Category Archives: Soal Jawab UniFi Lite

UniFi Lite : Soal Jawab 1

Soalan :

Ada beberapa kali saya bertanya dengan agent dan pegawai yang terlibat. Saya minta semak kawasan saya ada unifi atau tidak. Tapi hampa . Mereka beritahu tiada UniFi. Macam mana encik boleh beritahu saya alamat saya ada UniFi? Saya berminat nak apply sebab harganya murah dan lebih laju.

Jawapan Saya:

Buat masa ni, UniFi adalah perkataan umum yang ditanam dalam setiap fikiran sesetengah pengguna, ejen, dan lain-lain yang mana ia di dalam kawasan fiber optik terus ke rumah . Ia betul . Tapi sejak awal tahun 2017, TM telah lancarkan satu pakej yang diberi nama UniFi Lite. Berkelajuan 10mbps, ia memberi peluang kepada sesetengah kawasan liputan Streamyx (Copper) menikmati kelajuan 10Mbps tersebut. Teknologi ADSL dinaiktaraf kepada VDSL dan membolehkan kelajuan dipertingkatkan kepada 10Mbps ke atas.

Bagi kawasan infra Streamyx (copper) yang telah di upgrade ke VDSL, ia dikategorikan kawasan SUBB (Sub Urban Broadband).

Bagi kawasan yang sudah ada infra fiber optic UniFi, ia dikagorikan sebagai HSBB (High Speed Broadband).

Jadi untuk dapatkan betul-betul maklumat kawasan tersebut boleh support infra unifi atau tidak, berhubung dengan saya untuk semakan .

Share