Category Archives: Lain-Lain

Pelepasan Cukai Gaya Hidup Sehingga RM2,500 Termasuk Langganan Internet

Pada tahun 2016, Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak telah umumkan pelepasan cukai gaya hidup di dalam pembentangan bajet 2017. Apa yang terkandung dalam pelepasan cukai gaya hidup tersebut?.

Antara yang menarik dalam pelepasan cukai gaya hidup adalah yuran langganan internet dimasukkan sekali. Jadi semua pengguna internet di Malaysia boleh menolak yuran langganan internet sebagai pelepasan cukai.

Sebagai contoh, yuran langganan internet UniFi Advance 30Mbps berharga RM199. Maka jumlah langganan selama setahun tersebut boleh diketepikan dan tidak dikenakan cukai. jadi tinggal dua bulan je lagi untuk langgan internet dan nak tolak kos untuk dua bulan ni sempat lagi.

So boleh la langgan internet mobile seperti WebeBroadbad , WebeMobile, Streamyx atau UniFi. Ada masa lagi. Boleh WhatsApp saya http://www.wasap.my/60199377794. Saya akan cuba bantu untuk dapatkan pakej internet yang sesuai.

Share

PahangStreamyx Akan Bertukar Domain

Dah banyak masa saya ambil untuk fikirkan perkara ni. Akhirya saya telah membuat keputusan untuk menukar nama domain ni kepada yang lebih umum . Keputusan yang saya buat adalah kerana saya tidak lagi hanya menumpukan sepenuh masa dan aktiviti kepada produk TM Streamyx semata-mata.

Dulu seawal muncul blog ini, saya hanya fokuskan produk TM sahaja dan sampai masanya saya ingin bertukar arah dari menulis dan update tentang produk TM kepada produk lain.

Keringat, penat dan usaha yang telah saya curahkan dalam blog ini berbaloi kerana rata-rata pelanggan saya adalah dari blog ini sahaja. Banyak juga yang telah saya bantu untuk dapatkan servis Streamyx, configure  modem, dapatkan UniFi, salur info yang benar, dan lain-lain

Terima kasih kepada yang menyokong dan mendapatkan khidmat saya selama saya mencari rezeki melalui platform ini. Terima kasih juga kepada yang telah syorkan khidmat saya kepada rakan-rakan kenalan.

Semoga blog ini akan terus menjadi panduan kepada anda.

Share

3 Perkara Penting Untuk Urusan Pendaftaran Streamyx & UniFi

 

Ada 3 perkara penting yang perlu dibuat oleh bakal pelanggan Streamyx & UniFi sebelum melanjutkan proses pendaftaran.

1# Semakan Liputan/Coverage

Hal ni sangat penting untuk dilakukan. Bukan nak suruh anda semak sendiri. Hanya berikan sahaja saya alamat penuh untuk semakan dalam sistem address TM sama ada ada coverage ke tak. Saya perlukan alamat penuh. Bukan setakat bagi nama kawasan atau taman je. Tak tepat!

Dari situ, saya dapat semak sama ada alamat tu boleh offer pakej Streamyx atau UniFi, atau kedua-dua sekali. Port yang sedia ada pun boleh buat semakan. Manalah tahu kalau port penuh, so ini mengecewakan anda bukan?.

Jangan fikir yang satu alamat yang sama tempat/taman, lorong yang sama dengan jiran ke, adik ipar atau adik angkat mesti dapat speed, port & servis yang sama. Sorry, kadang-kadang tak sama. Ada yang terus tak ada infra sebab pemaju buat satu lagi fasa baru rumah yang sama lorong. Adehh.. Kalau perumahan baru, saya prefer anda ambil WebeBroadband 99. Ada kuota laa.. 60Gb Speed 4G.

 

2# Tahu, Faham Pakej, Terma & Syarat

Yang ni jugak penting. Pakej kene tahu apa yang anda langgan dan itulah yang anda dapat. Kalau ada masalah kemudian, itu kene la report pada TM. Hal-hal berkaitan kontrak, penalti, caj-caj pemasangan, perlu tahu dan faham. Kalau anda berurusan dengan ejen saya mereka tak cerita, beritahu saya. Nanti saya rotan dia!

 

3# Mykad Yang Berkeadaan Baik

Haa… yang ni comform kene check betul-betul. Tolongla kalau dah tahu Mykad tu cip rosak, pegilah tukar dulu. Nanti anda buang masa je berjumpa dengan saya/ejen/runner yang bertugas. Masa kami tak apa. Masa anda tu penting.

TM dah tak nak salinan ic lagi dah untuk urusan pendaftaran. Guna Mykad reader dan terus thumbprint jari je. Settle. So tiada la kes-kes penipuan ic ke, orang guna ic untuk urusan lain, selamat dahh. Kalau tak tahu ic rosak tak apalah. Tapi yang dah tahu awal-awal ic rosak. So pergilah tukar dulu.

p/s:

Nak daftar senang je. Tak perlu buat bayaran apa-apa pada kami kecuali Webe setakat ni memang perlu salinan ic dan wang pendahuluan. 

Share

Mencari Rakan Niaga

Saya ingin menawarkan kepada sesiapa yang mempunyai premis perniagaan seperti kedai telekomunikasi / insuran atau lain-lain yang bersesuaian untuk menjadi rakan niaga saya dalam jualan produk telekom khususnya Unifi dan Streamyx. Banyak kawasan di Pahang yang belum mempunyai wakil untuk berurusan.

Keuntungan yang akan anda jana adalah dari komisen jualan anda/staff anda sendiri (direct sale) dan juga dari pelanggan yang datang untuk pengesahan biometric.

Alat biometric akan dibekalkan kepada anda. Latihan dan bantuan teknikal akan saya berikan. Ambillah peluang ini disamping mempromosikan kedai anda di daerah/kawasan anda.

Jika anda berminat untuk mendapatkan khidmat nasihat dan juga penerangan lebih lanjut, saya sedia membantu. Anda boleh terus berhubung dengan saya di talian 019-9377 794. 

Call :019-9377 794

SMS : 019-9377 794

WhatsApp : 019-9377 794 [ hafizalbasri.wasap.my]

Telegram : telegram.me/hafizal_basri

Facebook Page : www.facebook.com/pahangstreamyx

Borang Maklumbalas : [Borang]

Share

TM KELANTAN SASAR 17,424 PREMIS DAPAT HSBB

KOTA BHARU, 19 Jun (Bernama) — Telekom Malaysia Berhad (TM) Kelantan menyasarkan 17,424 premis akan mendapat perkhidmatan telekomunikasi melalui rangkaian Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) sehingga akhir tahun ini.

Pengurus Besar TM Kelantan, Azman Yusof berkata sehingga kini, 8,536 premis telah dilengkapi perkhidmatan tersebut dan kerja-kerja pemasangan sedang dilakukan bagi melengkapkan lagi 8,888 premis.

“Jumlah kos projek HSBB di Kelantan adalah RM20 juta setakat ini dan perkhidmatannya melibatkan ibu sawat Kota Bharu, Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa serta akan diperluaskan di kawasan Jeli,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa TM Kelantan Bersama Pengamal Media Kelantan di sini, malam ini.

Azman berkata TM juga membangunkan rangkaian Jalur Lebar Pinggir Bandar (SUBB) dan kawasan sasaran adalah di lokasi yang masih belum ada perkhidmatan HSBB.

“Projek SUBB tertumpu di kawasan tengah Kelantan yang melibatkan 11 ibu sawat dengan membabitkan kos RM17 juta dan kami akan membangunkan perkhidmatan tersebut di empat lagi kawasan ibu sawat dengan anggaran kos RM10 juta,” katanya.

Beliau berkata secara umumnya, TM telah menawarkan perkhidmatan jalur lebar hampir ke seluruh negeri ini dengan harapan akan mengurangkan jurang digital antara bandar dan luar bandar.

“Kami akan terus bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia ke arah mencapai sasaran tersebut (jurang digital),” katanya.

Azman berkata sehingga kini, pihaknya mempunyai 44,000 pelanggan perkhidmatan rangkaian jalur lebar di negeri ini, melibatkan lebih 1,800 daripadanya adalah pelanggan UniFi.

— BERNAMA

Share

UniFi Mencapai 1 Juta Pelanggan


KUALA LUMPUR: Telekom Malaysia Bhd (TM) perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi, UniFi, telah mencapai satu juta pelanggan baru-baru ini.

TM berkata pencapaian yang luar biasa adalah lebih bermakna dalam bulan suci Ramadan dan menyambut ketibaan sambutan perayaan Aidilfitri.

“UniFi telah berkembang pada kadar yang stabil sejak beberapa tahun dan kini, kita telah mencapai yang luar biasa satu juta pelanggan.

“Kami sangat berterima kasih kepada diberkati dengan kejayaan ini sepanjang bulan yang mulia ini, apabila kita meraikan #KeajaibanRamadan di TM,” kata pengguna dan Naib Presiden Eksekutif SME Imri Mokhtar dalam satu kenyataan.

“Bagi kami, ini telah membawa kepada #KeajaibanUniFi seperti yang kita panggil satu juta pelanggan UniFi kami ‘Miracle Million’- anda keajaiban kami, dan kami tidak boleh melakukannya tanpa anda!” Katanya.

Imri berkata kumpulan itu mengakui kerja keras dan dedikasi seluruh warga Keluarga TM – mengukuhkan komitmennya ke arah menyampaikan penumpuan kepada semua pelanggannya.

Dalam semangat #KeajaibanUniFi dan untuk melanjutkan keajaiban #KeajaibanRamadhan, TM akan menderma sebanyak RM1 juta kepada 100 pertubuhan bukan kerajaan yang dipilih (NGO) di seluruh negara dengan pelbagai kebajikan, atas nama Miracle kami Juta.

TM ingin menjemput semua pelanggan UniFi untuk melawat laman web mereka, www.tm.com.my/miraclemillion dan mengemukakan nama-nama mereka untuk menjadi lebih dekat dengan inisiatif bermakna ini.

Sementara itu, satu per sejuta UniFi pelanggan akan diberi keistimewaan untuk memilih 10 daripada NGO yang dipilih dan TM akan menderma RM10,000 setiap satu di bawah namanya.

“Untuk menunjukkan penghargaan kita terhadap kesetiaan dan sokongan daripada semua pelanggan UniFi kami, kami membuka semua saluran di HyppTV dan HyppTV Everywhere app dari 19 Jun hingga 18 Julai,” kata Imri.

“Kami juga melanjutkan pengalaman hiburan ini kepada semua pelanggan Streamyx 8Mbps kami dan juga pelanggan Streamyx 4Mbps dengan Set Top Box HyppTV. Dengan lebih daripada 100 saluran merentasi pelbagai genre, anda boleh menikmati pengalaman menonton yang lebih baik disamping menjalin ikatan dengan keluarga, rakan-rakan dan orang tersayang bila-bila masa, di mana sahaja sepanjang musim perayaan akan datang, “katanya.

“Selain itu, bagi satu persejuta UniFi pelanggan, TM akan memberikan make-over khas di rumah dengan kemudahan dan peralatan pintar. Kami akan membuat pengumuman lanjut mengenai perkara ini tidak lama lagi, “Imri bersemangat.

Di samping itu, TM telah menjalankan pelbagai aktiviti berorientasikan masyarakat sepanjang Ramadan, termasuk menyokong Polis Diraja Malaysia (PDRM) kempen keselamatan Op Selamat, penyediaan dan pengagihan bubur lambuk, satu majlis berbuka puasa khas dengan PDRM dan singgah sahur aktiviti untuk kakitangan di hospital terpilih di bawah Kementerian Kesihatan dan juga Pasukan Pertahanan Awam Malaysia untuk meraikan ini wira setiap hari.

Baca lebih lanjut di: thestar

Share

[TM Piala Malaysia 2017] Pahang Diundi Dalam Kumpulan A

Pahang diundi di dalam kumpulan A bagi saingan TM Piala Malaysia edisi ke 91 di dalam satu majlis undian yang telah diadakan di Sri Pentas, Bandar Utama.

Kumpulan A menyaksikan Pahang diundi dengan 3 lagi pasukan iaitu PKNP dan Negeri Sembilan yang beraksi di Liga Perdana dan satu lagi pasukan iaitu T-Team dari Liga Super.

Piala yang mula diperkenalkan sejak tahun 1921 ini sudah pasti menjanjikan keghairahan buat semua pasukan yang tidak akan melepaskan peluang menjulang kejuaraan yang tertua di rantau Asia Tenggara dan berprestij ini.

Seperti musim-musim yang terdahulu, format Piala Malaysia masih mengekalkan 16 pasukan yang layak beraksi di pentas Piala Malaysia.

Masih meneruskan syarat pertandingan musim lepas di mana pemilihan pasukan yang bertanding adalah terdiri daripada 11 pasukan teratas Liga Super dan 5 pasukan teratas dari Liga Perdana.

Pasukan-pasukan ini diasingkan kepada 4 pot berdasarkan kepada kedudukan pasukan selepas mengharungi 11 perlawanan liga seterusnya diundi dan dibahagikan kepada 4 buah kumpulan.

Perlawanan peringkat kumpulan dijangka akan diadakan pada 4 Julai ini dan perlawanan akhir bakal berlangsung sekitar Oktober 2017.

Kali terakhir skuad Tok Gajah menjuarai Piala Malaysia adalah pada musim 2014 apabila menewaskan JDT menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 2-2.

 

Sumber : TokGajah.COm

Share

Jawatan Kosong : Webe Digital Sdn.Bhd – Close 31 May 2017

Berikut adalah senarai jawatan kosong yang terkini untuk anak syarikat TM iaitu Webe Digital Sdn. Bhd . Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Mei 2017.

Untuk memohon dan lihat lebih terperinci, boleh rujuk kat website ini : https://www.tmcareer.com.my/.

Saya hanya kongsikan senarai jawatan kosong sahaja. Tidak terlibat dengan apa-apa pengurusan permohonan jawatan. Terima kasih.

31 May 2017 Director, Financial Reporting & Taxation Assistant General Manager Selangor – Petaling Jaya
31 May 2017 Executive, Fixed Asset & Inventory Executive Selangor – Petaling Jaya
31 May 2017 Principal, Market Intelligence & Research Manager Selangor – Petaling Jaya
31 May 2017 Senior Manager, Site Acquisition & Permitting Senior Manager Selangor – Petaling Jaya
Share

Telekom Malaysia Melantik CFO Wanita Pertama

KUALA LUMPUR (8 Mei): Telekom Malaysia Bhd (TM) telah melantik Nor Fadhilah Mohd Ali sebagai Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan (GCFO) dan Datuk Kairul Annuar Mohamed Zam Zam sebagai ketua pegawai strategi untuk menerajui fasa seterusnya dalam transformasi kumpulan.

Dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, TM berkata Nor Fadhilah dan pelantikan Kairul Annuar akan bermula Isnin depan (Mei 15). TM berkata Nor Fadhilah akan GCFO wanita pertama TM.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly berkata dalam satu kenyataan: “Ini adalah jawatan penting di bawah kepimpinan TM baru kami, dan sebahagian daripada fasa seterusnya dalam perjalanan transformasi berterusan syarikat itu sebagai juara percantuman Malaysia; membina asas yang kukuh ditubuhkan oleh Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa. ”

“Kami juga amat berbesar hati untuk ambil perhatian bahawa semua perlantikan ini adalah bakat tempatan dalaman yang dikenal pasti dalam pelan peralihan kepimpinan kita. Ini adalah selaras dengan TM menjadi organisasi yang lebih tangkas, bertindak balas kepada keperluan perniagaan dan pasaran,” kata Mohammed Shazalli.

Zamzamzairani merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM.

Menurut kenyataan TM, Fadhilah memulakan kerjayanya dengan TM sebagai penolong akauntan pada bulan Ogos 1993, sebelum dilantik sebagai Pengurus Besar nasihat kewangan dan pembangunan perniagaan dalam strategi kumpulan pada bulan April 2008.

Beliau kini adalah pengawal kewangan TM, jawatan yang dipegang sejak Ogos 2015.

Kairul Annuar kini merupakan naib presiden eksekutif kerajaan TM dan pengerusi akaun terurus majlis kumpulan.

“Beliau mempunyai lebih 30 tahun pengalaman dalam industri telekomunikasi, di mana beliau memulakan kerjaya beliau di TM pada tahun 1985 sebagai seorang jurutera. Selama ini, Dato ‘Kairul Annuar telah mengambil peranan yang berbeza, memberinya pengetahuan yang besar dalam industri, pendedahan dengan perkara-perkara peraturan dan pelbagai pihak berkepentingan dalam industri, “kata TM

 

Sumber : www.theedgemarkets.com

Share

TM bolot hadiah dalam Anugerah Telekom Asia

Zamzamzairani Mohd Isa menerima Anugerah CEO Terbaik dalam majlis Anugerah Telekom Asia, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Telekom Malaysia Berhad (TM) terus menambah koleksi kemenangannya apabila diiktiraf sebagai penerima anugerah tertinggi di majlis Anugerah Telekom Asia kali ke-20 yang
diadakan sempena dengan persidangan Telecom Asia 8th Telco Strategies di sini.

Syarikat telekomunikasi itu membawa pulang anugerah Penyedia Telekom Asia Terbaik dan Penyedia Jalur Lebar Terbaik.

Manakala Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa, mantan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM telah dinobatkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Telecom Terbaik, menjadikan malam tersebut istimewa dan bermakna buat TM.

Tahun ini, TM dan anak syarikatnya VADS Lyfe menerima enam pencalonan bagi majlis anugerah tersebut termasuklah CEO Terbaik, Penyedia Terbaik Jalur Lebar, Rakan Strategik Paling Inovatif, Pendekatan Analitikal Paling Inovatif, Projek Komuniti Telekom Terbaik dan Penyedia Borong Terbaik Antarabangsa.

Memasuki tahun ke-20, Anugerah Telecom Asia merupakan anugerah industri telekomunikasi paling lama dan paling berprestij di rantau ini.

Ia mengiktiraf prestasi inovatif dan kecemerlangan yang ditunjukkan oleh penyedia perkhidmatan di Asia dan eksekutif-eksekutif dalam industri.

Pemilihan Anugerah Telecom Asia telah dinilai oleh sebuah panel bebas yang terdiri daripada pakar-pakar industri yang mengundi atas dasar inovasi, prestasi kewangan, teknologi, peneraju pasaran dan tadbir urus korporat.

Senarai pendek bagi tahun ini – menampilkan pencalonan daripada 55 buah syarikat dari 15 pasaran Asia Pasifik – menyaksikan para hakim mengiktiraf inovasi dan pencapaian dalam pasaran-pasaran membangun dan baharu, serta melibatkan penyertaan dari yang paling banyak bidang dalam sejarah 20 tahun penganjuran anugerah ini.

Sumber : malaysiagazette.com

Share