.
  • Masukkan 8 angka nombor akaun pencen anda.
  • Jika nombor akaun pencen pada kad pesara hanya ada 6 angka, tambah lagi dua angka kosong dihadapan.

Contoh 1 :
Nombor pada kad ialah 865712 sila letakkan 00865712
Contoh 2 :
Nombor pada kad ialah 4410 sila letakkan 00004410
Contoh 3 :
Nombor pada kad ialah SB5510 sila letakkan SB00005510
Contoh 4 :
Nombor pada kad ialah XT6510 sila letakkan XT00006510

 

 

Share

Semakan Keputusan Peperiksaan Lembaga Peperiksaan KPM

Khas untuk pelajar dan ibu bapa, Lembaga Peperiksaan Malaysia telah menyediakan perkhidmatan untuk semakan keputusan UPSR, PMR dan SPM. Walau bagaimanapun, laman web tersebut hanya memaparkan ringkasan keputusan sahaja. Untuk mengetahui keputusan penuh, ia boleh diperolehi di sekolah masing-masing atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Semakan PMR Online

Semasa semakan peperiksaan UPSR 2013 yang lalu, perkhidmatan ini telah pun digunakan pakai. Bagi semakan keputusan PMR 2013 , ia boleh di semak melalui link di bawah :

 

http://lp.moe.gov.my/semakan

Share

Permohonan BR1M 2014 Di Buka

BR1M

Bantuan Rakyat 1 Malaysia

Seperti yang di janjikan oleh kerajaan, Bantuan Rakyat 1 Malaysia akan diberikan pada tahun hadapan tetapi bagi pemohon yang ingin mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank., dan permohon baru, bolehlah mengisi borang permohonan melalui cara-cara berikut :

  • Atas talian (Online) di laman web http://www.hasil.gov.my
  • Manual – Borang permohonan BR1M 2014 boleh di dapati di pejabat cawangan di Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) , Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau muat turun (download) di laman web LHDN www.hasil.gov.my.

 

Permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) 2014 akan di buka dari hari Isnin 23/12/2013 hingga 31 Januari 2014.

 

Share

Bagaimana Memeriksa Rekod CCRIS Online?

ccris-report

Tempoh hari saya telah selesai memeriksa rekod CCRIS saya. Secara online walaupun ia mengambil masa namun langsung tidak perlu mengirimkan segala bukti verifikasi secara pos. Pos? Ia adalah satu perkara yang melecehkan. Mengambil nombor di kaunter dan menunggu..dan terus menunggu sehingga segala urusan selesai. Berikut adalah petikan teks daripada web Bank Negara Malaysia.

 

Berkuat kuasa bulan Mac 2002, Biro Kredit boleh memberikan maklumat kredit kepada mana-mana individu sekiranya ada permintaan. Sebelum ini, Biro Kredit hanya diberi kebenaran untuk memberikan maklumat kredit kepada institusi kewangan.

Laporan kredit boleh diperoleh dari Bank Negara Malaysia secara percuma melalui langkah-langkah berikut dan pemohon dikehendaki membawa dokumen-dokumen asal untuk pengesahan.

I. Permohonan oleh Individu

1) Sekiranya anda dari Lembah Kelang, anda boleh mendapatkan laporan kredit dari Pusat Khidmat Pelanggan, Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (LINK) Bank Negara Malaysia, di alamat berikut:

BNMLINK
Jabatan LINK & Pejabat Wilayah
Tingkat Bawah, Blok D
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato’ Onn
50480 Kuala Lumpur

BNMLINK beroperasi dari hari Isnin hingga Jumaat kecuali hari cuti umum, 9.00 pagi – 5.00 petang (termasuk waktu makan tengah hari).

2) Sekiranya anda berada di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching, anda boleh mendapatkan laporan kredit dari cawangan-cawangan Bank Negara Malaysia di kawasan tersebut. Klik di sini [PDF, 10K] untuk maklumat lanjut cawangan yang hendak dihubungi.

Cawangan-cawangan Bank Negara Malaysia beroperasi dari hari Isnin hingga Jumaat, 9.00 pagi – 5.00 petang (tutup waktu makan tengah hari dari 1.00pm – 2.00pm kecuali hari Jumaat dari 12.30pm – 2.30pm) kecuali pada cuti umum.

Sila bawa bersama-sama MyKad dan dokumen sokongan lain seperti lesen memandu atau pasport, yang boleh mengesahkan identiti anda. Laporan kredit akan diberikan kepada anda di BNMLINK atau mana-mana cawangan Bank Negara Malaysia selepas permohonan diterima pada hari yang sama.

3) Sekiranya anda bukan dari Lembah Kelang atau jauh dari cawangan-cawangan Bank Negara Malaysia, anda boleh memohon laporan kredit dengan melengkapi dan menghantar dokumen berikut kepada kami:

  • Borang Permohonan Laporan Kredit (Credit Report Request, CRR);
  • Borang Perisytiharan Pinjaman;
  • Salinan MyKad anda yang jelas (depan dan belakang); dan
  • Mana-mana dua dokumen berikut (dengan nama dan alamat anda jelas tertera pada setiap dokumen):
    • Lesen memandu;
    • Pasport;
    • Bil air;
    • Bil elektrik; atau
    • Bil telefon.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda tidak mempunyai dokumen di atas, anda boleh mengemukakan mana-mana dokumen berikut:

    • Penyata akaun bank;
    • Penyata kad kredit; atau
    • Penyata KWSP.

Borang Permohonan Laporan Kredit (CRR) dan Borang Perisytiharan Pinjaman boleh didapati di laman web creditbureau.bnm.gov.my atau klik di sini untuk muat turun borang [PDF, 26K]; –

Sila hantar borang yang telah dilengkapi berserta dokumen sokongan melalui pos atau faksimili atau emel kepada:

BNMTELELINK
Jabatan LINK & Pejabat Wilayah
Bank Negara Malaysia
Peti Surat 10922
50929 Kuala Lumpur
No. Faks: +603 2174 1515
Emel: bnmtelelink@bnm.gov.my

Mudah bukan? . Saya hanya perlu tunggu satu hari bekerja untuk mereka keluarkan laporan dan email kembali kepada saya. Melainkan mereka yang tinggal berdekatan dengan cawangan BNM. Mereka boleh terus dapatkan laporan di kaunter BNM.

Setelah menerima email, anda perlu dapatkan password bagi membuka file laporan tersebut dengan menelefon pihak BNM. Itu sahaja…

 

 

Share