Author Archives: Hafizal

Hafizal

About Hafizal

Berkhidmat Sebagai Wakil jualan sah Telekom Malaysia sejak tahun 2010 di bawah bimbingan & seliaan TM Consumer Sales & SME Pahang. Menyediakan perkhidmatan pendaftaran internet & telefon untuk kediaman dan premis perniagaan. Menetap di Kuantan, Pahang. Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya 019-9377794. Saya sedia membantu.

Hijrah Ke UniFi Lite 10Mbps

Hari ni saya telah terima kunjungan dari installer untuk proses upgrade Streamyx dari 8Mbps ke UniFi Lite. Asalnya sebelum ni akaun saya adalah 4Mbps dan saya mohon upgrade ke 8Mbps.  Then, sekali lagi saya mohon  untuk upgrade ke UniFi Lite pula selepas ia mula dilancarkan di tempat saya.

Alhamdulillah (syukur,terima kasih pada tuhan-Allah) semuanya berjalan lancar. Sangat puas hati walaupun 10Mbps. Untuk pengetahuan, saya tinggal di kawasan SUBB. Bermakna, walaupun tiada infra fiber optik, kelajuan boleh support sehingga 10Mbps via VDSL. Lebih dari cukup untuk saya buat kerja-kerja online.

Di atas adalah screenshot speedtest yang telah saya buat . Not bad. Dapat seperti apa yang dijanjikan iaitu download 10Mbps dan upload 5Mbps.

Kepada sesiapa  yang belum ada akaun Streamyx / TM Broadband dan nak merasa speed internet yang lebih laju dan stabil, boleh berurusan dengan saya di talian 0199377794Kawasan Kuantan, Insya-Allah saya akan bantu.

Share

Lama Tak Menulis

Sedar tak sedar dah masuk bulan Febuari 2018. Sekejap saja masa berlalu dan saya rasa macam dunia ni bergerak terlalu pantas. Tak pasti kerana lalai dengan kerja atau sibuk dengan kerja. Dua perkara yang selalu bermain di fikiran saya. Kalau tak kerja, tak boleh. Kita hidup zaman mencabar ni perlukan wang untuk meneruskan kehidupan.

Gambar kenangan bersama dengan rakan ejen. Mr.Marcuss di Ibu Pejabat TM Pahang

 

 

Dah lama tak menulis, dah lama sibuk. Rindu nak menulis semula. Setiap hari bila mengadap kerja, mesti terlintas banyak perkara dan tips nak update. Ada pelanggan dan pembaca yang bertanya tentang update blog ni. Maaf sebab saya hanya mampu membalas melalui whats app saja. Itu pun seberapa perkara saja.

 

 

 

 

 

 

Start bulan Januari 2018, TM masih mengekal promosi BonanzaQ4 tahun lepas yang mana hanya beberapa produk sahaja tersenarai kekal sehingga bulan Mac 2018. Ada kemungkinan promosi menarik akan muncul pada suku tahun kedua (Q2) nanti. Mana yang rasa nak tunggu, tunggu lah. Apa-apa boleh rujuk pada blog ni.

Januari lalu juga, TM menjemput semua reseller, ejen dan rakan niaga untuk hadir pada sesi sidang video seluruh Malaysia. Antara topik yang sangat2 dinantikan adalah topik hayat Webe. Webe yang telah ditamatkan pada 13 Januari lalu, digantikan dengan produk telco baru iaitu Unifi Mobile. Saya sendiri telah mengambil peluang untuk mencuba. Not bad. Hampir sama dengan Webe cuma, pada pendapat peribadi saya sendiri, kos pembelian data agak mahal berbanding pelan telco lain.

Kelebihan UniFi mobile adalah ia bebas. Sesuai dengan tagline bebas yang diperkenalkan oleh TM. Anda top up dan beli data, then boleh hold guna data sampai habis sehingga max 90 hari. Serupa macam prepaid biasa. Selepas tempoh tersebut masih tak top up, so number tu terminate la. Tak boleh pakai dah . Kene walk in ke TM Point kalau masih sayangkan number tersebut.

O.k, for next post, saya cuba kongsikan detail UniFi Mobile ni.

Share

Internet TM Di Perumahan Baru

Bagi yang pernah berpindah ke rumah baru sama ada taman perumahan atau rumah yang baru siap di bina (tanah lot), pernah tak rasa kesukaran untuk mendapatkan internet yang baik?.

Bukan semua orang memerlukan internet dalam hidup mereka. Ada yang tak pernah kisah pun tentang soal itu yang penting ada internet basic untuk mereka meneruskan perbualan WhatsApp atau telegram. Tapi zaman bilakah kita guna speed internet seperti itu? Bukankah sudah berlalu?.

Bagaimana pula dengan golongan yang memerlukan internet yang lebih baik dari aspek kelajuan dan kestabilan?. Saya pernah rasa kesukaran untuk update blog, buat kerja-kerja harian, melayari internet untuk mencari info hanya kerana internet mobile yang bermasalah di kawasan tersebut. Ada masanya laju, ada masanya speed internet tak boleh capai apa yang kita perlukan, ada masanya bila cuaca hujan sahaja speed internet jatuh tak seperti hari-hari biasa. Macam mana nak uruskan kerja?.

Bila nampak kontraktor TM yang datang buat penanaman tiang , buat cabling , dan memulakan kerja-kerja pemasangan talian internet di perumahan kita, itu adalah signal baik bagi mendapatkan internet yang lebih stabil walaupun speed yang ditawarkan mungkin tidak terlalu tinggi khususnya jika kawasan tersebut bukan di kawasan HSBB (High Speed Broadband). Kawasan yang dimaksudkan ni adalah kawasan kabel tembaga (copper). Hanya produk bernama TM Broadband (Lebih dikenali sebagai Streamyx) berkelajuan sehingga 10Mbps (Unifi Lite via Copper-SUBB Area) maksimum atau minima 1Mbps sahaja.

Pemasangan yang dilakukan tersebut biasanya disebut sebagai ‘infra’ . Merujuk kepada infrastruktur  untuk membekalkan internet dan talian telefon terus ke rumah anda.

Bila dah nampak tanda-tanda pemasangan semua sudah siap, boleh berhubung dengan mana-mana ejen atau walk in ke mana-mana TM Point untuk urusan pendaftaran. Walaupun nampak secara fizikalnya sudah siap, tapi mungkin mengambil masa yang agak lama untuk membolehkan pemasangan internet dibuat di rumah anda. Pada saya lebih mudah jika anda mendapatkan ejen untuk membantu pendaftaran di buat. Semakan dari semasa ke semasa dapat dibuat oleh mereka ( bergantung pada ejen tersebut) melainkan anda ingin walk in ke TM Point 2 minggu sekali atau seminggu sekali.

Soal pakej, harga, dan lain-lain pertanyaan dan kemusykilan boleh tanya pada ejen atau TM Point waktu itu. Hanya pakej yang ada sahaja boleh di pasang. Jika ada promosi, ia hanya boleh di pasang jika kawasan perumahan tersebut memang sudah boleh daftarkan.

Sebagai contoh, ada promosi hebat murah pada September – Disember. Tapi ‘infra’ di kawasan perumahan anda dilancarkan pada bulan Januari,  biarpun anda telah bertemu dengan ejen atau TM untuk membuat pendaftaran pada bulan Disember, ia tak bererti anda layak mendaftar pakej promosi tersebut. Proses pendaftaran anda pada bulan Disember hanyalah proses pra-pendaftaran (pre-register) . Hanya pakej yang sedia ada sewaktu ‘infra’ dilancarkan sahaja boleh didaftarkan.

Susah ke nak cari ejen? . Biasanya ejen yang cari pelanggan. Tapi ada sesetengah tempat sukar dapat ejen. Dalam kes ‘infra’ ni, kebiasaannya ejen akan membuat kerja-kerja seperti di bawah (ejen bertauliah/bimbingan TM):

Sebelum infra dilancarkan

  • Memantau kerja-kerja pemasangan ‘infra’ secara sukarela. Tiada arahan dari mana-mana pihak atasan. Hanya nak pastikan ia siap secara fizikal. Ejen tahu nak tengok macam mana.
  • Jika pemasangan telah siap dilakukan secara fizikal, semakan dengan pegawai yang menjaga kawasan juga di buat.
  • Semakan alamat di dalam sistem pendaftaran juga di buat.
  • Membuat pra-pendaftaran. Berhubung dengan pelanggan dan penerangan dibuat.

Dalam waktu ini, ada kemungkinan berlaku kelewatan untuk seluruh infra dilancarkan. Ia diluar kawalan dan bidang kerja ejen.

Selepas infra dilancarkan

  • Berhubung semula dengan pelanggan untuk semakan maklumat, dan tetapkan masa untuk berjumpa bagi proses vefikasi biometric.
  • Menerangkan pakej-pakej atau promosi yang berlangsung ketika itu.
  • Membuat pendaftaran di dalam sistem TM bagi memboleh order pemasangan dilakukan oleh kontraktor.
  • Memantau order pemasangan sehingga selesai.

Nampak tak keseluruhan proses?.. Adakah anda faham?

Saya telah menjadi ejen bebas TM selama hampir 10 tahun dan selama itu jugalah saya banyak membantu pelanggan mendapatkan pakej internet, menyelesaikan masalah order, membantu pelanggan mendapatkan info dan lain-lain. Namun, sebagai manusia, saya tak lari dari membuat kesilapan. Tak mungkin saya menjadi sempurna 100% tetapi saya cuba untuk menjadi lebih terbaik.

Banyak perkara yang telah saya lalui dan saya akan kongsikan di dalam blog ini dari semasa ke semasa. Maaf jika ada perkara yang saya tak dapat jawab dengan baik kerana ia mungkin di luar bidang dan pengetahuan saya.

Jika anda rasa memerlukan khidmat saya, boleh berhubung dengan saya melalui mana-mana cara di bawah :

Call : 019-9377 794

SMS : 019-9377 794

WhatsApp : 019-9377 794 [ hafizalbasri.wasap.my]

Telegram : telegram.me/hafizal_basri

Facebook Page : www.facebook.com/hafizalbroadband/

Borang Maklumbalas : [Borang]

 

 

 

Share

UniFi Lite : Soal Jawab 1

Soalan :

Ada beberapa kali saya bertanya dengan agent dan pegawai yang terlibat. Saya minta semak kawasan saya ada unifi atau tidak. Tapi hampa . Mereka beritahu tiada UniFi. Macam mana encik boleh beritahu saya alamat saya ada UniFi? Saya berminat nak apply sebab harganya murah dan lebih laju.

Jawapan Saya:

Buat masa ni, UniFi adalah perkataan umum yang ditanam dalam setiap fikiran sesetengah pengguna, ejen, dan lain-lain yang mana ia di dalam kawasan fiber optik terus ke rumah . Ia betul . Tapi sejak awal tahun 2017, TM telah lancarkan satu pakej yang diberi nama UniFi Lite. Berkelajuan 10mbps, ia memberi peluang kepada sesetengah kawasan liputan Streamyx (Copper) menikmati kelajuan 10Mbps tersebut. Teknologi ADSL dinaiktaraf kepada VDSL dan membolehkan kelajuan dipertingkatkan kepada 10Mbps ke atas.

Bagi kawasan infra Streamyx (copper) yang telah di upgrade ke VDSL, ia dikategorikan kawasan SUBB (Sub Urban Broadband).

Bagi kawasan yang sudah ada infra fiber optic UniFi, ia dikagorikan sebagai HSBB (High Speed Broadband).

Jadi untuk dapatkan betul-betul maklumat kawasan tersebut boleh support infra unifi atau tidak, berhubung dengan saya untuk semakan .

Share

UniFi Untuk Pelajar Serendah RM99!

TM kali ini telah melancarkan pakej UniFi untuk pelajar IPT dengan harga yang rendah . Ini adalah salah satu dari pelan tindakan penambahbaikan jalur lebar TM untuk menyediakan rakyat Malaysia jalur lebar yang lebih luas dan cepat seperti yang digariskan oleh Perdana Menteri Malaysia dalam bajet 2017. Ia juga adalah untuk membantu para pelajar IPT/belia untuk menjadikan jalur lebar satu kemudahan dalam meningkatkan prestasi akademik.

Pakej yang dinamakan UniFi Edu Pack ini boleh dapati di mana-mana TM Point terdekat bermula 27 November 2017 hingga 31 Disember 2017.

Lihat pada harga pakejnya. Ia agak murah. Untuk dapatkan UniFi dengan kelajuan 10Mbps, hanya RM99 sahaja. Jom kita lihat apa pula syarat-syaratnya?

#1 Apakah Kriteria Pelajar IPT Untuk Memohon Pakej ini?

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur antara 18 hingga 25 tahun.
  • Mempunyai Kad Pelajar Sendiri Yang Masih Sah.
  • Pelajar Bukan Warga Negara Malaysia Tidak Layak.
  • Terhad Kepada Kawasan Liputan Sahaja.

#2 Adakah Pelajar Yang Belajar Di Luar Negara Layak?

Pelajar yang belajar di luar negara tidak layak untuk memohon pakej ni. Contoh, ibu atau bapa pelajar tersebut ingin memohon UniFi menggunakan nama anaknya yang belajar di luar negara. So, tidak layak. Hanya pelajar yang belajar di IPT dalam Malaysia sahaja layak.

#3 Bagaimana Untuk Mohon Pakej Ni?

Rujuk balik point nombor satu di atas . Di bawah tajuk kriteria pelajar. Semak dulu. Kalau dah rasa layak, boleh download aplikasi wifi@unifi yang diberi nama ‘i-foundit!’ dari Google Play atau App Store.

Kemudian terus je ke mana-mana TM Point terdekat untuk melanggan pakej tersebut dan tunjukkan apps yang anda dah download tadi semasa proses pendaftaran. Permohonan anda tidak akan diterima jika tak nak download atau memang tak berjaya. So, buat jela.

Buat masa ni, saya tak jual pakej ni. So jangan cari saya jika ada masalah semasa pendaftaran ke, tak berjaya ke, matrik kad kene curi ke, nak mintak adjust pakej, dan lain-lain yang berkaitan pakej ni. Saya tak tahu. Saya hanya share info sahaja.

#4 Berapa Lama Tempoh Harga Pakej Ini Kekal?

Jangan lupa baca dan hadam kenyataan kontrak . Harga selepas 2 tahun iaitu selepas tempoh kontrak akan kembali kepada harga asal seperti di bawah.

#5 Kalau Dah UniFi Tapi Nak Upgrade Ke Pakej Ni Boleh Ke?

Ya boleh upgrade dengan syarat upgrade ke kelajuan yang lebih tinggi. Dah nama pun upgrade. Mesti yang lebih tinggi. Rujuk balik point pertama, kalau rasa layak, upgrade je.

#6 Kalau Dah Nak Tamat Belajar, Boleh Ke Transfer Nama Ke Pelajar Lain?

Cekap.. kalau dah nak tamat belajar, nak terminate masih dalam kontrak pulak. Jadi transfer sahaja ke nama pelajar lain yang layak. (Rujuk balik point #1 tadi). Pergi je mana-mana TM Point terdekat. Bawak rakan anda tersebut. Jadi bila dah tukar nama, penama baru bertanggungjawab sepenuhnya la ke atas bil-bil dan kontrak.

#7 Tiba-Tiba Ada Pulak Pakej Lain. Boleh Ke Upgrade Atau Dowgrade?

Boleh upgrade UniFi Edu pakej ni kepada pakej UniFi yang lain yang lebih tinggi speed tanpa penalti. Tapi kalau pilih nak downgrade pakej UniFi Edu, kontrak langganan anda akan baharui berdasarkan terma dan syarat pakej yang baru anda langgan. Err.. tapi downgrade hanya selepas tamat kontrak dua tahun.

#8 Tinggal Kat Kawasan Tak Ada UniFi. Boleh Langgan?

Tak boleh la. Kalau ada Streamyx langgan Streamyx biasa je. Contact saya untuk saya uruskan jika tinggal di Kuantan atau Kuala Rompin, Pahang.

#9 Boleh Ke Buka Lebih Dari Satu Akaun UniFi Edu Atas Nama Yang Sama?

Tak boleh la. Ambil satu dah la. Jangan ambil kesempatan pulak. Nak buat bisnes la tu. Hahaha

 

O.k la. sape-sape yang rasa layak dan ada anak yang layak, boleh la berlari-lari ke mana-mana TM Point terdekat. Cari sendiri la k.. hahaha. Untung la student dapat pakej murah.

Share

Bagaimana Untuk Dapatkan Streamyx 4Mbps Dengan Harga Serendah RM88/Bulan?

Saya masih ingat pada tahun 2010 TM telah mula mengeluarkan pakej Streamyx dengan harga paling murah serendah RM38 dan diberikan netbook percuma. Dengan speed 384Kbps waktu itu, sangat ramai yang memohon. Paling tinggi harganya adalah RM88 untuk speed 4Mbps.

Selepas itu, TM teruskan keluarkan promosi tersebut secara bermusim setiap tahun yang mana tahun terakhir dikeluarkan adalah pada tahun 2015 dengan tawaran tablet jenama HP dan Sera.

Untuk tahun 2017, TM tidak lagi menjual pakej tersebut namun ia dipakejkan bersama dengan pelan panggilan (call plan) yang diberi nama Voice Deal. Dengan kontrak selama setahun, pelanggan perlu mengekalkan langganan Voice Deal selama setahun.

Anda boleh lihat promosi dalam gambar di atas. Mereka yang melanggan pakej ini akan menerima tablet yang dibezakan dari aspek model dan kapasiti storan. Ramai yang tercari-cari pakej Streamyx dengan harga bulanan RM88. Baiklah. Saya kongsikan bagaimana anda boleh dapatkan pakej ini . Lupakan promosi Bonanza Streamyx yang ditarik balik. Ia tidak akan dipasarkan lagi selepas ini.

# LANGKAH 1

Semak liputan, port dan speed support di kawasan anda. Whats App / Telegram saya dengan cara di bawah :

Whats App : www.wasap.my/60199377794
Telegram : telegram.me/hafizal_basri

# LANGKAH 2

Setelah anda diterangkan segala maklumat berkaitan pakej dan caj-caj dalam bil, saya akan aturkan pertemuan untuk urusan ambil maklumat dan sesi thumbrint menggunakan biometric device.

# LANGKAH 3

Saya proses permohonan anda dan tunggu pemasangan di buat .

# LANGKAH 4

Setelah tamat tempoh kontrak, anda boleh membuat penamatan servis Voice Deal dan bererti anda hanya perlu membayaran pakej bulan baru . Sebagai contoh, harga bulanan bagi 4Mbps + Voice Deal 38 adalah RM126. Jadi setelah anda remove call plan, harga bulanan sudah pun menjadi RM88!. Harga tersebut kekal dan tidak berubah !

So pakej ni lebih baik dari pakej bonanza Streamyx yang telah ditarik semula dari pasaran. Kerana dengan bonanza, harga bulanan akan menjadi harga pakej asal setelah 2 tahun. Contohnya pakej 4Mbps akan menjadi RM140/bulan. Itu agak mahal bukan? .

Kalau rasa nak langgan pakej ni, lebih baik bertindak cepat sebab pakej ni hanya ditawarkan sehingga penghujung tahun 2017 iaitu Disember ini. So akan datang, tak tahulah pakej macam mana akan tiba . Mungkin lebih mahal dari pakej ni .

Untuk kawasan Kuantan & Kuala Rompin Pahang, anda boleh berhubung terus dengan saya sendiri untuk pendaftaran pakej special ni. Untuk kawasan lain, anda boleh terus walk in ke TM Point atau bertemu dengan ejen lain di kawasan anda yang terdekat. Tiada syarat tambahan untuk melanggan pakej ni . Tetapi ia adalah untuk pengguna dan pendaftaran baru SAHAJA.

Adakah Permohonan Anda Selamat??

Ya permohonan anda  dengan pihak saya selamat . Saya menggunakan Mykad Reader untuk dapatkan pengesahan cap jari (biometric) dan borang permohonan elektronik e-form akan di isi dihadapan anda. Ia selamat!. Tiada salinan ic diperlukan. Hanya bawa Mykad yang berkedaaan elok untuk berurusan. Mudah bukan?

Macam mana nak daftar?? Boleh hubungi saya melalui mana-mana cara di bawah.

Call :019-9377 794

SMS : 019-9377 794

WhatsApp : 019-9377 794 [ hafizalbasri.wasap.my]

Telegram : telegram.me/hafizal_basri

Facebook Page : www.facebook.com/hafizalbroadband/

Borang Maklumbalas : [Borang]

 

 

 

 

 

Share

Kempen Bonanza Streamyx Ditarik Balik

Kempen yang dilancarkan pada 1 November 2017 tempoh hari ditarik balik oleh pihak TM. Saya menerima arahan dari ibu pejabat TM Pahang untuk hold proses pakej ini pada 6 November 2017 yang sememangnya pakej itu (Streamyx) boleh dijual dan proses pada tarikh tersebut.

Saya tidak mahu ulas apa sebab mereka tarik semula pakej ini dah berharap akan datang pakej ini akan dikeluarkan dan ditawarkan kepada semua pengguna. Cuma sepanjang tempoh promosi, saya terima banyak panggilan dan mesej untuk bertukar dari pakej sedia ada ke pakej tersebut.

Bagi pelanggan sedia ada, jika ingin menukar pakej,  anda perlu tahu anda langganan anda masih dalam kontrak atau tidak dan anda berhak untuk menamatkan langganan apabila tamat tempoh kontrak. Rata-rata yang saya terima panggilan adalah pelanggan yang masih dalam kontrak dan masih baru melanggan pakej Streamyx / UniFi sedia ada.

Bayangkan ada pelanggan yang melanggan Streamyx melalui website TM, dan menerima pakej 8Mbps RM160/bulan. Tiba-tiba TM umumkan pakej baru dan promosi dengan harga RM89/bulan. Pakej yang sama dan produk yang sama dijual dengan harga hampir separuh! Tidakkah ini membuat anda teruja?

Beralih kepada pelanggan yang gemar melanggan Streamyx atau UniFi secara online terus kepada Website TM, anda boleh rujuk di TM Point atau dengan Penjual Sah TM terlebih dahulu untuk dapatkan promosi-promosi terbaru . Kerana ejen atau TM Point lebih banyak menjual pakej-pakej promosi berbanding pakej biasa.

Promosi yang masih ada ialah pakej Super Duper Jimat yang akan berakhir pada 31 Disember 2017. Jika berminat boleh berhubung terus dengan saya.

Share

TM Melancarkan Streamyx Dengan Harga Yang Gila Murah!

TM telah melancarkan pakej yang memberi peluang kepada rakyat Malaysia memiliki internet dengan harga serendah RM68 untuk kelajuan 1Mbps. Kali ini betul-betul gila kerana ia dijual dengan harga diskaun dari harga asal yang berharga RM110 ke atas.

DItambah pula dengan call plan yang memberi nilai panggilan serendah 10sen/minit, dan panggilan percuma ke semua talian tetap TM.

Tak cukup dengan itu, dengan harga RM89, anda dapat memiliki internet dengan kelajuan 8Mbps bersama-sama dengan servis HyppTV dan juga call plan. Sangat rendah harga tersebut.

Cuba lihat harga-harga yang ditawarkan oleh TM . Menarik!

Klik untuk besarkan gambar .

Walau bagaimana pun, anda hanya menikmati harga tersebut untuk tempoh 24 bulan sahaja dan selepas 24 bulan, anda akan dicaj pada harga pakej biasa.

  • Streamyx BB Deal 1Mbps
  • Streamyx BB Deal 2Mbps
  • Streamyx BB Deal 4Mbps
  • Streamyx BB Deal With HyppTV 8Mbps

Kali ini TM membenarkan pelanggan untuk memiliki pakej ini tanpa apa-apa syarat tidak seperti pakej-pakej jimat hebat yang memerlukan salinan penyata gaji atau penyata BR1M.

Sangat menarik bagi saya pakej-pakej yang ditawarkan cuma sebelum langgan, pertimbangkan harga selepas 2 tahun. Khususnya pada pengguna yang melanggan pakej 4Mbps RM88 sebelum ini.

Jika anda ada pertanyaan untuk semakan coverage atau inginkan bantuan saya uruskan permohonan Streamyx atau UniFi anda, boleh terus berhubung dengan saya di talian 019-9377794 .

Share

Internet 10Mbps Di Cenderawasih Kuantan

Tadi baru pulang jumpa pelanggan di Cenderawasih Kuantan. Lorong Bukit Setongkol. Dah banyak kali masuk tempat ni buat sale. Jumpa pelanggan di rumah pun ada. Sesi penerangan, dan ambil thumbprint.

Sebenarnya saya keliru sikit masa mula2 sampai tempat ni. Dua nama berbeza. Lorong lain, nama taman lain. Tak ke keliru? masa tu belum pakai smartphone lagi.. Hahaha. Buat malu je . Nama je duduk di Kuantan.

Pelanggan kali ni nak upgrade dari Streamyx ke UniFi. Bincang-bincang dia berminat nak pilih HyppTV Everywhere Pack Sports. So proceed je la. Nak tahu channel-channel yang ada? Tengok gambar kat bawah ni.

Saya tak ambil gambar pelanggan kali ni. Screenshot dia order je la. Hehe..

Pakej : UniFi Lite 10Mbps + HyppTV Sports (Everywhere) RM129

Lokasi : Lorong Bukit Setongkol, Perkampungan Chenderawasih.

O.k, yang berminat nak dapatkan khidmat saya untuk register UniFi atau Streamyx, boleh hubungi saya . 019-9377794  . Kita bincang2 dulu.

Share

Pelepasan Cukai Gaya Hidup Sehingga RM2,500 Termasuk Langganan Internet

Pada tahun 2016, Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak telah umumkan pelepasan cukai gaya hidup di dalam pembentangan bajet 2017. Apa yang terkandung dalam pelepasan cukai gaya hidup tersebut?.

Antara yang menarik dalam pelepasan cukai gaya hidup adalah yuran langganan internet dimasukkan sekali. Jadi semua pengguna internet di Malaysia boleh menolak yuran langganan internet sebagai pelepasan cukai.

Sebagai contoh, yuran langganan internet UniFi Advance 30Mbps berharga RM199. Maka jumlah langganan selama setahun tersebut boleh diketepikan dan tidak dikenakan cukai. jadi tinggal dua bulan je lagi untuk langgan internet dan nak tolak kos untuk dua bulan ni sempat lagi.

So boleh la langgan internet mobile seperti WebeBroadbad , WebeMobile, Streamyx atau UniFi. Ada masa lagi. Boleh WhatsApp saya http://www.wasap.my/60199377794. Saya akan cuba bantu untuk dapatkan pakej internet yang sesuai.

Share