TM Melancarkan Streamyx Dengan Harga Yang Gila Murah!

TM telah melancarkan pakej yang memberi peluang kepada rakyat Malaysia memiliki internet dengan harga serendah RM68 untuk kelajuan 1Mbps. Kali ini betul-betul gila kerana ia dijual dengan harga diskaun dari harga asal yang berharga RM110 ke atas.

DItambah pula dengan call plan yang memberi nilai panggilan serendah 10sen/minit, dan panggilan percuma ke semua talian tetap TM.

Tak cukup dengan itu, dengan harga RM89, anda dapat memiliki internet dengan kelajuan 8Mbps bersama-sama dengan servis HyppTV dan juga call plan. Sangat rendah harga tersebut.

Cuba lihat harga-harga yang ditawarkan oleh TM . Menarik!

Klik untuk besarkan gambar .

Walau bagaimana pun, anda hanya menikmati harga tersebut untuk tempoh 24 bulan sahaja dan selepas 24 bulan, anda akan dicaj pada harga pakej biasa.

  • Streamyx BB Deal 1Mbps
  • Streamyx BB Deal 2Mbps
  • Streamyx BB Deal 4Mbps
  • Streamyx BB Deal With HyppTV 8Mbps

Kali ini TM membenarkan pelanggan untuk memiliki pakej ini tanpa apa-apa syarat tidak seperti pakej-pakej jimat hebat yang memerlukan salinan penyata gaji atau penyata BR1M.

Sangat menarik bagi saya pakej-pakej yang ditawarkan cuma sebelum langgan, pertimbangkan harga selepas 2 tahun. Khususnya pada pengguna yang melanggan pakej 4Mbps RM88 sebelum ini.

Jika anda ada pertanyaan untuk semakan coverage atau inginkan bantuan saya uruskan permohonan Streamyx atau UniFi anda, boleh terus berhubung dengan saya di talian 019-9377794 .

Share

Internet 10Mbps Di Cenderawasih Kuantan

Tadi baru pulang jumpa pelanggan di Cenderawasih Kuantan. Lorong Bukit Setongkol. Dah banyak kali masuk tempat ni buat sale. Jumpa pelanggan di rumah pun ada. Sesi penerangan, dan ambil thumbprint.

Sebenarnya saya keliru sikit masa mula2 sampai tempat ni. Dua nama berbeza. Lorong lain, nama taman lain. Tak ke keliru? masa tu belum pakai smartphone lagi.. Hahaha. Buat malu je . Nama je duduk di Kuantan.

Pelanggan kali ni nak upgrade dari Streamyx ke UniFi. Bincang-bincang dia berminat nak pilih HyppTV Everywhere Pack Sports. So proceed je la. Nak tahu channel-channel yang ada? Tengok gambar kat bawah ni.

Saya tak ambil gambar pelanggan kali ni. Screenshot dia order je la. Hehe..

Pakej : UniFi Lite 10Mbps + HyppTV Sports (Everywhere) RM129

Lokasi : Lorong Bukit Setongkol, Perkampungan Chenderawasih.

O.k, yang berminat nak dapatkan khidmat saya untuk register UniFi atau Streamyx, boleh hubungi saya . 019-9377794  . Kita bincang2 dulu.

Share

Pelepasan Cukai Gaya Hidup Sehingga RM2,500 Termasuk Langganan Internet

Pada tahun 2016, Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak telah umumkan pelepasan cukai gaya hidup di dalam pembentangan bajet 2017. Apa yang terkandung dalam pelepasan cukai gaya hidup tersebut?.

Antara yang menarik dalam pelepasan cukai gaya hidup adalah yuran langganan internet dimasukkan sekali. Jadi semua pengguna internet di Malaysia boleh menolak yuran langganan internet sebagai pelepasan cukai.

Sebagai contoh, yuran langganan internet UniFi Advance 30Mbps berharga RM199. Maka jumlah langganan selama setahun tersebut boleh diketepikan dan tidak dikenakan cukai. jadi tinggal dua bulan je lagi untuk langgan internet dan nak tolak kos untuk dua bulan ni sempat lagi.

So boleh la langgan internet mobile seperti WebeBroadbad , WebeMobile, Streamyx atau UniFi. Ada masa lagi. Boleh WhatsApp saya http://www.wasap.my/60199377794. Saya akan cuba bantu untuk dapatkan pakej internet yang sesuai.

Share

PahangStreamyx Akan Bertukar Domain

Dah banyak masa saya ambil untuk fikirkan perkara ni. Akhirya saya telah membuat keputusan untuk menukar nama domain ni kepada yang lebih umum . Keputusan yang saya buat adalah kerana saya tidak lagi hanya menumpukan sepenuh masa dan aktiviti kepada produk TM Streamyx semata-mata.

Dulu seawal muncul blog ini, saya hanya fokuskan produk TM sahaja dan sampai masanya saya ingin bertukar arah dari menulis dan update tentang produk TM kepada produk lain.

Keringat, penat dan usaha yang telah saya curahkan dalam blog ini berbaloi kerana rata-rata pelanggan saya adalah dari blog ini sahaja. Banyak juga yang telah saya bantu untuk dapatkan servis Streamyx, configure  modem, dapatkan UniFi, salur info yang benar, dan lain-lain

Terima kasih kepada yang menyokong dan mendapatkan khidmat saya selama saya mencari rezeki melalui platform ini. Terima kasih juga kepada yang telah syorkan khidmat saya kepada rakan-rakan kenalan.

Semoga blog ini akan terus menjadi panduan kepada anda.

Share

3 Perkara Penting Untuk Urusan Pendaftaran Streamyx & UniFi

 

Ada 3 perkara penting yang perlu dibuat oleh bakal pelanggan Streamyx & UniFi sebelum melanjutkan proses pendaftaran.

1# Semakan Liputan/Coverage

Hal ni sangat penting untuk dilakukan. Bukan nak suruh anda semak sendiri. Hanya berikan sahaja saya alamat penuh untuk semakan dalam sistem address TM sama ada ada coverage ke tak. Saya perlukan alamat penuh. Bukan setakat bagi nama kawasan atau taman je. Tak tepat!

Dari situ, saya dapat semak sama ada alamat tu boleh offer pakej Streamyx atau UniFi, atau kedua-dua sekali. Port yang sedia ada pun boleh buat semakan. Manalah tahu kalau port penuh, so ini mengecewakan anda bukan?.

Jangan fikir yang satu alamat yang sama tempat/taman, lorong yang sama dengan jiran ke, adik ipar atau adik angkat mesti dapat speed, port & servis yang sama. Sorry, kadang-kadang tak sama. Ada yang terus tak ada infra sebab pemaju buat satu lagi fasa baru rumah yang sama lorong. Adehh.. Kalau perumahan baru, saya prefer anda ambil WebeBroadband 99. Ada kuota laa.. 60Gb Speed 4G.

 

2# Tahu, Faham Pakej, Terma & Syarat

Yang ni jugak penting. Pakej kene tahu apa yang anda langgan dan itulah yang anda dapat. Kalau ada masalah kemudian, itu kene la report pada TM. Hal-hal berkaitan kontrak, penalti, caj-caj pemasangan, perlu tahu dan faham. Kalau anda berurusan dengan ejen saya mereka tak cerita, beritahu saya. Nanti saya rotan dia!

 

3# Mykad Yang Berkeadaan Baik

Haa… yang ni comform kene check betul-betul. Tolongla kalau dah tahu Mykad tu cip rosak, pegilah tukar dulu. Nanti anda buang masa je berjumpa dengan saya/ejen/runner yang bertugas. Masa kami tak apa. Masa anda tu penting.

TM dah tak nak salinan ic lagi dah untuk urusan pendaftaran. Guna Mykad reader dan terus thumbprint jari je. Settle. So tiada la kes-kes penipuan ic ke, orang guna ic untuk urusan lain, selamat dahh. Kalau tak tahu ic rosak tak apalah. Tapi yang dah tahu awal-awal ic rosak. So pergilah tukar dulu.

p/s:

Nak daftar senang je. Tak perlu buat bayaran apa-apa pada kami kecuali Webe setakat ni memang perlu salinan ic dan wang pendahuluan. 

Share

Streamyx BB Deal 1Mbps RM110

Pakej Streamyx ni adalah pakej paling rendah ditawarkan oleh TM buat. Bukanlah maksud saya rendah dari aspek harga. Tapi kelajuan (speed) yang rendah iaitu 1Mbps. Apa yang terkandung dalam pakej ni?.

 

1# Modem Wireless (WiFi) PERCUMA

Modem dah tentu penting untuk dapatkan internet. Modem ni ada 4 port LAN untuk cucuk kabel  RJ45. Boleh sambung ke PC atau laptop untuk dapatkan kelajuan yang lebih stabil. Ia didatangkan dengan jaminan kerosakan selama setahun.

 

 

2# Set Telefon  Cordless PERCUMA


Satu set telefon cordless diberikan PERCUMA untuk anda. Dengan set telefon ni, anda boleh gunakan telefon tanpa gangguan kabel dan boleh call di sana-sini dalam rumah anda. Jaminan kerosakan juga setahun.  Gambar di atas adalah contoh sahaja.

 

 

3# Akses WiFi@UniFi PERCUMA Tanpa Had.


Dah keluar lepak-lepak kedai ke, mana-mana ke, kalau jumpa  tempat yang ada logo TM WiFi boleh la connect ke internet percuma tanpa had. Boleh dapatkan maklumat lanjut di sini WiFi@UniFi.

 

 

4# Panggilan PERCUMA Ke Talian Tetap TM.


Dengan melanggan pakej ni, anda boleh call ke mana-mana nombor talian tetap TM seluruh Malaysia. TANPA HAD!!

 

5# Panggilan Ke Talian Mudah Alih 10 Sen/Minit

Ya… semua orang sudah pun gunakan handphone sekarang. Jadi TM berikan kadar  panggilan 10sen/minit tidak kira mana-mana telco.

 

6# Makan Di KFC 

Ya.. tolong berhati-hati. Ini adalah tawaran atau free gift DARI SAYA . BUKAN DARI TM. Semua yang berdaftar terus melalui saya akan diberikan voucher tunai KFC bernilai RM10. Namun voucher ini hanya boleh ditebus setelah saya menerima bukti pembayaran bil pertama anda.

 

Adakah Permohonan Anda Selamat??

Ya permohonan anda  dengan pihak saya selamat . Saya menggunakan Mykad Reader untuk dapatkan pengesahan cap jari (biometric) dan borang permohonan elektronik e-form akan di isi dihadapan anda. Ia selamat!. Tiada salinan ic diperlukan. Hanya bawa Mykad yang berkedaaan elok untuk berurusan. Mudah bukan?

Macam mana nak daftar?? Boleh hubungi saya melalui mana-mana cara di bawah.

Call :019-9377 794

SMS : 019-9377 794

WhatsApp : 019-9377 794 [ hafizalbasri.wasap.my]

Telegram : telegram.me/hafizal_basri

Facebook Page : https://www.facebook.com/hafizaltmreseller/

Borang Maklumbalas : [Borang]

 

Kawasan Perkhidmatan ( Hubungi Terlebih Dahulu)

State Area
Kuala Lumpur / Selangor Klang Valley and Kuala Lumpur (except Kuala Selangor, Sekinchan)
Pulau Pinang All Penang City Area, Butterworth, Perai
Johor All Johor City Area, Muar, Batu Pahat, Kluang, Parit Raja, Segamat, Labis
Perak All Ipoh City, Teluk Intan, Sri Manjung, Batu Gajah, Kampar, Lumut, Gopeng
Melaka All Melaka City Area
Negeri Sembilan Nilai, Seremban, Mantin
Pahang Kuantan, Karak, Temerloh, Mentakab, Raub, Teriang
Terengganu KUALA TERENGGANU
Kedah Alor Setar, Mergong, Sungai Petani, Jitra
Perlis Arau, Kuala Perlis, Kangar
Sarawak Kuching, Kapit, Bintulu, Tatau and Sebauh, Miri, Kota Samarahan
Sabah Kota Kinabalu, Inanam, Penampang
Kelantan ** Not Available
Share

Perkhidmatan TM WiFi Di Lokasi-Lokasi Terpilih

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca semua. Saya telah membuat semakan dalam blog ni. Tiada post yang share tentang TM WiFi. Jadi untuk rujukan semua, kali ni saya nak share serba sedikit tentang TM WiFi ni.

TM WiFi ni adalah perkhidmatan Wireless yang diberikan kepada orang awam & pelanggan Streamyx&Unifi di beberapa lokasi terpilih. Ia adalah salah satu kerjasama antara pemilik premis dan juga pihak TM.

TM WiFi telah dijenamakan semula dari Streamyx Zone . Dengan TM WiFi, pelanggan dapat:

  • Akses internet secara PERCUMA untuk tempoh 30 minit setiap hari.
  • Reset kata laluan (password) dari landing page.
  • Mencari lokasi TM WiFi di kawasan terdekat melalui landing page.
  • Top Up/Reload  akaun TM WiFi dan bayar pengguna dari landing page.

TM WiFi ni didatangkan dengan dengan 3 jenis tawaran iaitu Free Access, Free Bundle & Premium Access. Anda boleh rujuk kandungan setiap tawaran tersebut kat dalam gambar di bawah.

 

*Untuk  free bundle, TM telah memberikan akses tanpa had dan bukannya terhad kepada 500Mb. Gambar di atas adalah gambar yang di ambil dari website TM semasa post ini ditulis. 

Jadi jika anda pelanggan Streamyx dan UniFi, anda boleh gunakan TM WiFi dengan memasukkan nombor handphone yang telah berdaftar dengan TM.

Semak lokasi TM WiFi di seluruh Malaysia di Sini :

https://www.tm.com.my/tmwifi/Pages/locations.html

Share

Promo Streamyx 8Mbps Dengan Tablet Percuma

Sempena dengan promosi TM Kuala Lumpur 2017 Sea Games , TM telah melancarkan promosi terbaru iaitu Streamyx dengan tablet percuma. Promosi pertama yang dilancarkan adalah untuk pakej Streamyx 8Mbps dengan HyppTV.

Walau bagaimana pun, pakej ini tidak ditawarkan kepada bandar-bandar terlibat seperti di bawah :

Kuala Terengganu
Kota Bahru
Kemaman
Kuantan ( Hubungi Saya )
Kota Kinabalu
Kuching
Kuala Selangor
Kota Damansara
Kota Setar
Kangar

Bagaimana untuk mendapatkan tablet percuma yang ditawarkan?

Mudah sahaja. Anda hanya perlu langgan pakej Streamyx 8Mbps dan pakej HyppTV seperti di bawah.

Anda akan menerima tablet Lenovo TAB3 7 Essential 8Gb . Tetapi jika anda langgan pakej HyppTV Jumbo Pack Berharga RM60/Bulan, anda akan menerima tablet model yang sama tetapi bersaiz kapasiti 16gb.

Walaupun Pakej Streamyx 8Mbps sudah combo bersama HyppTV, tapi ia hanyalah saluran asas sahaja. Rujuk gambar di bawah untuk lihat saluran asas.

Jadi untuk dapatkan tablet percuma, anda hanya perlu langgan pakej tambahan dengan bulanan serendah RM30 sahaja. Manakala untuk pakej HyppTV Jumbo, anda hanya perlu tambah RM60 sahaja.

Bagaimana untuk melanggan pakej ini?. Boleh terus berhubung dengan saya untuk semakan port, liputan, dan kelajuan yang boleh support di alamat anda. Bukan semua tempat boleh suppot 8Mbps.

Saya ingatkan awal-awal, mohon nyatakan alamat penuh untuk saya buat semakan di dalam sistem atau lawat lokasi anda (jika perlu). Saya tak dapat bagi kerjasama jika hanya menyatakan nama taman atau nama tempat.

Buat masa ni, saya hanya boleh tawarkan khidmat saya di kawasan Kuantan, Pekan, dan Kuala Rompin PAHANG Sahaja. Untuk kawasan lain, mohon terus buat semakan di TM Point.

Jika anda berminat untuk mendapatkan khidmat nasihat dan juga penerangan lebih lanjut, saya sedia membantu. Anda boleh terus berhubung dengan saya di talian 019-9377 794.

 Nota : 
Khidmat pendaftaran pakej ini hanya untuk kawasan Kuantan, Pekan & Rompin Pahang Sahaja.

Promosi ini bermula dari 7 Ogos 2017 – 31 Oktober 2017 & Khas Untuk Permohonan Baru Sahaja. 

 

Call :019-9377 794

SMS : 019-9377 794

WhatsApp : 019-9377 794 [ hafizalbasri.wasap.my]

Telegram : telegram.me/hafizal_basri

Facebook Page : https://www.facebook.com/hafizaltmreseller/

Borang Maklumbalas : [Borang]

 

Share

Webe Menawarkan Pelan Terbaru

Webe memperkenalkan pelan untuk talian mudah alih yang menawarkan data tanpa had, panggilan tanpa had dan juga sms tanpa had. Dengan bayaran bulanan hanya RM79, ia amat berbaloi untuk digunakan .

Dari aspek liputan, Webe menggunakan rangkaian 4G . Melalui percubaan saya sendiri, ada beberapa tempat yang kelajuan 4G Webe agak rendah berbanding dengan penyedia rangkaian telekomunikasi lain. Tapi masih mengekalkan data tanpa had dan liputan yang luas berikutan Webe menggabungkan rangkaian 3G dari Celcom.

Bukankah apa yang lebih penting adalah data tanpa had? . Saya banyak berjumpa dengan pelanggan yang merungut data yang cepat habis dan gembira apabila bertukar ke Webe.

Pada bulan Ogos , TM telah umumkan tawaran terbaru untuk pengguna Webe sedia ada dan yang belum melanggan iaitu sokongan tethering atau Hotspot percuma 10Gb setiap bulan hingga 31 Disember 2017.

 

Masih mengekalkan panggilan tanpa had, harga yang sama, data & SMS tanpa had, TM akan menarik lebih ramai pelanggan untuk bertukar ke Webe. Untuk mendaftar Webe, boleh berhubung dengan saya untuk keterangan lanjut. 019-9377 794 .

 

Share

HyppTV Varnam Pack – Streamyx 4Mbps & 8Mbps

 

Jika anda berminat untuk mendapatkan khidmat nasihat dan juga penerangan lebih lanjut, saya sedia membantu. Anda boleh terus berhubung dengan saya di talian 019-9377 794. 

Call :019-9377 794

SMS : 019-9377 794

WhatsApp : 019-9377 794 [ hafizalbasri.wasap.my]

Telegram : telegram.me/hafizal_basri

Facebook Page : www.facebook.com/pahangstreamyx

Borang Maklumbalas : [Borang]

Share