3 Perkara Penting Untuk Urusan Pendaftaran Streamyx & UniFi

 

Ada 3 perkara penting yang perlu dibuat oleh bakal pelanggan Streamyx & UniFi sebelum melanjutkan proses pendaftaran.

1# Semakan Liputan/Coverage

Hal ni sangat penting untuk dilakukan. Bukan nak suruh anda semak sendiri. Hanya berikan sahaja saya alamat penuh untuk semakan dalam sistem address TM sama ada ada coverage ke tak. Saya perlukan alamat penuh. Bukan setakat bagi nama kawasan atau taman je. Tak tepat!

Dari situ, saya dapat semak sama ada alamat tu boleh offer pakej Streamyx atau UniFi, atau kedua-dua sekali. Port yang sedia ada pun boleh buat semakan. Manalah tahu kalau port penuh, so ini mengecewakan anda bukan?.

Jangan fikir yang satu alamat yang sama tempat/taman, lorong yang sama dengan jiran ke, adik ipar atau adik angkat mesti dapat speed, port & servis yang sama. Sorry, kadang-kadang tak sama. Ada yang terus tak ada infra sebab pemaju buat satu lagi fasa baru rumah yang sama lorong. Adehh.. Kalau perumahan baru, saya prefer anda ambil WebeBroadband 99. Ada kuota laa.. 60Gb Speed 4G.

 

2# Tahu, Faham Pakej, Terma & Syarat

Yang ni jugak penting. Pakej kene tahu apa yang anda langgan dan itulah yang anda dapat. Kalau ada masalah kemudian, itu kene la report pada TM. Hal-hal berkaitan kontrak, penalti, caj-caj pemasangan, perlu tahu dan faham. Kalau anda berurusan dengan ejen saya mereka tak cerita, beritahu saya. Nanti saya rotan dia!

 

3# Mykad Yang Berkeadaan Baik

Haa… yang ni comform kene check betul-betul. Tolongla kalau dah tahu Mykad tu cip rosak, pegilah tukar dulu. Nanti anda buang masa je berjumpa dengan saya/ejen/runner yang bertugas. Masa kami tak apa. Masa anda tu penting.

TM dah tak nak salinan ic lagi dah untuk urusan pendaftaran. Guna Mykad reader dan terus thumbprint jari je. Settle. So tiada la kes-kes penipuan ic ke, orang guna ic untuk urusan lain, selamat dahh. Kalau tak tahu ic rosak tak apalah. Tapi yang dah tahu awal-awal ic rosak. So pergilah tukar dulu.

p/s:

Nak daftar senang je. Tak perlu buat bayaran apa-apa pada kami kecuali Webe setakat ni memang perlu salinan ic dan wang pendahuluan. 

Share
The following two tabs change content below.
Hafizal
Berkhidmat Sebagai Wakil jualan sah Telekom Malaysia sejak tahun 2010 di bawah bimbingan & seliaan TM Consumer Sales & SME Pahang. Menyediakan perkhidmatan pendaftaran internet & telefon untuk kediaman dan premis perniagaan. Menetap di Kuantan, Pahang. Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya 019-9377794. Saya sedia membantu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *