Category Archives: UniFi Residential | Kediaman

UniFi Untuk Pelajar Serendah RM99!

TM kali ini telah melancarkan pakej UniFi untuk pelajar IPT dengan harga yang rendah . Ini adalah salah satu dari pelan tindakan penambahbaikan jalur lebar TM untuk menyediakan rakyat Malaysia jalur lebar yang lebih luas dan cepat seperti yang digariskan oleh Perdana Menteri Malaysia dalam bajet 2017. Ia juga adalah untuk membantu para pelajar IPT/belia untuk menjadikan jalur lebar satu kemudahan dalam meningkatkan prestasi akademik.

Pakej yang dinamakan UniFi Edu Pack ini boleh dapati di mana-mana TM Point terdekat bermula 27 November 2017 hingga 31 Disember 2017.

Lihat pada harga pakejnya. Ia agak murah. Untuk dapatkan UniFi dengan kelajuan 10Mbps, hanya RM99 sahaja. Jom kita lihat apa pula syarat-syaratnya?

#1 Apakah Kriteria Pelajar IPT Untuk Memohon Pakej ini?

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur antara 18 hingga 25 tahun.
  • Mempunyai Kad Pelajar Sendiri Yang Masih Sah.
  • Pelajar Bukan Warga Negara Malaysia Tidak Layak.
  • Terhad Kepada Kawasan Liputan Sahaja.

#2 Adakah Pelajar Yang Belajar Di Luar Negara Layak?

Pelajar yang belajar di luar negara tidak layak untuk memohon pakej ni. Contoh, ibu atau bapa pelajar tersebut ingin memohon UniFi menggunakan nama anaknya yang belajar di luar negara. So, tidak layak. Hanya pelajar yang belajar di IPT dalam Malaysia sahaja layak.

#3 Bagaimana Untuk Mohon Pakej Ni?

Rujuk balik point nombor satu di atas . Di bawah tajuk kriteria pelajar. Semak dulu. Kalau dah rasa layak, boleh download aplikasi wifi@unifi yang diberi nama ‘i-foundit!’ dari Google Play atau App Store.

Kemudian terus je ke mana-mana TM Point terdekat untuk melanggan pakej tersebut dan tunjukkan apps yang anda dah download tadi semasa proses pendaftaran. Permohonan anda tidak akan diterima jika tak nak download atau memang tak berjaya. So, buat jela.

Buat masa ni, saya tak jual pakej ni. So jangan cari saya jika ada masalah semasa pendaftaran ke, tak berjaya ke, matrik kad kene curi ke, nak mintak adjust pakej, dan lain-lain yang berkaitan pakej ni. Saya tak tahu. Saya hanya share info sahaja.

#4 Berapa Lama Tempoh Harga Pakej Ini Kekal?

Jangan lupa baca dan hadam kenyataan kontrak . Harga selepas 2 tahun iaitu selepas tempoh kontrak akan kembali kepada harga asal seperti di bawah.

#5 Kalau Dah UniFi Tapi Nak Upgrade Ke Pakej Ni Boleh Ke?

Ya boleh upgrade dengan syarat upgrade ke kelajuan yang lebih tinggi. Dah nama pun upgrade. Mesti yang lebih tinggi. Rujuk balik point pertama, kalau rasa layak, upgrade je.

#6 Kalau Dah Nak Tamat Belajar, Boleh Ke Transfer Nama Ke Pelajar Lain?

Cekap.. kalau dah nak tamat belajar, nak terminate masih dalam kontrak pulak. Jadi transfer sahaja ke nama pelajar lain yang layak. (Rujuk balik point #1 tadi). Pergi je mana-mana TM Point terdekat. Bawak rakan anda tersebut. Jadi bila dah tukar nama, penama baru bertanggungjawab sepenuhnya la ke atas bil-bil dan kontrak.

#7 Tiba-Tiba Ada Pulak Pakej Lain. Boleh Ke Upgrade Atau Dowgrade?

Boleh upgrade UniFi Edu pakej ni kepada pakej UniFi yang lain yang lebih tinggi speed tanpa penalti. Tapi kalau pilih nak downgrade pakej UniFi Edu, kontrak langganan anda akan baharui berdasarkan terma dan syarat pakej yang baru anda langgan. Err.. tapi downgrade hanya selepas tamat kontrak dua tahun.

#8 Tinggal Kat Kawasan Tak Ada UniFi. Boleh Langgan?

Tak boleh la. Kalau ada Streamyx langgan Streamyx biasa je. Contact saya untuk saya uruskan jika tinggal di Kuantan atau Kuala Rompin, Pahang.

#9 Boleh Ke Buka Lebih Dari Satu Akaun UniFi Edu Atas Nama Yang Sama?

Tak boleh la. Ambil satu dah la. Jangan ambil kesempatan pulak. Nak buat bisnes la tu. Hahaha

 

O.k la. sape-sape yang rasa layak dan ada anak yang layak, boleh la berlari-lari ke mana-mana TM Point terdekat. Cari sendiri la k.. hahaha. Untung la student dapat pakej murah.

Share

Internet 10Mbps Di Cenderawasih Kuantan

Tadi baru pulang jumpa pelanggan di Cenderawasih Kuantan. Lorong Bukit Setongkol. Dah banyak kali masuk tempat ni buat sale. Jumpa pelanggan di rumah pun ada. Sesi penerangan, dan ambil thumbprint.

Sebenarnya saya keliru sikit masa mula2 sampai tempat ni. Dua nama berbeza. Lorong lain, nama taman lain. Tak ke keliru? masa tu belum pakai smartphone lagi.. Hahaha. Buat malu je . Nama je duduk di Kuantan.

Pelanggan kali ni nak upgrade dari Streamyx ke UniFi. Bincang-bincang dia berminat nak pilih HyppTV Everywhere Pack Sports. So proceed je la. Nak tahu channel-channel yang ada? Tengok gambar kat bawah ni.

Saya tak ambil gambar pelanggan kali ni. Screenshot dia order je la. Hehe..

Pakej : UniFi Lite 10Mbps + HyppTV Sports (Everywhere) RM129

Lokasi : Lorong Bukit Setongkol, Perkampungan Chenderawasih.

O.k, yang berminat nak dapatkan khidmat saya untuk register UniFi atau Streamyx, boleh hubungi saya . 019-9377794  . Kita bincang2 dulu.

Share