Category Archives: Streamyx Dengan Tablet Percuma

Pakej Streamyx Dengan Tablet Percuma RBB3.0

TM hari ini telah melancarkan pakej USP Broadband RBB 3.0 dengan gajet yang diberikan kali ini adalah tablet jenama JOI dengan model 7 Lite. Berbeza dengan dua siri RBB sebelum ini, permohon kali ini tidak perlu melampirkan penyata pendapatan atau slip gaji untuk memohon pakej ini.

Walau bagaimana pun, kelulusan permohonan tertakluk  pada kawasan-kawasan yang tertentu sahaja dan ia ditentukan oleh pihak TM negeri. Jadi kepada yang berminat dan belum mempunyai Streamyx di rumah, bolehlah memohon pakej ini. Mari kita lihat apakah yang menarik pada pakej RBB 3.0 ini .

JOI-7-LitePhoto : Lowyat.Net

 

Pakej Streamyx Dengan Tablet Percuma RBB3.0
========================================

  • Setiap permohonan yang berjaya akan diberikan satu tablet jenama JOI model 7 Lite (GSM+Anroid+Wifi).
  • Pelan panggilan disertakan yang mana pelanggan mendapat 60 minit panggilan PERCUMA ke semua talian mudah alih dan panggilan ke semua talian tetap TM juga percuma.
  • Pelanggan akan dicaj 25sen/minit panggilan ke semua talian mudah alih selepas tempoh 60 minit percuma telah tamat.
  • Kontrak hanya setahun (12 Bulan)
  • Tidak perlu lampirkan slip gaji atau penyata pendapatan.
  • Pelanggan menerima satu unit modem WiFi (Wireless) PERCUMA dengan jaminan kerosakan selama setahun (12 Bulan)
  • Jaminan kerosakan tablet ada setahun (12 Bulan)
  • Caj pengaktifan RM75 dan caj pemasangan modem RM88 DIKECUALIKAN.

Harga Pakej 
===========

4Mbps RM116
2Mbps RM111
1Mbps RM96
*Tidak termasuk GST 6%

Terma & Syarat
===============

  • Pelanggan tidak dibenarkan bertukar / upgrade ke mana-mana pakej Streamyx yang lain semasa di dalam kontrak 12 bulan.
    • Walaubagaimana pun, pelanggan DIBENARKAN untuk:
      1. Upgrade speed dalam pakej yang sama sahaja (RBB3.0)
        • Kontrak akan disambung. Tidak diperbaharui (renew). Modem dan lain-lain peralatan kekal.
        • Untuk upgrade speed, pelanggan tidak diberikan tablet kedua.
      2. Pelanggan DIBENARKAN untuk BERTUKAR ke pakej UNIFI atau STREAMYX 8Mbps.
        • Penalti RM600 tidak dikenakan.
        • Pelanggan tidak lagi terikat dengan harga pakej Streamyx RBB3.0.
        • Tempoh kontrak akan diperbaharui kepada 2 tahun .
    • Pelanggan tidak dibenarkan untuk downgrade kelajuan semasa dalam tempoh kontrak tetapi selepas tempoh kontrak, ia dibenarkan.
  • Jaminan kerosakan tablet bermula dari tarikh pelanggan terima tablet tersebut.
  • Jaminan kerosakan tablet adalah 12 bulan dan jika rosak, ia hanya boleh diganti sekali sahaja dalam tempoh kontrak.
  • Penalti bagi penamatan (terminate) awal adalah RM600.

 

Spesifikasi & Gambar Tablet
=========================

spek tabletKlik untuk lihat lebih jelas

joi7lite_website

Bagaimana? adakah anda berminat? Jika anda berminat, saya boleh bantu untuk urusan pendaftaran dan pemasangan . Anda boleh isi borang maklumat di bawah untuk semakan perkara-perkara berikut :

Borang Maklumat : KLIK SINI

  • Coverage
  • Speed Support
  • Ports Streamyx & Telefon.

Saya akan hubungi anda untuk perbincangan seterusnya selepas anda isi borang tersebut. Buat masa ini, saya hanya uruskan permohonan dari PAHANG SAHAJA.

Whats App Me : +6019 – 93777 94

Call Me : +6019 – 93777 94

SMS Me : +6019 – 93777 94

VIsit And Like My Page : www.facebook.com/pahangstreamyx

 

Share

Harga GST Pakej Streamyx Dengan Tablet Ogos 2015

Semua orang dah sedia maklum yang negara kita telah melaksanakan GST. Berikut adalah harga baru Pakej Streamyx Dengan Tablet termasuk GST. Jadi nanti dalam bil akan dipaparkan harga tersebut terus.

 

1Mbps ( RM73.02 )

2Mbps ( RM87.98 )

4Mbps  (RM93.28 )

 

Share

Permohonan Pakej Streamyx Percuma Tablet (RBB 2.0)

Update 18/2/2015
** PERMOHONAN PAKEJ INI TELAH DITUTUP  BERMULA FEBUARI 2016. TERIMA KASIH

Permohonan pakej Streamyx Dengan Tablet Percuma di buka bermula hari ni. Sebelum ni ramai yang tak berkesempatan untuk dapatkan pakej ni kerana tidak diwar-warkan . Pakej ini terhad dan bukan semua orang layak untuk memohon.

SIAPA YANG LAYAK?
=================
Bukan semua orang boleh memohon dan layak untuk memohon. Ada banyak perkara yang perlu anda tahu sebelum memohon. Antaranya adalah

  • Pemohon yang mempunyai pendapatan kasar di dalam slip gaji / penyata pendapatan bulanan RM5000 ke bawah. Tak boleh lebih.. kalau lebih, anda tak layak.
  • Pemohon yang tak ada penyata pendapatan / slip gaji, sila dapatkan borang permohonan di TM point yang terdekat. Anda akan diberi penerangan selanjutnya. Mulai Ogos 2015, saya tidak lagi memproses permohonan pemohon yang tiada slip gaji bulanan atau bukti pendapatan.
  • Pemohon yang nama telah disenarai hitam (Blacklist).
  • Pemohon yang telah melanggan pakej – pakej di bawah tidak boleh memohon pakej baru ini .
    • Pakej Streamyx Cool Unipack Dengan Netbook (Student IPT) (Tahun 2010)
    • Pakej Streamyx Dengan Netbook Percuma ( Tahun 2010)
    • Pakej Streamyx Dengan Tablet Percuma
    • Semua Pakej Streamyx Dengan Harga Istimewa                                                                   (384Kbps RM38 , 512Kbps RM59, 1Mbps RM68, 2Mbps RM83, 4Mbps RM88)

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
=========================
√ Salinan slip gaji / akuan pendapatan.
√ Salinan kad pengenalan.

KANDUNGAN PAKEJ
==================
√ Speed 4Mbps RM88 (Harga biasa RM148.40)
√ Speed 2Mbps RM83 (Harga biasa RM137.80)
√ Speed 1Mbps RM68 (Harga biasa RM116.60)
√ Tablet percuma (Spesifikasi Rujuk Di Sini)

CONTOH TABLET YANG AKAN DIBERIKAN 

tab baru 2 tab baru

SIAPA SAYA?
============
√ Wakil jualan sah TM Pahang.
√ Berpengalaman menguruskan permohonan secara persendirian sejak 2009.

**Bagi pemohon yang telah melanggan pakej Streamyx lebih dari setahun dan berminat mendapatkan pakej ini , contact saya untuk bincang.

**Sesiapa yang berminat untuk tahu atau dapatkan pakej streamyx dengan harga seperti yang dipaparkan , boleh isikan form di bawah untuk saya hubungi dengan segera. Terima Kasih.

BORANG MAKLUMAT 

 

Share

StreamyX With Tablet Coverage Area

 PERMOHONAN UNTUK PAKEJ STREAMYX DENGAN TABLET KALI INI TELAH DITUTUP BERMULA 29/11/2014. HARAP MAAF

hafiz streamyx kuantan

 

Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Maaf sebab lama tak update blog ni sampai suspend .. haha.. Saya agak sibuk dengan kerja-kerja marketing pakej Streamyx . he

O.k, kebelakangan ni ramai yang hubungi saya untuk dapatkan pakej Streamyx dengan Tablet Percuma . Kepada yang telah memohon melalui saya, saya mohon maaf atas kelewatan proses sebab pakej ni banyak peringkat tapisan (verifikasi) oleh pihak TM Negeri dan baru-baru ni ada masalah teknikal dengan sistem jadi semua faktor kelewatan tu di luar kawalan saya dan saya cuma mampu mohon maaf dan follow up permohonan anda secepat mungkin dan Alhamdulillah, semua dah selamat dipasang. Cuma menanti Tablet sahaja sampai di rumah.

Streamyx Percuma tablet

Mengenai pakej ni juga, ramai yang kecewa sebab ia bukan ditawarkan kepada semua kawasan atas beberapa faktor tertentu yang telah ditetapkan oleh pihak TM. Jadi sebelum membuat permohonan, alamat lengkap untuk pemasangan juga perlu diberikan kepada saya supaya saya dapat semak sama ada pakej ini ditawarkan untuk kawasan anda. Berikut adalah antara maklumat yang diperlukan untuk memohon pakej ini iaitu :

  • NAMA PEMOHON :
  • ALAMAT PEMASANGAN :
  • PEKERJAAN :
  • JUMLAH PENDAPATAN KASAR :
  • RUMAH SUDAH ADA STREAMYX ATAU TIDAK :
  • MEMPUNYAI BUKTI PENDAPATAN ATAU TIDAK :

Penuhkan semua maklumat di atas, copy dan paste pada borang ini dan klik button send : BORANG

Boleh juga jika nak hubungi saya . Whats App  019-9377794 atau boleh hubungi saya melalui medium di bawah :

Page PahangStreamyx : https://www.facebook.com/pahangstreamyx

 

Share

Streamyx Dengan Tablet Percuma

 PERMOHONAN UNTUK PAKEJ STREAMYX DENGAN TABLET TELAH DITUTUP . HARAP MAA

TM telah melancarkan pakej Streamyx yang menawarkan harga yang lebih menarik dengan setiap permohonan akan diberikan satu unit tablet 10 inci secara percuma. Harga bagi pakej Streamyx dengan tablet ni adalah seperti di bawah :

  • 1Mbps (RM68/Bulan)
  • 2Mbps (RM83/Bulan)
  • 4Mbps (Rm88/Bulan)

Memang murah bukan?. Jika tiada tablet percuma sekalipun, harga pakej ini amat berbaloi dengan speed internet yang diberi.  Harganya pakej ni sama seperti pakej Netbook 1 Malaysia, Streamyx Cool UniPack yang pernah ditawarkan pada tahun 2010 dahulu. Kali ini sesiapa yang belum mempunyai Streamyx, boleh merebut peluang ni namun semuanya tertakluk pada syarat-syarat di bawah :

  • Pemohon mestilah mempunyai pendapatan RM5,000 dan kebawah sahaja. 
  • Pakej ini adalah untuk permohonan baru sahaja dan mereka yang telah mempunyai Streamyx , tidak dibenarkan memohon. 
  • Pemohon hanya boleh mendaftar satu akaun sahaja.
  • Kontrak langganan adalah 24 bulan. 
  • Setiap permohonan perlu melampirkan salinan kad pengenalan dan bukti pendapatan seperti slip gaji, atau surat akaun pendapatan dari penghulu/ pegawai kerajaan kumpulan A, ketua kampung / dan lain-lain yang setaraf.
  • Hanya kawasan-kawasan tertentu sahaja di tawarkan pakej ini. Harap maklum dan anda boleh berhubung dengan saya untuk permohonan di kawasan PAHANG khususnya (Kuantan, Pekan, Rompin). Untuk pemohonan di luar Pahang, anda boleh Berhubung dengan pihak TM Point terus atau Agent anda yang berhampiran.

Satu unit tablet Jenama Natsys akan diberikan secara percuma yang mana ia akan di hantarkan kepada pemohon dalam tempoh 14 hari selepas pemasangan berjaya dilakukan.

Streamyx Percuma tablet

 

Streamyx free tablet

 

Caj Pemasangan 

Jika pemohon belum ada talian telefon di rumah, bayaran adalah seperti berikut :

  • Cagaran   : RM75 (Dicaj Dalam Bil Pertama)
  • Stamp Duti  : RM10 (Dicaj Dalam Bil Pertama)

Pendawaian Dalaman (Bayaran Terus Kepada Kontraktor):

  • 5 Meter Pertama : RM30 Hingga RM50 , Selepas 5 Meter Pertama: RM5/meter
  • Yuran Penyambungan PERCUMA (RM50)
  • Caj Pemasangan Modem PERCUMA (RM88)
  • Yuran Pengaktifan PERCUMA (RM75)

Caj Langganan Streamyx : Bulan Semasa & Bulan Hadapan  (Dicaj Dalam Bil Pertama)

Bagi yang telah mempunyai talian telefon di rumah, pemohon hanya di caj langganan Streamyx untuk bulan semasa dan bulan hadapan iaitu maksimum akan dicaj dua bulan harga pakej yang pemohon pilih.

So, saya telah terangkan serba sedikit apa yang terkandung dalam pakej ni. Jika anda berminat untuk mendapatkan pakej ini, boleh berhubung dengan saya di talian 019-9377794 . Boleh call/ Whats App / SMS  atau boleh pergi ke page saya : PahangStreamyx .

Agent Streamyx Kuantan Pahang

Saya adalah wakil jualan yang telah dilantik untuk menjalankan aktiviti jualan pakej ini di kawasan PAHANG khususnya KUANTAN, PEKAN DAN ROMPIN . Namun, bukan semua kawasan ditawarkan pakej ini . Jadi, anda perlu berhubung dengan saya terlebih dahulu untuk mendapatkan pengesahan lokasi pemasangan untuk pakej ini.

Untuk kawasan Kuantan & Pekan, boleh buat temujanji dengan saya dan bagi kawasan Rompin, saya ada wakil di sana. Untuk perhatian anda juga, pakej ni mengambil masa agak lambat sedikit dalam tempoh 7-10 hari untuk proses pemasangan kerana melibatkan proses verifikasi pendapatan, dan lain-lain. Jika anda ingin cepat, boleh ambil pakej biasa iaitu akan dipasang dalam tempoh 7 hari bekerja (paling cepat dua hari bekerja). Harap maklum. 

 

 

 

Share