Category Archives: Streamyx Dengan Netbook Percuma

Jalur Lebar TM Dengan Netbook | Satu Tsunami 2010

jalurlebarnetbook-678x1024

Tahun 2010, saya masih teringat ketika SKMM dan pihak kerajaan menggesa projek Jalur Lebar 1 Malaysia dan waktu itu, TM melancarkan pakej Jalur Lebar beserta netbook dengan harga serendah RM38 Sebulan + Netbook Percuma. TM Point sesak dengan pelanggan yang ingin melanggan pakej ini. Di kampung dan daerah yang tiada TM Point, wakil jualan atau agent sentiasa dipenuhi dengan permintaan pakej ini. Pakej lain (Blockbuster Deals) hampir-hampir tiada pelanggan dan kalau ada pun, orang yang tak tahu/tak tengok berita/tak percaya/tak tengok TV/ dan mungkin baru keluar bertapa. Ada beberapa wakil jualan TM terpaksa menutup operasi cawangan atau kedai mereka hanya kerana pakej Jalur Lebar ini tidak memberi pulangan yang tinggi untuk menampung kos operasi

Pakej ini terbahagi kepada dua pakej netbook samaada netbook 1 Malaysia atau HP. Harga langganan diantara dua netbook ini adalah tambahan sebanyak RM21 sebulan untuk anda mendapatkan netbook HP. Dibawah saya sertakan harga langganan untuk kedua-dua pakej netbook ini.

Pakej netbook 1 Malaysia
RM38 = speed 384kbps
RM53 = speed 512kbps
RM68 = speed 1Mbps
RM83 = speed 2 Mbps
RM88 = speed 4 Mbps

 

hp-mini-210-1000-pc-series_400x400

Pakej netbook HP (Harga langganan sama dengan pakej netbook 1 Malaysia selepas 2 tahun)
RM59 = speed 384kbps
RM74 = speed 512kbps
RM89 = speed 1Mbps
RM104 = speed 2 Mbps
RM109 = speed 4 Mbps

Pakej netbook ini hanya terbuka untuk keluarga yang pendapatan isi rumahnya adalah RM3000 untuk kawasan luar bandar dan RM5000 untuk kawasan bandar. Bagi mengambil peluang waktu itu, saya sendiri mendaftar sebagai rakan niaga TM dengan pihak consumer sales TM Pahang. Bersyukur kerana dapat meraih pulangan yang agak lumayan waktu itu. Ramai yang kecewa kerana di rumah sudah pun mempunyai talian Streamyx, dan ada juga yang mengambil peluang untuk membuat pemasangan tambahan satu lagi talian khas untuk pakej ini hanya kerana pakej ini adalah pakej termurah sehingga hari ini . Pakej ini tamat (Kawasan Pahang) pada 18/10/2010 kerana telah memenuhi kuota yang ditetapkan .

 

Share